Sunday, December 15, 2024
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan (Happy Anniversary)

Koleksi Pantun dan Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan (Happy Anniversary)

Jika ada dalam kalangan sahabat, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang menyambut anniversary, pastinya kita tidak ketinggalan untuk memberi ucapan ulang tahun perkahwinan yang terbaik buat mereka. 

Di samping mendoakan kebahagian rumah tangga mereka berkekalan, ucapan ulang tahun perkahwinan juga sebagai satu penghargaan dan tahniah kepada pasangan tersebut. 

Tidak ketinggalan juga sama ada suami ataupun isteri pastinya ingin memberikan ucapan terbaik buat pasangan masing-masing bagi menyambut hari istimewa ini. 

Di sini, kami himpunkan beberapa ucapan terbaik ulang tahun perkahwinan untuk anda pilih bersesuaian dengan mereka yang meraikannya. 

Ucapan Untuk Pasangan Yang Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan 

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa ja ma’a bayna kuma fi al-khayr

Semoga Allah memberkati kalian berdua dan menyatukan kalian dalam segala kebaikan.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
 
Jadikan rumah tangga mereka berdua setabah Ibrahim dan Siti Hajar, sebahagia Yusuf dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis dan sesuci cinta Muhammad dan Khadijah serta isteri yang lain. 

Murahkanlah rezeki mereka. Limpahi kesihatan yang baik buat mereka. Dekatkan mereka kepada kebaikan dan jauhi mereka daripada keburukan. 

Kurniakan mereka rasa cinta dari dunia hingga ke syurga… Amin ya Rabbal A’lamin
Happy Wedding Anniversary to both of you.

Semoga mendapat keberkatan dalam kehidupan berumah tangga dan berkekalan hingga ke Jannah. 
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan 

Semoga Allah pelihara rumahtangga kalian berdua. Moga Allah juga limpah usia perkahwinan dengan sakinah, mawaddah wa rahmah hingga ke Syurga.
Congratulations on n this special day of your life, I wish you all the happiness, prosperity and good luck in the world

Happy Marriage Anniversary

May every day of your life be full of love, happiness and prosperity! 
Wishing you both…
 
A very Happy Anniversary. 

May all your days be filled love, joy and happiness 
May your marriage be blessed with love, joy and companionship for all the year of your life. 

A very happy wedding anniversary for both of you. 

Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Buat Ayah dan Ibu

Happy Anniversary to the best Mama dan Papa in the World. 

Di doakan Mama dan Papa beroleh kesihatan yang berpanjangan dipanjangkan umur dan dirahmati dunia akhirat
Selamat ulang tahun perkahwinan buat ibu dan ayah tercinta. 

Terima Kasih kerana menjaga dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. 

Love both of you so much. 

Pantun Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Isteriku cantik bersopan santun, 
Akhlak solehah berbudi bahasa, 
Wahai adinda selamat ulang tahun, 
Semoga berbahagia kekal ke syurga. 
Cinta dan janji sebagai ungkapan, 
Panduan agama jangan dilupakan, 
Selamat ulang tahun hari perkahwinan, 
Semoga ikatan terus berkekalan.
Pagi hari menabur padi, 
Benih disemai sebagai bekalan,
Saya ucapkan happy anniversary,
Semoga hidup bahagia dan aman.
Mengapa diperap daun selasih, 
Andai ia sangat berguna, 
Saat dirimu curahkan kasih,
Moga kita kekal bahagia. 
Cantik sungguh bunga melur, 
Harum mewangi indah di laman, 
Bahagian hidup panjang umur,
Semoga hidup bahagia berkekalan. 
Keluarga bahagia idaman semua,
Hidup harmoni seisi keluarga, 
Susah dan senang hidup bersama, 
Semoga bahagia hingga ke syurga. 
Ikatan teguh tali perkahwinan, 
Itulah idaman semua pasangan, 
Jika yang keruh kita buangkan, 
Hidup bahagia kita impikan. 

Ucapan Romantik Buat Isteri sempena Anniversary 

Isteriku 💕

Kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu.” 

Selamat Ulang tahun perkahwinan Sayangku 
Sayangku, engkau adalah bidadari kiriman syurga yang telah mewarnai kehidupan kita.

Terima kasih di atas kebahagiaan ini. 

Happy Anniversary
Happy anniversary to my dearest wife. 

Semoga mahligai dan ikatan cinta yang kita bina kita kekal di syurga. 

Jazakallahu khairan kathiran kerana setia bersama di saat susah dan senang.

Ucapan Sweet Buat Suami Sempena Anniversary

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-3 suamiku.. ❤️
22/10/2017 – 22/10/2020

Terima kasih untuk segala susah senang kita bersama.. Terima kasih kerana telah menjadi seorang suami yang baik buat sayang dan juga seorang bapa yang penyayang buat anak kita. 

Semoga hubungan kita sentiasa dalam bimbingan pertunjuk dari Allah & Rasul-Nya, dalam mencari mardhotillah.. Aminn

#anniversary #tilljannah
Selamat ulang tahun perkahwinan yg pertama suamiku . semoga ikatan perkahwinan yang kita bina ini kekal hingga akhir hayat …

I love you so much❤️❤️
Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku…

Terima kasih di atas segala pergorbanan dan kesetiaan yang telah diberikan selama ini. 
Semoga ikatan ini dapat memberi kita kebahgiaan yang di berkati Allah.. Amin

#terimakasihsayang 

Baca juga ucapan dan pantun Selamat Hari Lahir buat insan tersayang


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular