Cara Mengajar Anak-anak Menghormati Ibu bapa Sejak Kecil

0
1079
cara menghormati ibu bapa salah satunya adalah salam dan cium tangan

Menghormati ibu bapa merupakan salah satu daripada adab dan akhlak dalam Islam. Sejak kecil anak-anak perlu diajar cara untuk menghormati ibu bapa. 

Ini bagi memastikan mereka membesar sebagai seorang anak yang saling menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. 

Adab dan akhlak ini hendaklah bermula dari rumah lagi. Ibu bapa memainkan peranan dalam mencorakkan keperibadian anak-anak agar menjadi mereka anak yang soleh dan solehah. 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Ada beberapa langkah dan cara untuk mengajar anak menghormati ibu bapa sejak kecil:

Ajar Anak Bersikap Sopan dan Lemah lembut 

Penting buat ibu bapa untuk mengajar anak bercakap dengan sopan dan lemah lembuh. Ini penting agar komunikasi dengan kedua ibu bapa penuh dengan kasih sayang. 

Ajar anak guna perkataan atau ganti nama yang sopan seperti nama mereka. Boleh juga gunakan pangkat mereka dalam keluarga. Contohnya seperti saya, Daniel, Iera, kakak, abang, adik dan sebagainya.

Elak gunakan perkataan seperti “aku” kerana ia tidak sesuai untuk komunikasi dalam keluarga.

Adab terhadap ibu bapa dari segi percakapan

  1. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut.
  2. Merendahkan suara ketika perbualan.
  3. Menggunakan perkataan yang baik.
  4. Bercakap dengan penuh hormat· 
  5. Tidak menyakiti hati dan perasaan ibu bapa

Selain dalam bentuk percakapan, ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak dengan cara tingkah laku. 

Adab ibu bapa segi tingkah laku

  1. Bercakap dalam suara yang rendah. 
  2. Tunduk ketika lalu dihadapan ibu bapa.
  3. Mencium tangan ketika hendak keluar.
  4. Meminta izin sebelum keluar.
  5. Tidak menghulurkan kaki ke arah ibu bapa.

Ajar Anak Tidak Mencelah Perkataan Ibu Bapa

Sejak kecil kita perlu mendidik anak agar tidak mencelah ketika ibu bapa berbual dalam keluarga. Apabila ibu atau ayah bercakap dengan kakak atau abang, suruh adik tidak mencelah atau menyampuk dalam perbualan. Begitu juga sebaliknya.

Tak perlu marah mereka. Namun nasihatilah mereka dengan cara yang baik dan berhemah.

Jika ibu bapa marah anak-anak ini, ia akan memberi kesan mendalam kepada psikologi mereka. Mereka mungkin jadi pendiam dan tidak ceria dalam keluarga.

BACA JUGA : Kisah Kesungguhan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu dan Cara Beliau Beradab Terhadap Guru

Jika ia bukan sesuatu yang penting untuk diperkatakan, ajar mereka supaya menunggu sehingga orang dewasa habis bercakap.

Ibu bapa hanya perlu nasihat secara baik-baik. 

Apabila ibu bapa berjaya mendidik kaedah ini dengan berkesan, sudah pasti anak-anak akan lebih beradab ketika berada dalam masyarakat.

Ajar Anak Supaya Menjaga Maruah Diri dan Keluarga

Penting buat Ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang maruah diri mereka dan juga maruah ibu bapa.

Jika berlaku pergaduhan dalam keluarga, ajar anak supaya tidak menceritakan perkara-perkara yang membabitkan hal kekeluargaan kepada orang luar.

Ini bagi memastikan maruah seluruh keluarga terpelihara dan mengelakkan fitnah masyarakat.

Ajar Anak Memandang Wajah Ketika Bercakap

Mengajar anak memandang wajah ibu bapa ketika bercakap adalah salah satu daripada adab yang perlu ditekankan ketika kecil.

Ia merupakan satu bentuk komunikasi dan akhlak yang penting buat anak-anak. Apabila mereka diajar memandang wajah ibu bapa ketika bercakap, ia akan memberi impak dan kesan anak-anak ketika berada dalam masyarakat.

Situasi ini akan merupakan salah satu komunikasi yang boleh diaplikasikan ketika anak-anak berada diluar daripada rumah. 

Ajar Anak Mendoakan Kesejahteraan Ibu bapa

doa kebaikan ibu bapa

Sejak kecil anak-anak perlu diajar untuk mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa.

Amalan ini juga dituntut dalam Islam. Ia adalah salah satu daripada pahala yang tidak terputus sebagaimana yang disebut dalam hadis nabi.

“Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Doanya mudah dan ringkas.

Doa Untuk Ibubapa

Boleh lihat video ini dalam bentuk nyanyian supaya lebih mudah untuk dihafal

Suruh Anak-anak Bercakap secara jujur

Melatih anak-anak bersikap jujur adalah penting. Walaupun mereka melakukan kesalahan di rumah, Ibu bapa boleh melatih mereka untuk mengakui kesalahan mereka.

Ibu bapa pula tidak perlu marah dan emosi jika anak-anak melakukan kesalahan. Sudah menjadi tabiat manusia yang tidak lekang daripada melakukan kesalahan terutamanya kanak-kanak.

Apa yang penting adalah ibu bapa mengajar dan mendidik mereka supaya berlaku jujur. Tak perlu marah mereka. Peluk dan hargai mereka atas kejujuran anak-anak.

Ajar Kelebihan Berbuat Baik Kepada Ibu bapa

Selain itu, ibu dan ayah boleh ajar anak-anak tentang kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa.

Ia mudah jika di ajar sejak dari kecil kenapa anak-anak perlu berbuat baik kepada ibu bapa.

Kelebihan berbuat baik kepada ibu bapa adalah:

  1. Mendapat ganjaran pahala
  2. Disayangi oleh Allah dan Rasululullah
  3. Mendapat keberkatan dalam hidup
  4. Hati akan sentiasa tenang
  5. Akan dipermudahkan dalam segala urusan
  6. Menjadi seorang yang bertakwa

Ibu bapa juga perlu mengajar anak cara mengenang pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan mereka seperti mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mencari nakfah buat mereka

Beritahu Keburukan Menderhaka Ibu bapa

Ajar anak janganlmenderhaka kepada ibu bapa

Dalam pada itu juga, ibu dan ayah boleh ajar anak-anak kesan menderhaka kepada kepada ibu bapa.

Kesan menderhaka kepada ibu bapa adalah:

  1. Dimurkai serta dibenci oleh Allah dan Rasulullah
  2. Akan di azab di neraka
  3. Hidup tidak mendapat keberkatan
  4. Dibenci oleh masyarakat

Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kisah Si Tanggang yang telah menderhaka kepada ibunya. Kisah ini menceritakan bagaimana Si Tanggang yang mendapat balasan kerana malu dengan keadaan ibunya yang miskin.

Ajar Mereka Ringankan Tulang Membantu Keluarga

menolong ibu bapa amalan mulia

Sejak kecil lagi, kita sudah boleh mengajar anak-anak untuk membantu keluarga. Ajar perkara-perkara yang mudah dan bersesuaian dengan keadaan mereka.

Kalau kita mempunyai lebih daripada seorang anak, buat pembahagian tugas masing-masing.

Setelah itu, beri mereka ganjaran yang setimpal hasil usaha mereka menolong ibu bapa. Jika tidak mahu mengajar anak untuk setiap ganjaran yang dilakukan, boleh gantikan dengan bentuk pujian. Rajinnya kakak, rajinnya adik, rajinnya abang.

Anak-anak akan rasa dihargai walaupun tidak diberikan sesuatu hasil daripada penat lelah mereka.


Sebagai kesimpulannya, untuk mengajar anak-anak menghormati ibu bapa, ia hendaklah bermula dari rumah lagi. Pada usia anak-anak sudah boleh 2 atau 3 tahun kita sudah boleh menggalakkan mereka cara menghormati ibu bapa.

Dari perkara kecil seperti bersalaman, sehingga perkara yang besar seperti menolong ibu bapa anak-anak perlu di ajar. Apabila mereka sudah besar kelak, sudah pastilah akhlak dan adab mereka akan terdidik.



Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here