Saturday, April 27, 2024
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Salam Nuzul al-Quran 1445H/2024M

Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Nuzul al-Quran 1445H/2024M

17 Ramadan merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa Nuzul al-Quran. Selain memperingati tarikh penting ini, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Nuzul al-Quran buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. 

Di Malaysia, setiap 17 Ramadan kita akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya.

Bagi meraikan sambutan Salam Nuzul al-Quran pada tahun ini, kami menyediakan koleksi pantun dan ucapan salam Nuzul al-Quran yang dapat membantu anda memberi ucapan yang istimewa buat sesiapa sahaja.

Ucapan Salam Nuzul al-Quran 2024M/1445H

Salam Nuzul al-Quran
17 Ramadhan 1445H | 28 Mac 2024

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah 2:185)
Selamat Menyambut Nuzul al-Quran

“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Isra, ayat 9)
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakana yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR Tirmizi No: 2910)

Bersempena dengan peristiwa Nuzul Alquran ini, marilah kita terus membaca dan mentadabbur al-Quran kerana ia adalah sikap orang yang mengambil ilmu, iktibar dan teladan daripada al-Quran.
Salam Nuzul al-Quran 1445H /2024M

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan Akhirat.
“Ya Allah sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran. Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran.”

Salam Nuzul al-Quran dan Selamat Beribadah Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan.
“Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafa’at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim).

Salam Nuzul al-Quran 
17 Ramadhan 1445H | 28 Mac 2024
SALAM NUZUL AL-QURAN 1445 HIJRAH

Al-Quran adalah sumber ilmu, hidayah dan panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Tanda kita mencintai al-Quran adalah dengan sentiasa membaca, mengamalkan dan menyebarkan kandungan Al-Quran untuk manfaat seluruh alam.
Salam Nuzul Al-Quran to all Muslims during this holy month of Ramadan. May we always find the determination and peace to continue reciting and learning the Al-Quran in hopes of being closer to Allah SWT. 
Peristiwa Nuzul al-Quran bukan sekadar kisah penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w tetapi ia sebagai satu mesej al-Quran bukan sekadar dibaca dan dialunkan tetapi sebagai panduan dalam kehidupan.

Salam Nuzul a-Quran
Keistimewaan bulan Ramadhan ianya diturunkn Al-Quran yang banyak faedah dan manfaat.

Salam Nuzul Al-Quran
17 Ramadhan 1445H

Pantun Nuzul al-Quran

Pohon selasih di tepi perigi, 
Indah berseri di waktu pagi;
al-Quran itu mukzijat tertinggi,
Marilah sama kita hayati.
Burung bayan hinggap didahan,
Mencari makan hingga ke malam;
17 Ramadhan diturunkan al-Qur’an,
Sebagai petunjuk sekalian alam.
Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang bercampur dengan lokan;
al-Quran sebagai pembimbing ummat,
Memberi syafaat di hari kemudian.
Rama-rama hinggap di badan,
Terbang sebentar mencari makan;
al-Quran bukan sekadar bacaan,
Ia menjadi petunjuk jalan.

Poster Ucapan Salam Nuzul al-Quran 1445H/2024M


Adakah anda sudah menunaikan kewajipan zakat fitrah pada tahun ini? lihat kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia dan cara secara atas talian (online).

RELATED ARTICLES

Most Popular