Thursday, March 28, 2024
HomeArtikel30 Idea Zoom Background Untuk Sesi Zoom Yang Menarik

30 Idea Zoom Background Untuk Sesi Zoom Yang Menarik

Aplikasi Zoom anda akan lebih menarik sekiranya mempunyai “Zoom Background” yang mempunyai latar belakang maya yang diubah sesuai mengikut citarasa masing-masing. 

Dengan memilih sendiri sama ada gambar atau video kesukaan anda, penggunaan aplikasi Zoom tidaklah terlalu suram walaupun anda mempunyai latar belakang asal yang kurang menarik. 

Zoom membenarkan anda untuk mengubah latar belakang asal mengikut gambar kesukaan anda secara maya.  Untuk melihat cara setting virtual background zoom, anda boleh bacanya di sini

Pemilihan latarbelakang gambar yang menarik adalah disarankan dengan aspect ratio of 16:9 dan minimum resolusi 1280 x 720 pixels.  

Cara Menukar Background Zoom 

Cara menukar Backgroud Zoom 1

Pada bahagian bar di aplikasi Zoom (komputer) anda, klik pada anak panah kecil yang bertanda ^ bersebelahan icon start video /stop video. 

Kemudian pilih “Choose Virtual Background”. 

Cara menukar Backgroud Zoom 2

Setelah itu ada icon kecil bertanda  +. Klik pada icon tersebut dan pilih samaada ingin menukar image atau video. 

Suasana Seperti Dalam Bilik Mesyuarat

Suasana Seperti Dalam Bilik Mesyuarat 3
Suasana Seperti Dalam Bilik Mesyuarat 2
Suasana Seperti Dalam Bilik Mesyuarat 1

Anda akan nampak lebih kemas dengan latarbelakang meja dan kerusi yang disusun rapi ini. Walaupun anda berada di rumah, dengan menukar gambar di atas, seolah-olah anda berada dalam suasana bilik mesyuarat .

Ini lebih sesuai seandainya anda mempunyai panggilan video yang rasmi dengan boss, orang atasan atau rakan sekerja yang lain.

Latar Belakang Buku

Latar Belakang Buku 1
Latar Belakang Buku 2
Latar Belakang Buku 3
Latar Belakang Buku 4

Memilih latar belakang dengan susunan buku di atas rak, akan menjadikan anda nampak seperti seorang yang cintakan kepada buku-buku .

Latar belakang ini amat sesuai untuk sesi yang bersifat ilmiah samaada untuk webinar atau forum atas talian bersama-sama ahli akademik.

Pantai Yang Mendamaikan

Pantai Yang Mendamaikan 1
Pantai Yang Mendamaikan 2

Dengan memilih background zoom pantai ini, menjadikan mood anda lebih santai dengan latar belakang yang tenang.

Ia amat sesuai untuk sesi zoom yang santai bersama rakan-rakan atau sesiapa sahaja dalam suasana yang relax dengan keindahan awan yang biru serta kejernihan air serta pantai yang memutih.

Suasana Eksklusif Seperti di Hotel Mewah

Suasana Ekslusif seperti di hotel Mewah

Pemilihan latar belakang maya ini seolah-olah anda sedang bersantai di kolam renang sebuah hotel yang berlatar belakangkan KLCC.

Dengan suasana waktu yang hampir senja, sesi zoom anda juga adalah dalam keadaan yang lebih cool dan santai.

Minimalis Tapi Mewah di Dalam Rumah

Bagi yang sukakan latar maya di dalam rumah, mungkin imej ini sesuai bagi anda.

Terdapat beberapa sudut menarik yang boleh dipilih berdasarkan kesesuaian dan mood anda iaitu di ruang tamu, di meja belajar dan di dapur.

Untuk Yang Sukakan Suasana Outdoor

Untuk-Yang-Sukakan-Suasana-Outdoor-2
Untuk-Yang-Sukakan-Suasana-Outdoor-3

3 imej di atas amat sesuai bagi mereka yang mahukan kelainan dalam background zoom anda.

Dengan latar belakang semulajadi, 3 pilihan di atas untuk mereka yang sukakan kehijauan dan suasana seperti berada di luar rumah

Masjid Putrajaya

Tidak kurang menarik juga untuk anda yang mencari kelainan dalam background zoom dengan memilih Masjid Putrajaya sebagai pengganti imej alam maya.

Ia amat sesuai bagi mereka yang suka untuk live di zoom sebagai tetamu jemputan untuk rancangan islamik yang disiarkan di FB live, Youtube live ataupun TV.

Mahu berada di GYM?

Untuk yang selalu workout namun tak sempat ke gym, inilah imej yang sesuai bagi anda dengan latar belakang gym yang cantik.

Dengan latarbelakang warna yang cerah akan menjadikan panggilan video anda begitu ceria seolah-olah anda baru sahaja selesai atau sedang menjalani latihan kecergasan.

Chalet Zoom Background

Chalet Zoom Background

Cantik dan cool. Itulah gambaran bagi imej ini bagi mereka yang berada dalam mood bercuti dengan latar belakang chalet di atas air.

Dalam keadaan lampu yang sedang di pasang pada tiang-tiang tersebut, latar belakang zoom anda akan nampak lebih cool dalam panggilan video.

Suasana Tenang di Tepi Tingkap

Suasana-Tenang-di-Tepi-Tingkap-2

Dengan imej tingkap yang terbuka ini seolah-olah anda sedang berada dalam keadaan tenang.

Terdapat 2 pilihan imej. Yang pertama seperti berada di rumah. Manakala imej yang kedua seperti berada di pejabat.

Starbucks Coffee

Imej yang berlatar belakang Starbuck Coffee ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dalam zoom meeting.

Anda akan berada dalam suasana panggilan video dengan menikmati secawan kopi yang sungguh eksklusif.

Wallpaper Brick 

Wallpaper-Brick-2
Wallpaper-Brick-3
Wallpaper-Brick-4

Lain daripada yang lain jika anda memilih suasana dengan menampakkan imej batu-bata ini.

Ia amat sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan berbanding latarbelakang yang telah dipilih di atas.

Semoga imej-imej maya di atas dapat memberikan inspirasi kepada anda dalam memilih Zoom backgroud yang menarik untuk panggilan video anda.

Sumber Gambar: Unsplash dan Pexels


Baca juga tentang inspirasi channel youtube Upin Ipin yang mencecah 10 juta subsribers ini.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular