Covid-19: Rekod Tertinggi Kes Harian Sembuh Sepanjang PKP, 281 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

0
202
Rekod Tertinggi Kes Sembuh

Berita gembira buat rakyat Malaysia pada hari  terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi melaporkan kes sembuh tertinggi sejak PKP dilaksanakan iaitu sebanyak 281.

Dengan jumlah 281 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,975 (bersamaan 83.67%).

Dalam sidang media tersebut juga, Dr Noor Hisham melaporkan tiada kes penularan yang berlaku dalam negara. Pencapaian ini merupakan satu yang boleh dibanggakan oleh negara di atas usaha semua pihak.

Untuk jumlah 7 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini, 6 daripadanya adalah daripada kes import, manakala 1 kes berlaku dalam penularan tempatan melibatkan bukan warganegara.

Ini secara tidak langsung melegakan semua pihak dan Malaysia bakal mengikut jejak New Zealand apabila negara tersebut tidak mencatatkan sebarang kes aktif COVID-19 selepas pesakit terakhir di negara berkenaan disahkan sembuh dan dilepaskan daripada pengasingan pada Isnin lepas (8 Jun 2020).

Dalam sidang media tersebut juga, Dr Nor Hisham berkata “Pihak KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membendung penularan virus ini”

“Pun begitu, kita perlu berwaspada agar tidak terjadi gelombang ketiga”- ujar beliau.

Oleh itu beliau menasihatkan agar setiap individu  perlu berwaspada agar tidak terjadi gelombang ketiga. Rakyat Malaysia juga perlu berdisiplin dalam setiap aktiviti harian. Kerjasama setiap individu adalah penting bagi membendung penularan covid-19 ini.

Terima kasih Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Terima Kasih KKM, Terima kasih Rakyat Malaysia.


Baca juga Inspirasi Dr Noor Hisham melalui personaliti beliau


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here