36 Fakta Menarik Tentang al-Quran Yang Perlu Kita Ketahui

0
1200
36 Fakta Menarik Tentang al-Qur’an Yang Perlu Kita Ketahui

Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu merupakan mukjizat yang dapat kita lihat dan sentuh hingga hari ini. Selain itu di dalam al-Quran terdapat pelbagai fakta menarik yang bertepatan dengan sains masa kini. 

Ini menunjukkan bahawa fakta-fakta yang terdapat dalam al-Quran bukanlah  rekaan semata-mata, tetapi merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada bagi Rasulullah SAW. 

Terdapat pelbagai ayat dalam al-Quran yang menjelaskan tentang perihal akidah, kehidupan, cakrawala, sejarah dan sebagainya. Kesemua ayat ini mempunyai sebab nuzulnya yang tersendiri. 

Namun apa yang paling menarik adalah beberapa info dan fakta menarik tentang Al-Quran ini yang ingin dikongsikan bersama-sama. 

1. Surah terpanjang dalam al-Quran – Surah al-Baqarah.

2. Surah yang terpendek – Surah al-Kauthar.

3. Minuman terbaik menurut al-Quran – susu.

4. Makanan terbaik menurut al-Quran – madu.

5. Ayat yang paling utama dalam al-Quran – ayat al-Kursi.

6. Ayat terpanjang dalam al Quran – ayat berkaitan hutang 282 Surah al Baqarah.

7. Ayat terpendek…  مدهامتان   surah al-Rahman ayat 62.

8.Perkara halal yang paling dibenci menurut al-Quran – Perceraian.

9. Angka terbanyak yg dinyatakan oleh al-Quran – 100,000.

10. Perkataan terpanjang dalam al-Quran –  فاسقيناكموه  Surah al-Hijr ayat 22.

11. Huruf yg paling banyak penggunaannya dalam al-Quran – huruf alif  ( ا ).

 12. Huruf yang paling kurang penggunaannya – huruf  ظ.

13. Malam terbaik menurut al-Quran – Malam ليلة القدر.

14. Bulan terbaik menurut al-Quran – Bulan Ramadhan.

15. Haiwan terbesar menurut al-Quran – ikan.

16. Haiwan terkecil menurut al-Quran – nyamuk.

17. Surah terbaik dalam al-Quran – Surah al-Fatihah.

18. Juzuk yang paling banyak surah dalamnya – juzuk 30.

19.Surah yang paling banyak  menyatakan nikmat Ilahi – Surah al-Nahl.

20. Surah paling banyak memuatkan sumpah – Surah al-Shams.

21. Asma’ al-Husna yang paling banyak disebut dalam al-Quran – الله

 22. Nama Nabi yg paling banyak disebut dalam al-Quran – Musa

23. Nama Nabi yg paling sedikit disebut dalam al-Quran – Zulkifli, Ilyasa’, Ilyas & Idris.

24.Buahan yang paling banyak disebut dlm al-Quran – Anggur.

25. Makan yang pertama dimakan di syurga – hati ikan.

26. Manusia yang paling celaka dan paling dahsyat disiksa – Qabil pembunuh Habil & penyembelih unta Nabi Salleh AS.

27. Amalan yang paling afdhal disisi Allah – solat.

28. Kaum yang paling degil terhadap Nabi mereka – Yahudi.

29. Syurga yang terbaik dan tertinggi – Syurga ‘Adn yang namanya al-Firdaus.

30. Tahap yakin yang tertinggi – حق اليقين.

 31. Tahap derhaka yang paling minima terhadap kedua ibu bapa – berkata “ah!”.

32. Zikir yang terbaik – membaca al-Quran.

33. Orang paling kaya yang disebut namanya oleh al-Quran – Qarun.

34. Golongan paling dahsyat disiksa dan ditempat yang paling bawah neraka – munafiqin.

35. Minuman teristimewa penghuni syurga – Tasnim.

36. Situasi yang paling kritikal di Hari Kiamat – menyeberangi Sirat al-Mustaqim.

Sumber : Facebook Dr Fauzi Deraman, Mantan Profesor Madya dan Pensyarah di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Semoga fakta-fakta menarik tentang al-Quran ni dapat kita kongsi dan manfaatkan sebaiknya. 


Imam Syafie selain memiliki ilmu yang mendalam tentang agama, namun akhlak dan sikapnya sentiasa merendah diri. Lihat bagaimana cara beliau beradab terhadap gurunya ini.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI