Thursday, March 27, 2025
HomeAgamaIbadatPanduan Solat Tarawih Sendirian dan Berjemaah di Rumah

Panduan Solat Tarawih Sendirian dan Berjemaah di Rumah

Artikel ini akan menerangkan panduan dan cara solat Tarawih secara sendirian dan berjemaah di rumah. Panduan ini juga disertakan dengan ejaan rumi dan makna dalam bahasa Melayu untuk memudahkan bagi mereka yang tidak fasih membaca arab.

Sekiranya anda tidak dapat menunaikan solat Tarawih di Majis atau surau disebabkan perkara-perkara tertentu, anda masih boleh melakukannya sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah. 

Jadi ambillah kesempatan ini untuk menunaikan solat tarawih sepenuhnya di bulan Ramadhan terutamanya bagi kaum lelaki. 

BACA JUGA: Panduan Menunaikan Solat Sunat Tahajjud Beserta Doa

Kelebihan dan Fadhilat Solat Tarawih

Menunaikan solat tarawih adalah sebahagian daripada amalan qiyamullail dan cara mengimarah serta menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan. 

Tarawih dapat  mencipta keajaiban bagi orang yang berpuasa sebagaimana menyerapnya keletihan siang hari dengan keseronokan menunaikan solat tarawih di malam hari. 

Keistimewaan solat tarawih berbanding solat sunat yang lain adalah ia hanya dapat dilakukan secara khusus pada malam-malam bulan Ramadhan sahaja. 

Tidak ada solat Tarawih pada malam selain bulan Ramadhan. 

Solat sunat Tarawih mempunyai beberapa kelebihan sebagaimana disebut dalam al-Qur’an dan Hadith

Firman Allah SWT yang bermaksud:  

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.”  (al-Baqarah, ayat 183)

Sabda Nabi Muhammad ﷺ yang bermaksud:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu…” (Riwayat Muslim)

Waktu Solat Tarawih

Waktu solat sunat Tarawih adalah selepas mengerjakan solat Isyak. 

Solat Tarawih tidak semestinya perlu disegerakan selepas sahaja solat Isyak. Ia boleh dilakukan sepanjang malam antara Isyak dan sebelum masuknya waktu subuh. 

Niat Solat Tarawih

Solat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berjemaah. 

Niat Solat Tarawih Bersendirian

Lafaz Niat Solat Tarawih Sendirian

Usolli Sunnatal Taraawih Rak’ataini Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Niat Solat Tarawih Berjemaah

Niat menjadi Imam atau Makmun

Lafaz Niat Solat Tarawih Berjemaah menjadi imam atau makmum

Usolli Sunnatal Taraawih Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.” 

Kaifiyat (cara) Solat Tarawih 8 Rakaat

Solat sunat Tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam. 

Ia  ditunaikan pada  dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat. (2 rakaat X 4 salam)

Bacaan Surah Solat Tarawih 8 Rakaat

Tiada pengkhususan bacaan untuk Solat Tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang. 

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, anda boleh membaca surah lazim ini dalam solat Tarawih 8 Rakaat. 

*bacaan surah-surah berikut 
dilakukan selepas daripada 
membaca surah al-Fatihah. 
Susunan surah solat sunat tarawih 8 rakaat

1. Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Takathur

Surah al-Takathur yang di baca ketika solat tarawih

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas.

Surah al-Ikhlas yang di baca ketika solat tarawih

2. Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Asr.

Surah al-Asr yang dibaca ketika solat sunat tarawih

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas.

Surah al-Ikhlas yang di baca ketika solat tarawih

3. Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Humazah.

Surah al-Humazah yang dibaca ketika solat sunat tarawih

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas

Surah al-Ikhlas yang di baca ketika solat tarawih

4. Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat pertama membaca Surah al-Fiil

Surah al-Fil yang dibaca pada solat sunat tarawih

Rakaat kedua membaca Surah al-Ikhlas

Surah al-Ikhlas yang di baca ketika solat tarawih

* Bermula malam 16 hingga akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.

Bacaan Surah al-Qadr pada solat tarawih malam 16 hingga akhir ramadhan

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam 1-15.

Kaifiyat (cara) Solat Tarawih 20 Rakaat

Solat sunat Tarawih 10 Rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam. 

Ia  ditunaikan pada  dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 Rakaat. (2 rakaat X 10 salam)

Bacaan Surah Dalam Solat Tarawih 20 Rakaat

Susunan surah solat sunat tarawih 20 rakaat

* Bermula malam 16 hingga akhir Ramadhan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.

Solat Sunat Witir

Solat witir boleh dilakukan selepas habis solat Sunat Tarawih secara berjemaah atau bersendirian.

Panduan solat sunat witir adalah sebagaimana berikut:

1. Dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

a) Lafaz Niat Solat Witir bagi 2 rakaat pertama:

Lafaz Niat Solat Witir 2 rakaat menjadi imam atau makmum

Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala

b) Lafaz Niat Solat Witir bagi 1 rakaat berikutnya:

Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat menjadi imam atau makmum

Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Imaman/Makmuman Lillahi Ta’aala

“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

2. Bermula malam 16 hingga akhir Ramadhan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat subuh.

doa qunut solat subuh dan solat tarawih

3. Bacaan Surah dalam Solat Witir

Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

Membaca Surah al-A’la pada rakaat yang pertama.

Surah al-A'la

Membaca Surah al-Kafirun pada rakaat yang kedua.

Surah al-Kafirun

Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas di baca sekaligus dalam 1 rakaat pada rakaat yang ketiga (terakhir)

Surah al-Ikhlas yang di baca ketika solat tarawih
Surah al-Falaq
Surah al-Nas

Diharapkan panduan solat Tarawih ini dapat membantu anda beribadah pada bulan Ramadhan ini.


Artikel ini dirujuk daripada panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas.”


Bulan Ramadhan juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah pada waktu malam. Antaranya ialah dengan bangun malam berqiamullai. Panduan dan cara qiamullail adalah sebagaimana berikut:

Jom ulangkaji ringkas tentang puasa meliputi pengertian, dalil, hukum, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, rukun puasa dan sebagainya.


Lihat jadual dan takwim berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

Jangan Lupa Like Page TheInspirasi

RELATED ARTICLES

Most Popular