Lebah, makhluk kecil yang mempunyai impak besar dalam kehidupan manusia dan ekosistem. Lebah juga memainkan peranan penting dalam menjaga keseimbangan alam, memberikan manfaat kepada manusia, dan mengenal pasti ancaman yang mengancam kewujudan mereka.
Lebah bukan hanya sekadar serangga yang menghasilkan madu, mereka adalah penghasil madu utama, serta penting dalam pemupukan tanaman yang menjadikan mereka penjaga utama keanekaragaman tumbuhan. Namun, keberadaan lebah kini semakin terancam oleh pelbagai faktor.
Antara peranan lebah dalam ekosistem termasuklah pemupuk tanaman. Lebah adalah pemupuk semula jadi yang penting. Mereka membantu dalam proses penyerbukan tanaman, termasuk tanaman makanan dan hiasan. Selain itu , lebah juga membantu dalam keanekaragaman tumbuhan.
Tanaman yang berbunga menjadi sumber makanan utama lebah. Tahukah anda bahawa tanpa lebah, banyak spesies tumbuhan akan terancam kepunahan. Lebah memainkan peranan penting dalam rantai makanan, menyokong kehidupan haiwan lain termasuk burung, serangga lain, dan mamalia kecil.
Malah, lebah juga banyak memberi manfaat kepada manusia . Manfaat utama lebah termasuklah menghasilkan madu . Madu adalah produk utama lebah yang memberikan manfaat kesihatan kepada manusia. Ia mengandungi nutrien penting dan mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang. Madu juga baik dan sihat untuk digunakan dan diamalkan dalam pemakanan diet yang sihat . Lebah juga merupakan pemastautin tumbuhan. Penyerbukan yang dilakukan oleh lebah meningkatkan hasil tanaman makanan seperti buah-buahan, sayuran, dan bijirin.
Tetapi, disebabkan kurangnya cakna manusia terhadap serangga kecil ini, lebah menghadapi beberapa ancaman termasuklah pencemaran kimia. Penggunaan insektisid dan herbisid mengancam kesihatan lebah dan kelestarian mereka.
Lebah juga menghadapi ancaman dengan kehilangan habitat akibat daripada pembangunan manusia . Penyakit seperti colostrum dan serangga parasit seperti tungau varroa menjadi ancaman serius terhadap populasi lebah.
Namun, ancaman ini dapat dikurangkan dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Pengurangan Penggunaan Racun: Memperketat kawalan ke atas penggunaan racun pertanian yang merosakkan lebah.
- Pemuliharaan Habitat: Melestarikan kawasan tanah lapang dan ruang hijau sebagai habitat lebah.
- Pendidikan Awam: Kesedaran awam tentang kepentingan lebah dalam ekosistem dan cara-cara untuk melindungi mereka.
Jadi, lebah adalah penting untuk kelestarian ekosistem dan kesejahteraan manusia. Dengan kesedaran yang meningkat dan tindakan pemuliharaan yang berkesan, kita boleh memastikan keberadaan mereka untuk generasi akan datang. Jangan biarkan makhluk kecil ini menghadapi masa depan yang tidak pasti.
Penulis: Hanis Najihah binti Abu Talib , mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia