Tuesday, March 19, 2024
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Lahir 2022

Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Lahir 2022

Pada setiap hari pasti ada dalam kalangan saudara, teman dan rakan-rakan kita yang menyambut hari lahir. Ramai dalam kalangan kita mengambil kesempatan mengucapkan pantun dan ucapan selamat hari lahir sebagai tanda ingatan buat mereka. 

Penggunaan media elektronik seperti Whatapps, Telegram, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya memudahkan kita untuk sampai ucapan hari lahir.

Ada yang menjadikan ucapan hari lahir sebagai caption di Instagram, status wassap, posting di Facebook dan sebagainya.

Semoga pantun dan ucapan selamat hari lahir ini dapat memberi idea bagi ucapan anda buat insan tersayang. 

BACA JUGA: 25 Pantun Rindu Klasik Yang Sangat Sweet Buat Kekasih

Ucapan Hari Lahir Umum

Sanah Helwah

Barakallah fi umrik. 
“Semoga Allah memberkati usiamu” 
Happy Birthday

Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. 

Amin. 
Selamat Hari Lahir

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan.

Aamiin Ya Rabbal’alamiin
Selamat Ulang Tahun Kelahiran 

Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. 

Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu. 

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Anak 

Ucapan Selamat Hari Lahir buat Anak
♥️SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU♥️

Tiada ungkapan ayat yang istimewa melainkan ucapan dan doa ringkas yang mampu Ibu ucapkan melainkan SELAMAT HARI LAHIR buat kamu.

Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah serta menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
Selamat Hari Lahir Anakku Sayang…🌹🌹

Ya Allah panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya, perelokkan akhlaknya, permudahkan urusannya, sejahterakanlah jiwa dan raganya, murahkanlah rezekinya, anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.

Ya Allah, bantulah aku mendidiknya dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintaiku dan keluargaku. 

Ya Rahman, Ya Rahim. Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.

Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin……

SELAMAT HARI JADI ANAKKU
🎂SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG YG KE-11 TAHUN 🎂

Tiada kata² yang istimewa🥰 
Hanya ucapan dan doa ringkas yang mampu mama papa ucapkan♥️

🤲Semoga ALLAH melindungi setiap LangkahMu
🤲Semoga diberikan kesihatan yang baik
🤲Semoga dipanjangkan umur
🤲Semoga dilimpahkan  rezeki
🤲Semoga diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat
🤲Semoga menjadi anak yang solehah taat pd printah ALLAH & semoga menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga😍
        *آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن*
Selamat Hari Lahir Permata Hati Ibu

Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat,
Dilimpahkan rahmat dan panjang umur,
Allah sentiasa melindungimu, menjagamu dan memberi yang terbaik buatmu
Terima kasih kerana membahagiakan hari-hari abah dan mama. 

Sayang.. .ADIK!!!
“Senyum diwajahmu membuat mama dan papa kuat untuk selalu menjagamu dan memberikan apa yang terbaik buatmu. Semoga semakin bertambah usia, menjadikanmu semakin dewasa.”

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anakku. Semoga tercapai segala cita-citamu.
Doa Buat Anak Sempena Hari Kelahiranmu

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74).
Iklan Produk Bidara laman web

Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu, Emak, Mama, Ummi dan Bonda 

Happy Birthday Ibu… 

Semoga ibu dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. 
Terima Kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan saya selama ini. 
Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa dan pengorbanan ibu. 

Saya sayang Ibu!!! 🎂🥰
Selamat Hari Lahir Mak…

Terima Kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah kami. 
Sungguh besar jasa dan pengorbanan Mak dalam membesarkan kami. 
Moga Allah ganjarkan syurga buat Mak. 

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.” 
Kerana dia aku hidup di dunia ini,

Kerana dia aku membesar menjadi manusia,

Kerana dia aku sihat tubuh badan, Kerana dia aku cukup ilmu pelajaran,

Kerana dia aku rasa hidup disayangi & dihargai, 

Kerana dia adalah syurga aku buat selamanya. 

Selamat Hari lahir Ummi Sayang. I LOVE YOU SO MUCH ♥️🎉

Ucapan Hari Lahir buat Ayah

Selamat Hari Lahir Ayah. 

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ayah tidak terhitung banyaknya dan tidak mampu dibalas di dunia. 

Ayah, hero terbaik untuk semua.
Ayah! Tak kira di mana berada, 

Dia sentiasa pahlawanku yang telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga. 

Ayah selalu sembunyikan penat lelahnya, kesakitannya, kesusahannya dan deritanya demi membuatkan aku gembira. 

Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa ayah pada ulang tahun kelahiran ayah pada hari ini. 

Selamat Hari Lahir Ayah. 
Happy Birthday Abah!!! 

Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah. 

TERIMA KASIH ATAS SEGALA DIDIKANMU DALAM MEMBESARKAN KAMI. 

Saya Sayang Abah. 
IKLAN PRODUK BIDARA WEBSITE THE INSPIRASI

Pantun Ucapan Selamat Hari Lahir 

Sungguh cantik burung kenyalang 
Terbang hinggap di ranting mati, 
Happy Birthday buatmu sayang, 
Moga hidup sentiasa dirahmati. 
Usia kita bertambah lagi, 
Itu tanda umur meningkat, 
Panjang umur murah rezeki, 
Ceria selalu mendapat rahmat. 
Kalau pergi mencari sumur, 
Dapatlah kita menumpang mandi, 
Moga awak dipanjangkan umur, 
Agar hidup sentiasa diberkati. 
Burung kedidi berkaki panjang, 
Singgah makan di tepi sawah, 
Ku doakanmu umur yang panjang, 
Dengan ucapan Sanah Helwah. 
Mentari terbenam di ufuk barat, 
Tanda malam sudah dekat, 
Selamat Hari lahir buat sahabat, 
Moga  dilindungi dunia akhirat. 
Indah pagi kerana mentari, 
Terang malam cahaya rembulan, 
Happy Birthday encik Suami, 
Moga bahagia kita berkekalan. 
Pergi Kuantan singgah di Maran, 
Membeli bekalan untuk santapan, 
Ucapan Birthday buatmu kawan, 
Ada jamuan jangan dilupakan. 
Buah peria ulam pegaga,
Dimakan bersama gulai nangka,
Semakin hari semakin berusia,
Tingkatkan amalan menuju ke syurga.

Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat, Teman atau Kawan

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sahabatku

Semoga hari-harimu pada masa akan datang lebih bahagia dan penuh harapan. 

Meski terdapat ranjau atau rintangan dalam kehidupan anggaplah itu hanya satu ujian yang akan mematangkan usiamu. 

Aku doakan agar diberi keberkatan atas segala pekerjaanmu. 

 “Wish you all the best” 

HAPPY BIRTHDAY MY FRIEND 
Bismillahi Rahmani al-Rahim

Semoga Allah membimbing setiap langkah dan usiamu sehingga apapun yang engkau lakukan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Sanah Helwah Sahabat 🎉

Ucapan Hari Lahir untuk Suami 

HAPPY BIRTHDAY SUAMIKU

Setiap doa ayang sentiasa terselit namamu. 

Semoga pertambahan usiamu menjadi bekalan buat kita di Jannatul Firdaus.

Ayang doakan hubungan perkahwinan ini berkekalan hingga ke Syurga. Aminn. 

Love U. 

Ucapan Terima Kasih Untuk Mereka Yang Wish Birthday

Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan mendoakan saya sempena Hari Lahir ke-25 hari ini.

Bertambahnya umur, mengingatkan kita akan hampirnya masa untuk bertemu Maha Pencipta. Moga kita sentiasa menginsafi waktu yang anda dan memanfaatkannya untuk muhasabah dan berubah ke arah yang lebih baik.

Terima kasih semua.

Baca juga ucapan dan pantun terbaik selamat pagi


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular