Tuesday, March 19, 2024
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Hari Merdeka Malaysia Ke-65 (2022)

Koleksi Pantun dan Ucapan Hari Merdeka Malaysia Ke-65 (2022)

Tidak lengkap sambutan hari kebangsaan Malaysia tanpa mengucapkan pantun dan ucapan Hari Merdeka bagi meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-65 pada tahun ini. 

Tarikh keramat 31 Ogos pasti diraikan di seluruh negara sebagai sambutan ulang tahun negara yang bebas daripada cengkaman penjajah. 

Tahun 2022 merupakan tahun kebangkitan kita setelah 2 tahun negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan juga Dunia

Bagi meraikan sambutan ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-65 dengan tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, marilah sama-sama kita ucapkan pantun dan ucapan hari merdeka yang kami catatkan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Ucapan Hari Kebangsaan Malaysia Yang ke-65

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-65 buat negaraku Malaysia tercinta.

Kemerdekaan ini besar harganya buat kita semua. Ayuh #KeluargaMalaysia, mari kita kobarkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.  

31 Ogos 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita sesama #KeluargaMalaysia. Watan ini milik kita semua! 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65
Keluarga Malaysia Teguh Bersama
ucapan Hari kemerdekaan Tunku Abdul Rahman 1957
Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini. 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65.
Salam Kemerdekaan Buat Seluruh Rakyat Malaysia. 

Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita merdeka daripada penjajah, kita juga hendaklah merdeka daripada perkara yang sia-sia. 

Pantun Salam Kemerdekaan 

Bunga Raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos  Hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.
Sungguh indah negeri Melaka
Tempat lahir ramai pahlawan, 
65 tahun kita merdeka, 
Hidup aman tiada keperitan,
Ismail Sabri PM kita,
Perdana Menteri Malaysia ke sembilan,
Keluarga Malaysia Teguh Bersama, 
Tema rasmi Hari Kebangsaan.
Nama Malaysia sangat terbilang,
Melahirkan ramai tokoh dan wira, 
Ayuh kibarkan jalur gemilang, 
Tanda cinta pada negara. 
Jalur Gemilang berkibar megah, 
Simbol perpaduan seluruh negara, 
Malaysia bebas dari dijajah, 
Semoga negara aman sentiasa. 
Sungguh indah Gunung Tahan, 
Khazanah indah kurniaan tuhan, 
Salam Kemerdekaan saya ucapkan, 
Malaysia maju bergerak ke hadapan. 
Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama, 
Rakyat bersatu negara berjaya, 
Malaysia Prihatin aman sejahtera. 

Untuk lebih banyak pantun menarik tentang Hari Kemerdekaan dan Hari kebangsaan, baca juga: Pantun Merdeka dan Hari Kebangsaan 2021 Tema MALAYSIA PRIHATIN


Poster Ucapan Hari Merdeka ke-65

Poster Keluarga Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan ke-65
Poster Selamat Hari Merdeka ke-65
Poster Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2020
poster selamat menyambut hari kebangsaan ke-65
Poster 31 August Hari Merdeka - Malaysia Independece Day

Jom raikan sambutan Hari Malaysia 16 September dengan poster, pantun dan ucapan menarik ini


Sama-sama juga kita meriahkan sambutan bulan kemerdekaan negara dan sambutan Hari Malaysia dengan lagu “MALAYSIA PRIHATIN


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular