Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan media terkini bertarikh 31 Mei mengumumkan surat kebenaran beroperasi dan permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal CIMS 3.0 yang diselaraskan oleh MITI.
Selaras dengan pelaksanaan PKP baharu yang bermula 1-14 Jun 2021, semua surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan oleh kerajaan yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal.
Sidang khas MKN pada 31 Mei yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri memutuskan supaya MITI menjadi pusat sehenti (one stop centre) untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi setelah mendapat pengesahan daripada kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.
Oleh yang demikian, segala surat kebenaran beroperasi dan kebenaran perjalanan bekerja akan dikeluarkan oleh MITI melalui portal CIMS 3.0 berdasarkan sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan sahaja.
Pendaftaran CIMS 3.0 MITI
Permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 hingga 14 Jun 2021 adalah tertakluk kepada 17 senarai perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Permohonan bagi pembukaan sektor ekonomi untuk PKP 3.0 ini boleh di buat di laman web;
https://notification.miti.gov.my/
Panduan Kemaskini Pekerja Dalam Sistem CIMS MITI
Bagi yang pernah mendaftar dengan CIMS MITI sebelum ini, anda tidak perlu lagi membuat pendaftaran baharu permohonan pembukaan sektor ekonomi.
Anda hanya perlu kemaskini maklumat senarai pekerja sahaja di dalam sistem sebagaimana panduan di bawah;
Cara-cara Memohon Kebenaran Untuk Beroperasi Melalui Sistem CIMS 3.0 MITI Untuk Syarikat (Permohonan Baharu)
Video di atas memaparkan panduan dan tutorial permohonan kebenaran pengoperasian melalui sistem CIMS MITI.
Permohonan pembukaan ekonomi bagi sektor perkhidmatan perlu (essential services) yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dijalankan, anda perlu membuat pendaftaran syarikat di Covid-19 Intelligent Management System (CMS 3.0) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Bagi syarikat yang kali pertama pertama anda mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan beroperasi dan memuat turun surat kelulusan beroperasi.
Semua syarikat hendaklah terlebih dahulu mewakilkan seorang pegawai syarikat mengisi borang makluman melalui https://notification.miti.gov.my/register
Syarikat perlu membaca dan memahami SOP sebelum mendaftarkan profil.
Sila klik check box untuk mengesahkan anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.
Seterusnya isikan nama, email, nombor kad pengenalan, kata laluan dan butiran lain untuk mendaftarkan profile anda.
Anda juga perlu isikan salah satu nombor pengilang, nombor pendaftaran SSM atau nombor ahli badan profesional.
Anda akan dibawa ke laman dashboard profil anda. Di sini anda boleh mengubah butiran profil anda, membuat notifikasi dan menghantar Laporan Mingguan Pematuhan SOP.
Sebelum menghantar notifikasi baharu, anda perlu memuat turun template muat naik senarai pekerja.
Isikan templat ini menggunakan perisian Microsoft Excel dan simpan untuk langkah-langkah seterusnya nanti.
*Anda dinasihatkan untuk tidak memulakan proses pendaftaran seterusnya sehingga templat ini telah diisi.
Masukkan nama, taraf warga negara dan nombor kad pengenalan/passport bagi setiap pekerja yang akan hadir dipremis untuk operasi syarikat.
Langkah-langkah Untuk Memulakan Proses Pendaftaran
Untuk memulakan proses pendaftaran, pilih pautan “Borang Notifikasi”, diikuti oleh “Notifikasi Beroperasi” dan klik “Daftar Notifikasi Baru”. (rujuk pada gambar di bawah).
Di sini, anda perlu mengisi semua butiran permohonan anda seperti;
Pertama: Maklumat Pendaftaran Syarikat
- Nama Syarikat
- Nombor SSM baru/lama
- Nombor Lesen Agensi Tempatan
- Nama Agensi Tempatan
- Nombor Lesen Agensi Kawal Selia
- Tarikh diperbadankan
*jika anda tidak tidak dapat mengisi sebarang nombor pendaftaran di atas, sila klik pada “Check box” untuk memaklumkan sistem bahawa anda tidak dapat berdaftar.
Kedua: Isikan Alamat Surat Menyurat
Alamat ini akan yang akan digunakan untuk komunikasi secara pos atau email.
Ketiga: Alamat Operasi
Kemudian masukkan alamat, poskod, nombor lesen, dan rujukan setiap lokasi yang ingin anda daftarkan dalam permohonan ini.
Klik butang tambah lokasi bagi setiap lokasi yang ingin didaftarkan.
Anda boleh mengisi sehingga 10 lokasi dalam setiap permohonan dan anda perlu membuat pendaftaran tambahan sekiranya ingin mendaftar lebih banyak lokasi.
Keempat: Semakan Status PKS
Nyatakan jenis perniagaan syarikat PKS anda dengan memilih check box yang berkaitan samaada pembuatan atau perkhidmatan.
Anda tidak boleh meneruskan pengisian borang sekiranya langkah ini tidak dilakukan.
Kelima: Anggaran Pendapatan 3 Tahun Terkini
Nyatakan pendapatan syarikat dan jumlah pekerja terkini bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.
Keenam: Kluster Aktiviti Ekonomi
Tentukan segmen aktiviti ekonomi anda. Selepas itu pilih sektor yang berkaitan syarikat anda.
Jika sektor anda tidak tersenarai, anda boleh memilih kluster yang berlainan.
Namun surat kelulusan beroperasi hanya boleh dimuat turun syarikat di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.
Isikan maklumat lanjut mengenai syarikat anda di bawah ruangan produk dan aktiviti perniagaan.
Ketujuh: Maklumat Untuk Dihubungi
Seterusnya, isikan butiran bagi pegawai syarikat yang akan dihubungi. Semua komunikasi akan dihantar kepada pegawai ini.
Kelapan: Jadual Pecahan Pekerja Semasa
Kemudian, isi jadual pecahan pekerja semasa berdasarkan skop kerja serta taraf kewarganegaraan bagi semua warga kerja di dalam syarikat anda.
Setelah itu, sila rujuk semula templat senarai pekerja yang dimuat turun pada peringkat awal tadi sebagaimana contoh gambar di bawah.
Muat naik fail ini, klik simpan dan terus.
Anda akan dapat melihat rumusan kesemua yang anda telah isikan. Jika semua maklumat adalah betul dan tepat, pilih check box bagi pengesahan maklumat yang diberikan.
Ingat, pengesahan ini adalah satu pengisytiharan dan terikat dengan undang-undang. Sebarang deklarasi dan maklumat palsu adalah kesalahan undang-undang.
Klik “hantar notifikasi bagi melengkapkan notifikasi anda.
Permohonan anda kini telah selesai. Segala maklumat yang anda hantar akan disahkan oeh pihak MITI.
Bagi permohonan yang berjaya akan disahkan sistem melalui status LULUS apabila anda kembali ke muka hadapan
Download atau Cetak Surat Kebenaran Beroperasi CIMS 3.0 MITI
Untuk mencetak surat kebenaran beroperasi bagi sektor yang dibenarkan dalam PKP 3.0 MITI, klik pautan “Borang Notifikasi”, kemudia klik “Notifikasi Beroperasi”.
Anda akan lihat senarai permohonan operasi yang anda telah hantar sebelum ini.
Jika anda mahu, anda boleh kemaskini senarai pekerja dengan menekan butang “Kemaskini”.
Klik butang “Papar” untuk melihat permohonan yang anda telah hantar.
Tekan butang “Cetak” untuk mencetak surat kebenaran beroperasi dan ini adalah hanya terhad kepada syarikat dalam sektor yang dibenarkan sahaja.
Pertanyaan Tentang CIMS dan Operasi Am Syarikat
Bagi sebarang pertanyaan tentang CIMS, sila emailkan kepada [email protected] dan sebarang pertanyaan am operasi syarikat, sila emailkan kepada [email protected]
Senarai Sektor Perkhidmatan Perlu Yang dibenarkan beroperasi:
Semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun kecuali 17 perkhidmatan yang ditetapkan kerajaan;
1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
3) Air
4) Tenaga
5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja
12) E-dagang dan teknologi maklumat
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu
SENARAI SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATANNYA YANG BERKAITAN
YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP BERMULA DARI 1 – 14 JUN 2021
Kapasiti (60% pekerja):
- Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
- Makanan dan minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan
- Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
- Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan
peralatan keselamatan kebakaran - Komponen bagi peranti perubatan
- Elektrikal dan Elektronik
- Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
- Produk kimia
- Mesin dan peralatan
- Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan
bahan api dan pelincir
Siapsiaga (warm idle) (10% pekerja):
- Automotif (kenderaan dan komponen)
- Besi dan Keluli
- Simen
- Gelas
- Seramik