Channel Youtube Upin Ipin sudah mencecah 10 juta subscribers. Akan dianugerahkan Diamond Play Button oleh Youtube

0
167
Channel Youtube Les' Copaque Production (Upin & IpinP

Channel Youtube terkenal dan nombor satu di Malaysia iaitu Les’ Copaque Production yang banyak menyiarkan kartun Upin & Ipin baru sahaja mencecah 10 juta subsriber sebentar tadi (sekitar jam 2.45 petang 11 Jun 2020).

Berita tentang pencapaian tersebut telah diumumkan secara rasmi dalam facebook “Les’ Copaque” dan Upin Ipin”. Ia turut disiarkan secara “live” countdown kejayaan mencecah sehingga 10Juta susribers di Youtube mereka.

Ini menjadikan channel tersebut merupakan channel pertama yang akan dianugerahkan Diamond Play Button oleh pihak Youtube.

Channel yang didaftarkan pada 9 November 2009 ini secara keseluruhannya telah mempunyai lebih darpada 4.6 billion jumlah tontonan sehingga artikel ini ditulis.

Dengan lebih jumlah 1100 video yang telah diupload dalam channel tersebut, kebanyakkan video adalah berkenaan dengan kartun animasi popular Upin & Ipin yang rata-ratanya mendapat jutaan view daripada para penonton di seluruh dunia.

Selain itu juga channel ini turut memuatkan beberapa siri animasi lain seperti “Pada Zaman Dahulu”, “Puteri”, “DaDuDido” dan beberapa video lain.

Les’ Copaque mula ditubuhkan pada  Disember 2005 oleh Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff.  Nama “Les’ Copaque” adalah bersempena istilah bahasa Melayu “Last Kopek” yang bermaksud “peluang terakhir” namun ditukar menjadi  Les’ Copaque seolah-olah bunyi seperti bahasa Perancis.

Kartun yang menjadi kegemaran ramai iaitu Upin dan Upin merupakan video yang paling menjadi tumpuan dalam channel ini. 

Upin & Ipin atau lebih dikenali juga sebagai “Upin & Ipin dan Kawan-Kawan” mula disiarkan di kaca televisyen Malaysia melalui TV9 pada bulan Ramadan pada tahun 2007.

Sehingga kini, animasi Upin & Ipin sudah pun memasuki siri yang ke-14  yang ditonton di seluruh dunia.  Apa yang boleh dibanggakan dengan siri ini adalah penonjolan aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung menjadikan animasi ini sentiasa “evergreen” dan sentiasa di hati rakyat Malaysia dan juga dunia.

Siri animasi Upin & Ipin pernah disenaraikan Malaysian Book of Records sebagai “Animasi Paling Berjaya” pada tahun 2011.

Pencapaian ini merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan oleh rakyat malaysia kerana Upin dan Ipin menyatukan kita bangsa Malaysia melalui watak-watak yang berbilang bangsa dalam siri tersebut.

Semoga kita terus memberi sokongan kepada channel youtube Upin Ipin ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak Les’Copaque Production.


Baca juga kisah inspirasi Youtuber yang sedang meningkat naik ini. Sudah mempunyai lebih 600K subsribers dalam hanya beberapa bulan didaftarkan.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here