Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2024 / 1445 Hijrah bagi seluruh negeri Johor Darul Ta’zim.
Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM bagi bulan Ramadhan 1445 Hijrah.
Takwim dan jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka puasa dan imsak mengikut negeri masing-masing di negeri Johor.
Ia disusun berdasarkan empat zon bagi seluruh negeri Johor yang meliputi Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Pontian, Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas.
Pulau Aur dan Pulau Pemanggil – Zon 1
Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing – Zon 2
Pontian dan Kluang – Zon 3
Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Gemas Johor – Zon 4
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa
- Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.
- Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air.
- Membaca doa sebelum berbuka puasa.
- Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa
Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.
Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur
Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.
Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;
“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”.
Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;
“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”
Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?
Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur.
Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain.
Mari ulangkaji beberapa perkara asas tentang puasa seperti syarat wajib puasa, niat puasa, rukun puasa, syarat sah puasa dan sebagainya.