Saturday, March 2, 2024
HomeBerbuka Puasa dan ImsakJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Kedah 2024

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Kedah 2024

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2024 / 1445 Hijrah bagi seluruh negeri Kedah Darul Aman.

Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM bagi bulan Ramadhan 1445 Hijrah.

Takwim atau jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri masing-masing di negeri Kedah.

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak ini juga telah disusun berdasarkan 7 zon bagi seluruh negeri Kedah yang meliputi Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Muda, Yan, Pendang, Padang Terap, Sik, Baling, Bandar Baharu, Kulim, Langkawi dan Puncak Gunung Jerai.

Kota Setar (Alor Setar), Kubang Pasu, Pokok Sena – Zon 1

Kedah Zon 1- Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Kuala Muda (Sungai Petani), Yan, Pendang – Zon 2

Kedah Zon 2- Kuala Muda, Yan, Pendang Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Padang Terap, Sik – Zon 3

Kedah Zon 3- Padang Terap, Sik Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Baling – Zon 4

Kedah Zon 4- Baling - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Kulim, Bandar Baharu – Zon 5

Kedah Zon 5 - Bandar Baharu, Kulim - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Langkawi – Zon 6

Kedah Zon 6 - Langkawi - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Puncak Gunung Jerai – Zon 7

Kedah Zon 7 - Puncak Gunung Jerai - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa

  1. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
  2. Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
  3. Membaca doa sebelum berbuka puasa
  4. Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.

Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Tersalah buka puasa awal kerana azan di radio

Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?

Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur

Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain

Rujukan; https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3410-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-130-hukum-tersalah-bersahur-atau-berbuka-puasa-bukan-pada-waktunya?


Berapa target anda untuk khatam al-Quran di bulan Ramadhan ini? Berikut adalah cara & tips khatam al-Quran yang boleh kita amalkan.

Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular