Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.
Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.
Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.
Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.
Tarikh Hari Wanita Sedunia
Hari Wanita di sambut pada 8 MAC setiap tahun bagi meraikan peranan wanita yang menjadi perintis kepada kemajuan generasi.
Tema Hari Wanita di Malaysia
Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah;
Wanita Bangkit Mendepani Cabaran
Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.
Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar kita tetap bangkit mendepani cabaran. Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa.
Zahirkan tanda sokongan anda sebagai penghargaan kepada para wanita.
Hashtag atau tanda pagar yang digunakan pada tahun ini ialah;
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
Sambutan Hari Wanita di Malaysia
Di Malaysia, sambutan hari wanita disambut bertujuan;
- Memberikan pengiktirafan khas kepada kaum wanita dalam pelbagai bidang.
- Memberi pendedahan maklumat dan pengetahuan agar wanita mempunyai daya saing untuk mencapai perkongsian antara lelaki dan wanita
- Tanda keprihatinan kerajaan terhadap peranan penting wanita sebagai penggerak utama kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.

Sambutan hari wanita di peringkat Malaysia di raikan dengan pelbagai acara dari pelbagai pihak samaada Kementerian, NGO dan sebagainya.
Walaupun tiada cuti umum untuk Hari Wanita, namun ia di sambut dengan pelbagai aktiviti seperti dialog, forum, ceramah dan sebagainya bagi mengangkat martabat kaum wanita.
Sambutan secara rasmi bagi hari tersebut, diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat melalui media sosial mereka.
- Laman Web – https://www.kpwkm.gov.my/
Kementerian Yang Menguruskan Hal Ehwal Wanita di Malaysia
Di Malaysia Kementerian yang bertangungjawab dalam urusan hal ehwal wanita adalah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM) yang diuruskan di bawah Jabatan Pembangunan Wanita.
Misi utama KPWKM adalah mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke dalam arus perdana pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang terkini ialah Datuk Seri Rina Mohd Harun. Sementara Timbalan Menteri ialah Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.
Senarai Menteri Wanita Yang Lepas
No. | Nama | Tarikh Jawatan |
1. | Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail | 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 |
2. | Dato’ Sri Rohani Abdul Karim | 16 Mei 2013 – 21 Mei 2018 |
3. | Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak (Pemangku) | 8 April 2012 – 15 Mei 2013 |
4. | Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil | 10 April 2009 – 8 April 2012 |
5. | Tan Sri Dr. Ng Yen Yen | 19 Mac 2008 – 9 April 2009 |
6. | Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil | 17 Januari 2001 – 18 Mac 2008 |
Sumber: Wikipedia
Raikan sambutan Hari Wanita dengan pantun dan ucapan yang sangat menginspirasikan.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI