Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021

0
254
Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021

Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia 2021 / Happy International Women’s Day 2021

Tanggal 8 Mac setiap tahun, kita akan meraikan Hari Wanita Sedunia. Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 adalah Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.

Tema Hari Wanita ini dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.  

Bagi menghargai pengorbanan para wanita, marilah sama-sama kita memberi ucapan selamat hari wanita samaada mereka itu seorang ibu, isteri, kakak, guru, atau sebagainya.

Ucapan Selamat Hari Wanita

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2021 kepada seluruh wanita.

Wanita adalah aspirasi negara dalam memacu pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat. 

#WanitaBangkitMendepaniCabaran
#WanitaWajaNegara
#HariWanita2021
Wanita waja negara,
Suka dan duka, kita laluinya.
 
Demi masa depan anak yang dibuaikan,
Dengan kasih kasih sayang kita bangkit semua.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021

Wanita Bangkit Mendepani Cabaran
Wanita Untuk Dikasihi dan Dilindungi

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021

Wanita Bangkit Mendepani Cabaran
“The strength of a woman can carry the weight of the world. Keep Smiling and Stay Strong”

Happy International Women’s Day 2021
Terima kasih buat isteriku yang selalu korbankan kasih sayang untuk kita sekeluarga. Semoga dirimu sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah. 

Selamat Hari Wanita
#hariwanita2021
Wanita diciptakan istimewa, tetap kuat dan gagah walau hampir lelah.

WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN
#HariWanita2021
#WanitaBangkitMendepaniCabaran
#WanitaWajaNegara
#HormatiWanita
#HW2021
Selamat Hari Wanita

Wanita,
Pesonanya penuh keindahan,
Belaiannya penuh kelembutan,
setiap lemahnya tanda kekuatan.

Wanita,
Nafsunya tiada beribu,
bukan simpati yang dimahu,
cukup sekadar sedar dan tahu,
cinya dan sayangnya ada setiap waktu.
Rintangan kita mungkin berbeza, tetapi destinasi kita tetap sama.
Hargailah kekuatan kita yang saling melengkapi agar kita dapat kecapi kejayaan bersama.”

Selamat Hari Wanita
“Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”
8 Mac 2021
Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah,
Yang akan membahagiakan,
Syurga di dalam rumah tangga,

“Selamat Hari Wanita”
Allah memuliakan wanita dan memberi ganjaran syurga kepada wanita yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
Wanita …
Anugerah terindah Tuhan,
Tegas dalam kelembutan,
Bijak dalam keayuan,
Tangkas dalam pekerjaan,

Selamat Hari Wanita Sedunia Teman …
Semoga menjadi bidadari syurga Illahi di negeri abadi nanti
TERIMA KASIH DUHAI WANITA

Dari rahimnya lahir pendidik, pemimpin dan pejuang. Dengan rahim-Nya, Dia memilih wanita untuk mendidik generasi dan anak bangsa. Wanita adalah teduhan yang mendamaikan kepada sang anak, pendamping yang menyejukkan hati sang suami.

Dirinya jua adalah madrasah pertama buat anak-anak. Teringat kami akan kalam Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi, “Bahkan wanitalah guru pertama yang mengajarkan tauhid kepada anak-anaknya. ” Jangan dilupa bahawa dengan wanitalah terasuh generasi masa depan yang berjaya.

Sesungguhnya kita semua terhutang budi kepada wanita. Ucapkanlah terima kasih kepada wanita yang berjasa menjadikan siapa anda sekarang ini. 

Selamat Hari Wanita, sesungguhnya dirimu amatlah berharga!

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Wanita Hebat itu Ibuku
Wanita Hebat itu Kakakku
Wanita Hebat itu Adikku
Wanita Hebat itu Nenekku
Wanita Hebat itu Isteriku
Wanita Hebat itu Saudaraku
Wanita Hebat itu Sahabatku
Wanita Hebat itu Guruku
Wanita Hebat itu Bossku
Wanita Hebat itu Doktorku
Wanita Hebat itu Jururawatku
Wanita Hebat itu Para Polis, Tentera & Bomba Negaraku
Wanita Hebat itu Pembantuku
Wanita Hebat itu…………………….

Selamat Hari Wanita kepada para wanita di seluruh dunia.
Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia..

🌸WANITA HEBAT🌸

🎀 Wanita hebat bukan kerana dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan kerana dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan kerana dia pintar 
🎀 Dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya

Tapi wanita hebat adalah;

🎀 Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona kerana memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸Selamat Hari Wanita🌸

Pantun Selamat Hari Wanita

Mudik ke hulu mencari palas,
Untuk ketupat di hari raya,
Jasa wanita tidak terbalas,
Sehingga membentuk keluarga bahagia.
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan;
Pengorbanan wanita kita hormati,
Bangkit penuh dengan harapan.
Sedulang lauk sepinggan nasi,
Mari dimakan bersama teman;
Hargai wanita yang ada disisi,
Sungguh hebat jasa kalian.

—–

Poster Selamat Hari Wanita


Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here