Wednesday, September 27, 2023
HomeAgamaIbadatMalam Lailatul Qadar: Kelebihan, Amalan dan Doa Mustajab

Malam Lailatul Qadar: Kelebihan, Amalan dan Doa Mustajab

Dalam bulaan Ramadhan terdapat satu malam istimewa yang disebut sebagai Lailatul Qadar.

Apakah malam al-Qadr?

Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa buat Ummat Nabi Muhammad s.a.w

Pada tahun ini dalam suasana wabak COVID-19 yang masih melanda negara, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan pada 10 malam terakhir memohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar COVID-19 ini segera berakhir.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Apa yang istimewanya bulan Ramadhan berbanding bulan lain adalah terdapatnya satu malam yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.

Bermula dari 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan kita di galakkan untuk mencari serta mendapatkan malam al-Qadr (Lailatur Qadar)

Apakah malam Lailatul Qadar? Malam al-Qadr (Lailatur Qadar) adalah lebih bernilai daripada seribu bulan. 

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Qadr ayat 3 yang bermaksud:

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”

Jika dihitung dengan bilangan tahun ia berjumlah 83 tahun lebih (1000/12 = 83.33).

Malam al-Qadr dijadikan dengan tujuan untuk kita menandingi amalan-amalan umat terdahulu dan pahala kita banyak walaupun hidup dengan singkat berbanding umat terdahulu. 

Oleh itu, kita perlu untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai ladang pahala yang berganda-ganda di sisi Allah S.W.T. Maka rebutlah peluang yang ada ini kerana kita tidak tahu dapat bertemu lagi pada bulan ramadhan pada masa hadapan.

Bilakah Berlakunya Malam Lailatul Qadar? 

Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadhan. 

Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut

“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.’

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.

Pada 10 Malam terakhir juga Rasulullah SAW akan melebihkan ibadat berbanding malam sebelumnya. Antara hadith yang menunjukkan akan kesungguhan Baginda SAW adalah:

Daripada Aisyah RA, beliau menceritakan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya:

“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. 

[Riwayat Muslim, no. Hadith 2009]

Jangkaan Malam lailatul qadar 2020

Tarikh 10 Malam terakhir Ramadhan Tahun 2020

2021Hari1442Malam
1 Mei Sabtu19 Ramadhan ke 20
2 MeiAhad20 Ramadhanke 21
3 MeiIsnin21 Ramadhanke 22
4 MeiSelasa22 Ramadhanke 23
5 MeiRabu23 Ramadhanke 24
6 MeiKhamis 24 Ramadhanke 25
7 MeiJumaat25 Ramadhanke 26
8 MeiSabtu26 Ramadhanke 27
9 MeiAhad27 Ramadhanke 28
10 MeiIsnin28 Ramadhanke 29
11 MeiSelasa29 Ramadhanke 30
12 MeiRabu30 RamadhanMalam Raya

Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan berlaku.

NoHari Pertama PuasaJangkaan Malam
Lailatul Qadar
1IsninMalam 21
2SabtuMalam 23
3KhamisMalam 25
4Selasa/JumaatMalam 27
5Ahad/RabuMalam 29

Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2021 / 1442 Hijrah adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (8 Mei) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 13 April 2021 yang jatuh pada hari Selasa.

Wallahu a’lam.

Amalan Yang Boleh Dilakukan Pada Malam Tersebut

Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadhan.

  1. Solat Fardhu Berjemaah
  2. Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
  3. Qiamullail
  4. Membaca al-Qur’an
  5. Berselawat
  6. Bersedekah
  7. Berzikir dan memperbanyakkan doa

Doa dan Zikir Malam lailatul qadar

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan membaca zikir dan doa ini pada malam terakhir 10 Ramadan.

Doa Malam Lailatul Qadar

Allahumma-innaka-’afuwwun-tuhibbul-’afwa-fa’fu-’Annii

“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang-orang yang meminta pengampunan, maka ampunilah aku.”

Tanda-Tanda Malam al-Qadr

Sebahagian ulama terdahulu dalam karya mereka telah membincangkan beberapa alamat dan tanda malam al-Qadr. Ia merupakan “sebahagian” daripada kelebihan yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambanya.

  1. Suanana pagi yang tenang

Salah satu tanda lailatul Qadar adalah, pada kesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.

  1. Matahari yang cerah namun tidak terasa bahangnya

Selain itu,, pancaran matahari pada keesokan paginya yang bersinar cerah namun tidak terasa terik akan bahangnya.

  1. Pada Malam tersebut udara yang begitu tenang.

Sesetengah ulama menggambarkan pada malam berlakunya lailatul Qadar, suasana pada malam tersebut akan tenang sekali, udaranya yang tidak terlalu panas atau sejuk. Binatang-binatang dan serangga tidak berbunyi seperti biasa dan keadaan langit yang tidak berawan.


Baca juga panduan mudah untuk mengerjakan solat Tahajjud ini di rumah.


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular