Dalam bulaan Ramadhan terdapat satu malam istimewa yang disebut sebagai Lailatul Qadar.
Apakah malam al-Qadr?
Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa buat Ummat Nabi Muhammad s.a.w
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Apa yang istimewanya bulan Ramadhan berbanding bulan lain adalah terdapatnya satu malam yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.
Bermula dari 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan kita di galakkan untuk mencari serta mendapatkan malam al-Qadr (Lailatur Qadar)
Apakah malam Lailatul Qadar? Malam al-Qadr (Lailatur Qadar) adalah lebih bernilai daripada seribu bulan.
Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Qadr ayat 3 yang bermaksud:
“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
Jika dihitung dengan bilangan tahun ia berjumlah 83 tahun lebih (1000/12 = 83.33).
Malam al-Qadr dijadikan dengan tujuan untuk kita menandingi amalan-amalan umat terdahulu dan pahala kita banyak walaupun hidup dengan singkat berbanding umat terdahulu.
Oleh itu, kita perlu untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai ladang pahala yang berganda-ganda di sisi Allah S.W.T. Maka rebutlah peluang yang ada ini kerana kita tidak tahu dapat bertemu lagi pada bulan ramadhan pada masa hadapan.
Bilakah Berlakunya Malam Lailatul Qadar?
Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadhan.
Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut
“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.
Pada 10 Malam terakhir juga Rasulullah SAW akan melebihkan ibadat berbanding malam sebelumnya. Antara hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:
Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ
Maksudnya:
“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”.
[Riwayat Muslim, no. Hadith 2009]
Jangkaan Malam lailatul qadar 2024
Tarikh 10 Malam terakhir Ramadhan Tahun 2024
2024 | HARI | 1445H | MALAM |
---|---|---|---|
30 Mac | Sabtu | 19 Ram | Ke 20 |
31 Mac | Ahad | 20 Ram | Ke 21 |
1 Apr | Isnin | 21 Ram | Ke 22 |
12 Apr | Selasa | 22 Ram | Ke 23 |
3 Apr | Rabu | 23 Ram | Ke 24 |
4 Apr | Khamis | 24 Ram | Ke 25 |
5 Apr | Jumaat | 25 Ram | Ke 26 |
6 Apr | Sabtu | 26 Ram | Ke 27 |
7 Apr | Ahad | 27 Ram | Ke 28 |
8 Apr | Isnin | 28 Ram | Ke 29 |
9 Apr | Selasa | 29 Ram | Ke 30 |
10 Apr | Rabu | 30 Ram | Malam Hari Raya |
Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut.
No. | Hari | Malam |
---|---|---|
1. | Isnin | 21 |
2. | Sabtu | 23 |
3. | Khamis | 25 |
4. | Selasa / Jumaat | 27 |
5. | Ahad / Rabu | 29 |
Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2024 / 1445 Hijrah adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (6 April 2024) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 12 Mac yang jatuh pada hari Selasa.
Wallahu a’lam.
Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Malam Tersebut
Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadhan.
- Solat Fardhu Berjemaah
- Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
- Qiamullail
- Membaca al-Qur’an
- Berselawat
- Bersedekah
- Berzikir dan memperbanyakkan doa
Doa dan Zikir Malam lailatul qadar
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca zikir dan doa ini pada malam terakhir 10 Ramadan.

“Allahumma-innaka-’afuwwun-tuhibbul-’afwa-fa’fu-’Annii”
“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang-orang yang meminta pengampunan, maka ampunilah aku.”
Tanda-Tanda Malam al-Qadr
Sebahagian ulama terdahulu dalam karya mereka telah membincangkan beberapa alamat dan tanda malam al-Qadr. Ia merupakan “sebahagian” daripada kelebihan yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambanya.
- Suanana pagi yang tenang
Salah satu tanda lailatul Qadar adalah, pada kesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.
- Matahari yang cerah namun tidak terasa bahangnya
Selain itu,, pancaran matahari pada keesokan paginya yang bersinar cerah namun tidak terasa terik akan bahangnya.
- Pada Malam tersebut udara yang begitu tenang.
Sesetengah ulama menggambarkan pada malam berlakunya lailatul Qadar, suasana pada malam tersebut akan tenang sekali, udaranya yang tidak terlalu panas atau sejuk. Binatang-binatang dan serangga tidak berbunyi seperti biasa dan keadaan langit yang tidak berawan.
Baca juga panduan mudah untuk mengerjakan solat Tahajjud ini di rumah.
JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI