Isi Kandungan
Sekiranya ada ahli keluarga yang meninggal dunia, perkara penting yang perlu dilakukan adalah cara menguruskan jenazah di peringkat awal kematian.
Seorang pengguna twitter yang bernama Faisal Rahim mengingatkan kepada ahli keluarga beberapa langkah dan tindakan awal untuk menguruskan jenazah.
Ramai yang tidak tahu cara menguruskan mayat di peringkat awal sehingga menyebabkan mayat sukar untuk diuruskan selepas itu.
1) Tanggalkan Baju Si Mati
Perkara pertama yang ahli keluarga kena buat adalah tanggalkan baju si mayat selepas pengesahan dibuat tentang kematiannya.
Ini kerana apabila sendi-sendi kaki atau tangan sudah menjadi keras, pakaian tersebut sukar untuk dibuka.
2) Urut Tulang Sendi Jenazah
Seterusnya ahli keluarga boleh mengambil peranan untuk mengurut mana-mana tulang sendi jenazah dengan menggunakan minyak.
Ini bagi mengelakkan sendi menjadi keras sekiranya mayat disimpan semalaman terutamanya simati yang meninggal pada awal malam dan urusan pengebumian dilakukan keesokan paginya.
Namun sekiranya mayat tersebut ingin terus dimandikan, tak perlu lagi urut dengan minyak kerana akan menyebabkan sukar untuk di bilas.
3) Jangan Pakaikan Kain Batik Lepas
Penting untuk diingatkan selepas pakaian simati di tanggalkan, jangan gunakan kain batik lepas untuk menutup jenazah.
Ini kerana kain batik lepas adalah jenis helaian yang nipis dan boleh menampakkan lekuk badan jenazah terutamanya bagi jenazah wanita.
Sebagai alternatif, boleh guna selimut yang jenis tebal dan boleh letak kain batik di atas jenazah tersebut.
4) Jangan Beri Sesiapa Melihat Jenazah Sebelum DimandikanÂ
Ramai yang terlepas pandang perkara ini. Sebelum jenazah dimandikan, jangan beri sesiapapun untuk melihat wajah simati. Ini kerana pada waktu ini aurat mayat akan terdedah.
5) Tutup mata Jenazah dengan Sesuatu
Kebiasaannya bagi menutup mata jenazah, boleh gunakan wang syiling seperti 50 sen atau seumpamanya.
Kenapa guna wang syiling? Sebab ia mudah didapati. Namun ada kalanya mata jenazah sukar juga untuk ditutup.
Jadi, ahli keluarga boleh urutkan sedikit demi sedikit kelopak mata supaya dapat ditutup.
6) Buat Ikatan Untuk Ikat Sendi JenazahÂ
Terdapat tiga bahagian utama sendi jenazah yang perlu diikat. Ia boleh diikat dengan menggunakan kain perca.
- Bahagian Kepala : agar tidak dimasuki oleh binatang atau serangga Jangan ikat pada bahagiab dagu. Ikat pada bawah bawah rahang.
- Bahagian Tangan : Lipat seperti individu yang tengah solat.
- Bahagian Kaki : Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.
Bagi jenazah yang sakit atau mengalami luka pada mana-mana anggota, jangan buka tampalan kalau ada tebukan yang dibuat di hospital. Contoh di leher (dialisis), perut, dan sebagainya.
Namun sekiranya tampalan tersebut dibuka ketika mandi, perlu diingatkan agar ditutup semula bahagian tersebut.
Ini bagi mengelakkan selepas mayat dikafankan, darah keluar dari anggota yang luka tersebut. Maka penting untuk ditampal semula bagi mengelakkan aib pada jenazah.
Oleh yang demikian ahli keluarga perlu tahu asas pengurusan jenazah di peringkat awal ini. Ia bagi menjaga maruah keluarga dan simati serta menutup segala aib yang ada padanya.
Namun yang penting adalah untuk mengelakkan timbulnya fitnah dalam masyarakat.
Artikel ini disusun dan diolah semula daripada posting twitter Faisal Rahim pada 20 February 2020.
– Kalau yang sakit, JANGAN BUKA tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh di leher (dialisis), perut dsb.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 20, 2020
– Kalau buka masa mandi, kena plaster semula.
– Ada pengalaman, lepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.
ANTAR ARTIKEL
Sekiranya anda berminat untuk
menjadi penulis di laman web
ini, klik sini untuk maklumat
selanjutnya.
- BACA JUGA: Cara Mengawal Kemarahan Agar Tidak Menyesal di Kemudian Hari
- BACA JUGA: Ibnu Firnas : Manusia Pertama Yang Terbang Diinspirasikan Daripada Burung
Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi