Friday, March 29, 2024
HomeKehidupanPengorbanan Seorang Ibu dalam hidup kita

Pengorbanan Seorang Ibu dalam hidup kita

Hargailah Pengorbanan Seorang Ibu dalam hidup kita.

Ibu adalah seorang insan yang sangat berjasa dan banyak berkorban dalam hidup kita. Tanggungjawab seorang ibu sangat berat sejak beliau melahirkan kita ke dunia ini. Demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, beliau melakukan banyak pekerjaan di rumah seperti mencuci baju, masak, menyapu dan mop rumah, menjaga kita masih bayi,memandikan kita, menukar lampin atau diaper,memberi minum susu dan sebagainya. Sepenat mana pun beliau menjaga kita semasa kita masih bayi, beliau tetap teruskan pekerjaan ini dalam harian demi menjaga kita dan beliau tidak pernah merungut. Ibu tidak pernah tinggalkan kita walaupun pekerjaan beliau ini sangat berat demi menjaga kita. Sehingga kita melangkah ke alam pendidikan, beliau tetap berharap kita berjaya dalam pelajaran suatu hari nanti. Harapan beliau kepada kita tak pernah menjadi sia-sia. Beliau sentiasa berdoa kepada kita setiap hari dan setiap saat.

Nama saya ialah Bella. Saya mempunyai 2 orang adik yang masih bersekolah manakala saya pula sudah bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran sementara menunggu panggilan temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Ibu pula bekerja sebagai cleaner di sebuah syarikat swasta yang berdekatan dengan rumah kami. Ayah pula sudah bersara dan beliau menghidap penyakit kencing manis selama 8 tahun. Selama ayah sakit, ibu tidak pernah merungut menjaga beliau. Ibu tetap teman ayah ke hospital untuk mengambil ubat, darah dan berjumpa dengan doktor.Kami hidup sederhana dalam serba kekurangan. Tiada sesiapa tahu kesusahan yang selalu kami hadapi.Pada 8 tahun yang lalu, saya berada di Tingkatan 1 dan ayah disahkan menghidap penyakit kencing manis dan beliau dimasukkan ke wad hospital. Ayah dimasukkan ke wad hospital selama 2 minggu. Sejak ayah masuk ke wad hospital, saya dan adik berjalan kaki pulang dari sekolah pada sebelah petang dan datang ke sekolah dengan menaiki bas awam dengan tambangnya RM1.00. Sebelum ayah disah menghidap penyakit kencing manis, beliau selalu hantar dan ambil kami pulang dari sekolah.

BACA JUGA: Cara Mengajar Anak-anak Menghormati Ibu bapa Sejak Kecil

 Ibu menjaga ayah di hospital setiap hari dengan menaiki bas awam ke hospital. Kadang kala, ibu tertinggal bas awam dan terpaksa menunggu bas awam yang seterusnya. Ibu memasak bekal untuk ayah di hospital. Ayah langsung tiada selera untuk makan malah selalu memarahi ibu di hospital. Apa salah ibu pula sehingga ayah memarahi ibu dan memalukan ibu di hospital? Adakah ibu belum cukup menyediakan barang keperluannya di hospital? Ibu banyak melakukan kerja kasar di rumah seperti wirewoman, private nurse kepada ayah, tukang masak di rumah, cleaner dirumah dan sebagainya. Di tempat kerja, lain juga pekerjaan yang ibu lakukan seperti sebagai tea lady, mengukur tali untuk kegunaan pekerja lain yang memotong rumput, membuat tin aluminium dan sebagainya. Pekerjaan ibu all out.

woman and children on beach shore
image by: unsplash.com

Kami seperti tiada saudara-mara datang melawat kami mahupun ayah saya yang masuk ke hospital. Bagi pandangan mereka, kami ini serba kekurangan dan mereka tidak suka melihat ayah saya yang panas-baran dan kaki pukul ini. Tidak pernah sekalipun saudara-mara kami datang ke rumah kami tidak kira sebelah bapa atau ibu. Mereka pun tidak pernah menjenguk kami pada musim perayaan Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan Krismas. Apabila kami pulang kampung pada hari Gawai Dayak dan Krsimas, kami berasa diri kami ini tidak dialu-alukan oleh saudara-mara kami. Kami sekeluarga terasa seperti diabaikan oleh saudara-mara kami. Tetapi orang kampung kami masih bertanya khabar kami sekeluarga apabila kami pulang kampung pada hari Gawai dan Krismas. Kami hanya tersenyum sahaja walaupun hati kami ini sakit diabai oleh saudara-mara kami, terutama ibu yang sangat kecewa dengan saudaranya sendiri.

