Privacy Policy

Polisi Penafian dan Kerahsian Laman Web

Halaman ini menerangkan tentang polisi kerahsian dan privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Laman web theinspirasi.my adalah  dimiliki secara persendirian dengan menggunakan nama TheInspirasi (selepas ini dirujuk “Kami”). Laman ini berkongsi penulisan tentang tips-tips, artikel, panduan serta kisah-kisah inspirasi dalam masyarakat.

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Kami juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda melainkan anda menghantar email secara peribadi kepada laman web ini iaitu info@theinspirasi.my.

Waranti dan Penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda.

Pihak Kami sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen

Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:

     1) Komen yang disifatkan sebagai spam

     2) Komen tidak senonoh

     3) Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain

     4) Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi

     5) Komen yang berbaur perkauman

     6) Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul

     7) Komen yang tidak difahami

Hak Cipta Artikel, Maklumat, Bahan di Laman theinspirasi.my

Semua hasil penulisan di laman web theinspirasi.my ini adalah hak milik Kami kecuali dinyatakan rujukan atau sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran secara bertulis atau email kepada info@theinspirasi.my sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian.

Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari TheInspirasi beserta domain theinspirasi.my dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat. 

Pihak Kami sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini bagi tujuan penulisan yang bermanfaat.

Pihak Kami juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh dalam penulisan laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami dengan menggunakan halaman ini. 

Privacy Policy (Polisi Penafian dan Kerahsiaan) ini ditulis dan sah pada 6 Januari 2020, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

Kemaskini: 13 April 2020