Monday, December 9, 2024
HomeSemasaIntipati Bantuan PKP 3.0 PEMERKASA TAMBAHAN (PEMERKASA+) 2021

Intipati Bantuan PKP 3.0 PEMERKASA TAMBAHAN (PEMERKASA+) 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+)  pada 31 Mei 2021, mengumumkan Bantuan PKP 3.0 susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Sidang khas MKN pada Jumaat lalu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Nilai keseluruhan PEMERKASA+ adalah berjumlah RM40 billion dengan 3 matlamat utama iaitu, Mempertingkatkan kapsiti kesihatan awam, Menerus Agenda Prihatin Rakyat dan Sokongan perniagaan.

Diharap dengan bantuan PEMERKASA TAMBAHAN yang diumumkan ini, ia sedikit sebanyak dapat menampung beban rakyat yang terkesan dengan penutupan sektor ekonomi dan sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Sebanyak RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat ditambah baik dengan tambahan sebagaimana berikut;

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun.

Geran Khas Prihatin

Kadar Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah sebanyak RM500 kepada 1,500 ringgit.

Hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan bulan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai.

Pembiayaan Mikri Kredit

Pembiayaan mikro kredit – RM 1.5 bilion disediakan oleh BSN, TEKUN, MARA, SME CORP. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.

Diskaun Bayaran Elektrik

Diskaun bill elektrik 10 peratus disediakan utk 6 sektor terjejas selama lagi 3 bulan dari Julai sehingga September 2021.

Bantuan Khas one-off RM500

Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan bas persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing – PM

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Penumpang

Kerajaan setuju lanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021

3 Bulan tanpa Gaji Menteri dan Timbalan Menteri

Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan ambil gaji selama 3 bulan mulai Jun 2021.

RELATED ARTICLES

Most Popular