Apabila ayah keluar dari hospital dan pulang ke rumah, ayah tetap juga memarahi kami dan juga ibu. Ibu menasihatkan ayah untuk makan ubat yang diberi oleh doktor, tetapi ayah degil. Ayah buang ubat itu ke dalam tong sampah. Begitu juga masakkan ibu yang ibu selalu masak di rumah. Kalau ayah tak suka lauk itu, ayah pasti akan buang lauk itu ke lantai dan ludah. Kami tidak makan dan kami terpaksa ikat perut. Ibu hanya menahan air matanya. Kalau ibu bawa ayah ke klinik pakar, ibu yang mengatur segalanya manakala ayah hanya duduk diam dan bermasam muka. Apabila doktor soal ayah di klinik, ibu yang tolong menjawab bagi pihak ayah. Ayah tidak faham apa yang disampaikan oleh doktor. Kadangkala ayah pula yang memarahi doktor atau jururawat di situ, ibu berasa sangat malu dengan sikap ayah ini.

silhouette of man and woman kissing on beach during sunset
image by: unsplash.com

Bukan ibu sahaja dimarahi oleh ayah, tetapi saya dan adik-adik juga dimarahi oleh ayah tanpa sebab. Ayah pula menuduh ibu dan mengata ibu mengajar saya dan adik-adik bercakap buruk tentangnya malahan kami tidak pernah mengata tentang buruk ayah kami. Kami menghormati ayah kami sebagai ketua rumah di rumah ini. Apabila saya dan adik-adik buat silap, ibu juga dimarahi teruk oleh ayah, malah ibu tidak tahu apa kesilapan saya dan adik-adik lakukan. Apabila ibu tanya kami apa kesilapan yang kami lakukan, kami ceritakan kepada ibu dan ibu tetap maafkan kesilapan kami. Ibu meminta agar kami tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ibu adalah tempat ayah melepaskan geram. Ibu hanya mampu bersabar sahaja dan menahan air matanya.  Kadangkala ibu sudah hilang sabar dan ibu sangat marah pada ayah.

Ayah selalu berburuk sangka pada ibu, mengatakan ibu ada kekasih simpanan. Apabila ibu pulang kekampung, ayah memarahi ibu dan mengatakan jangan pulang. Ayah cemburu tanpa sebab. Ibu yang mahu pulang melihat datuk dan nenek saudara saya pun tidak dapat kerana dihalangi oleh ayah saya. Ibu sangat rindu pada datuk dan nenek saudara saya yang berada di kampung. Ibu hanya bertahan air mata saja. Ibu bertanya bila lagi dia boleh berjumpa mereka di kampung? Ibu selalu berdoa agar datuk dan nenek saudara saya sentiasa sihat.

woman carries child piggy back on blacktop road
image by: unsplash.com

Ayah tidak pernah berasa kasihan, berterima kasih dan menghargai pengorbanan seorang ibu yang sentiasa sibuk menguruskannya sepanjang masa. Ibu hanya mampu bersabar dan berdoa saja. Ibu juga hanya mampu bertahan air matanya dan pendam perasaan untuk menghadapi dugaan ini. Ibu tidak pernah mengeluh menjaga ayah yang uzur dan kurang sihat ini. Ibu juga tidak pernah putus asa menjaga kami adik- beradik. Ibu tetap bekerja keras untuk menyara kami. Ibu tetap sokong kami adik-beradik dari segi pelajaran untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah.

Apabila ada majlis kecemerlangan pelajar di sekolah, saya menjemput ibu untuk hadir bersama saya pada majlis kecemerlangan pelajar. Ibu berasa sangat gembira apabila nama saya disebut untuk naik ke atas pentas. Doa daripada ibu adalah satu berkat untuk saya menjadi pelajar cemerlang di sekolah. Harapan ibu tidak pernah  mengecewakan. Walaupun ibu bukan berkerjaya tinggi seperti orang lain, tetapi kasih sayang ibu terhadap kami sangat mendalam. Ibu adalah segalanya dalam hidup kami. Tanpa ibu, hidup kami pasti akan menjadi kucar-kacir dan kami tidak akan berjaya dalam pelajaran.

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak umpama air dicincang tidak akan putus.Ibu banyak berkorban dalam setiap perkara dan ibu juga adalah malaikat tanpa sayap. Sementara ibu masih di dunia ini, hargailah pergorbanan dan jasa ibu. Jagalah ibu dengan sebaik-baiknya dan jangan pernah tinggalkan ibu. Di masa kecil, ibu menjaga kita manakala di masa tuanya nanti, giliran kita lah yang menjaga ibu dan ayah.

Oleh itu, hargailah pengorbanan seorang ibu sepertimana ibu menyayangi kita sepanjang masa.

“Penulis adalah Wendy Woon yang berasal dari Sarawak.“

Nama Facebook: Wendy Woon


Baca juga tentang keunikan warisan budaya di negeri Sarawak


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

HANTAR ARTIKEL

Sekiranya anda berminat untuk 
menjadi penulis di laman web 
ini, klik sini untuk maklumat 
selanjutnya.

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Percaturan Hidup

Doa Ibu

Mencari Mood?

Most Popular