Air Zam-zam Sepatutnya Boleh Dijual – Ini Pandangan Peribadi Dr Hapiz Kodiang 

0
894
Air-Zam-Zam

Baru-baru ini tular isu Air Zam-zam yang tidak boleh dijual di Malaysia. Ini kerana ia dikategorikan sebagai air mineral semula jadi (AMS) sama seperti udara, api dan sebagainya yang merupakan hak awam yang boleh dikongsi bersama. 

Menurut seorang pensyarah UiTM,  Dr Mohd Hapiz bin Mahaiyadin atau lebih dikenali sebagai Hapiz Kodiang, air zam-zam sepatutnya boleh dijual kerana yang dijual beli itu bukanlah airnya, tetapi perkhidmatan atau servis air itu sendiri.  Ia melibatkan kos yang tinggi dalam menjaga/memproses/membersih/mencanggihkan infrastruktur untuk air Zam-zam. 

Dr Hapiz Kodiang
Dr Hapiz Kodiang

Menurut beliau di laman  Facebook;

“Bagi saya boleh saja menjual air Zam-zam (ori)  yg diimport oleh pembekal ke Malaysia. Kos import barang bukaah percuma. Mcm air mineral jenama Evian yg disedut dari air bawah tanah di Perancis. Dijual dalam Tesco, Giant, Mydin dll dgn harga yg sangat mahal. 500ml hampir RM6 dan 1.5L hampir RM11. Sama je mcm air mineral Cactus, Spritzer dll.”

Pengharaman jualan air zam-zam juga kerana dasar kerajaan Arab saudi yang memberikan secara percuma air ini kepada jemaah yang berada di tanah suci. Punca pengharaman jualan air itu juga bagi menjaga kualiti air zam-zam kerana terdapat laporan sebelum ini yang menunjukkan penipuan dalam penjualan air zam-zam.

Dalam laporan sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (Putrajaya) membuat satu hantaran di Twitter yang menjelaskan 

Air Zam Zam TIDAK DIBENARKAN dijual di Malaysia.

Antara sebab Air Zam-zam tidak boleh dijual kerana ia  dikategorikan sbg air mineral semula jadi (AMS). Ia perlu mendapat mendapat lesen drpd KKM mengikut Peraturan 360A, Peraturan2 Makanan 1985.