Pada tahun ini kita digalakkan untuk membayar zakat fitrah secara online atau atas talian.
Cara pembayaran zakat fitrah secara online adalah bagi menggantikan kaedah yang biasa dilakukan sebelum ini iaitu dengan menggunakan amil zakat atau seumpamanya.
Ini berdasarkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjarakkan sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta saranan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri agar membayar zakat fitrah secara atas talian.
Oleh itu, umat Islam digalakkan membayar zakat fitrah secara atas talian mengikut negeri masing-masing berdasarkan kadar yang telah ditetapkan.
BACA JUGA: Hikmah di Sebalik Ramadhan Tahun Ini Yang Ramai Orang Tak Perasan
Kadar Zakat Fitrah 2020/1441H di Seluruh Negara
No. | Negeri | Kadar Bayaran |
---|---|---|
1. | Johor | 1. RM7.00 2. RM10.00 |
2. | Kedah | 1. RM5.00 2. RM7.00 3. RM14.00 4. RM21.00 |
3. | Kelantan | RM7.00 *(Namun, bayaran fitrah dengan kadar RM14.00 dan RM21.00 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan) |
4 | Melaka | 1. RM7.00 2. RM14.00 |
5 | N. Sembilan | RM7.00 |
6 | Pahang | RM7.00 |
7 | Perak | 1. RM7.00 2. RM14.00 3. RM21.00 |
8 | Perlis | RM7.00 |
9 | P. Pinang | 1. RM7.00 2. RM 16.00 |
10 | Sabah | 1. RM6.00 2. RM7.50 |
11 | Sarawak | 1. RM 7.00 |
12 | Selangor | 1. RM7.00 2. RM14.00 3. RM21.00 |
13 | Terengganu | RM7.00 |
14 | W. Persekutuan | 1. RM5.00 2. RM7.00 |
Kaedah dan Cara Pembayaran Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri-negeri
Kaedah pembayaran zakat fitrah online adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Terdapat juga Majlis Agama Islam Negeri yang melantik agen bank seperti Maybank, Cimb, Bank Islam dan lain-lain bagi memudahkan urusan membayar zakat secara melalui perkhidmatan perbankan internet.
Bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah, setiap negeri telah menyediakan flatform dan kaedah pembayaran sebagaimana berikut:
No. | Negeri | Kaedah Bayaran Online |
---|---|---|
1. | Johor | 1) Zakat Johor Online Payment Fastpay melalui https://fitrah.maij.gov.my Pengguna berdaftar melalui https://epayment.maij.gov. my 2. Laman Sesawang Johor Online Payment https://onlinepayment.johor. gov.my/ 3. Aplikasi SnapNPay |
2. | Kedah | 1. Laman sesawang Jom Zakat https://jom.zakatkedah.com. my/ 2. Laman sesawang Asnaf Care https://asnafcare.com.my/ 3. Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) – http://bit.ly/zotkdh (Android dan IOS) |
3. | Kelantan | 1. Financial Process Exchange (FPX) https://zakat.e-maik.my/ 2. Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank) 3. QR Code 4. Aplikasi MyMaik eZakat Payment 5. SMS |
4 | Melaka | 1. Laman Sesawang izakat.com 2. QRPay Bank Muamalat |
5 | N. Sembilan | 1. Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz 2. Aplikasi ZakatN9 3. Aplikasi SnapNPay 4. JomPAY |
6 | Pahang | Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfit rah/ |
7 | Perak | 1. FPX melalui www.maiamp.gov.my 2. QRPay Maybank 3. Aplikasi SnapNPay 4. Aplikasi GoPayZ |
8 | Perlis | Aplikasi SnapNPay |
9 | P. Pinang | 1. Aplikasi SnapNPay 2. JomPAY 3. QR Code 4. Aplikasi GoPayZ 5. FPX |
10 | Sabah | 1. FPX melalui portal eZakatPay https://fpx.zakatselangor.co m.my/ 2. Aplikasi e-dompet GoPayZ 3. Aplikasi e-dompet Boost; 4. QR Code 5. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank) 6. Portal MyEG 7. Pos Online |
11 | Sarawak | 1. Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek) 2. Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak 3. Portal MyEG 4. Maybank2U 5. Aplikasi SnapNPay |
12 | Selangor | 1. FPX melalui portal eZakatPay https://fpx.zakatselangor.co m.my/ 2. Aplikasi e-dompet GoPayZ 3. Aplikasi e-dompet Boost 4. QR Code 5. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank) 6. Portal MyEG 7. Pos Online |
13 | Terengganu | 1. FPX melalui pautan http://www.maidam.gov.my/i ndex.php/ms/ 2. Aplikasi SnapNPay |
14 | W. Persekutuan | 1. portal PPZ fitrah.zakat.com.my 2. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank) 3. PayHalal 4. Portal MyEG; 5 U-Mobile; dan 6. Pos Online |
Soalan Lazim Tentang Zakat Fitrah (FAQ)
Soalan: Apakah hukum zakat fitrah?
Jawapan : Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Soalan: Bilakah waktu untuk membayar zakat fitrah?
Jawapan:Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Soalan: Apakah wujud perkhidmatan kaunter zakat fitrah di tempat awam?
Jawapan: Tidak wujud kerana selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa iaitu larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai.
Soalan: Bagaimana cara untuk membayar zakat fitrah tahun ini sekiranya tiada amil yang mengutip ataupun tiada kaunter zakat?
Jawapan: Umat islam digalakkan membayar zakat fitrah online atau atas talian selaras dengan arahan PKP dan penjarakkan sosial.
Maklumat Terkini berhubung Zakat Fitrah 2020/1441H di Media Sosial Majlis agama Islam negeri Masing-masing
No. | Negeri | Laman Rasmi Facebok |
---|---|---|
1. | Johor | Majlis Agama Islam Johor |
2. | Kedah | Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman |
3. | Kelantan | Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan |
4 | Melaka | Zakat Melaka |
5 | N. Sembilan | Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS |
6 | Pahang | Majlis Ugama Islam & Adat Resam Negeri Pahang |
7 | Perak | Zakat Perak -MAIPk |
8 | Perlis | Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perlis (MAIPs) |
9 | P. Pinang | Zakat Pulau Pinang |
10 | Sabah | Bahagian Zakat & Fitrah MUIS |
11 | Sarawak | Tabung Baitulmal Sarawak |
12 | Selangor | Lembaga Zakat Selangor |
13 | Terengganu | Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu- Official |
14 | W. Persekutuan | Pusat Pungutan Zakat |
Semoga artikel ini dapat membantu anda membayar zakat fitrah online.
Adakah anda mempunyai target tahun ini berapa kali nak khatam al-Qur’an? Jom baca tips khatam al-Quran 30 Juzuk di Bulan Ramadhan.
Rujukan:
- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri
- Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
- Facebook Rasmi Zakat / Majlis Agama Islam Negeri-negeri
JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI