Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Ramadhan 2021/1442H

0
589
Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Ramadhan 2021/1442H

1 Ramadhan yang bakal menjelang, umat Islam akan menunaikan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga. Dalam menyambut bulan yang mulia ini pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. 

Walaupun negara masih lagi dilanda wabak pandemik Covid-19, kita mendoakan agar wabak ini akan segera berakhir.

Pada bulan yang mulia ini juga, ayuh kita tingkatkan amalan agar diterima Allah.

Semoga koleksi pantun dan ucapan salam Ramadhan ini dapat membantu anda memberi ucapan yang istimewa buat sesiapa sahaja.

Ucapan Salam Ramadhan 2021/1442H

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan 1442H /2021M 

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu” 

[Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Salam Ramadhan 1442H 

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa.” 
(al-Baqarah, ayat 183)

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Marilah sama-sama kita berdoa agar ada sinar baharu menjelang Ramadhan ini. 
Assalamualaikum / Salam Sejahtera๐ŸŒน

Tahun ini kita akan menyambut bulan yang penuh kemuliaan ini dengan suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. 

Ramadhan 1442H/2021M ini akan menjadi lebih bermakna apabila kita menyambut bersama-sama keluarga dalam keadaan sekarang ini.

Ambillah peluang yang ada ini untuk kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. 

#dudukrumah #stayathome
Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Apabila  tiba  awal  malam  dalam  bulan  Ramadhan  diikat semua  syaitan  dan  jin-jin  yang  derhaka,  ditutup  semua  pintu neraka  dan  tidak  dibuka  walau  satu  pintu,  dan  dibuka  pintu-pintu syurga  dan  tidak  ditutup  walaupun  satu  pintu.  Penyeru  pun menyeru:  โ€œWahai  orang  yang  mengharapkan  kebaikan! Terimalah.  Wahai  orang  yang  mengharapkan  dibebaskan daripada  neraka  dan  (penyeru  itu  akan  menyeru  pada  setiap malam  Ramadhanโ€. 

(Riwayat  at-Tarmizi  dan  Ibn  Majah)

Marhaban ya Ramadhan.
ุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ู

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al-Mubarak 1442

Semua  amalan  anak  Adam  digandakan  kebaikannya sepuluh  kali  ganda  serupa  dengannya  sehingga  tujuh  ratus  kali ganda, Allah  SWT berfirman:  Melainkan  puasa,  kerana  ia  untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat  dan  makannya kerana-Kuโ€.  Bagi  orang  yang  berpuasa akan  mendapat  dua  kegembiraan ketika  berbuka  puasa  dan ketika  menemui  Tuhannya,  dan  bau  busuk  (dari  mulut  orang yang  berpuasa)  kerana  berpuasa  lebih  wangi  daripada  bau  Miskโ€. 

(Riwayat  al-Bukhari  dan  Muslim)
To all our muslim friends, we  wish you Salam Ramadhan Al-Mubarak.

The beautiful and holy month is coming back bringing so much happiness to the waiting soul. 

Ramadan month is full of forgiveness and it is time to clean the soul. 

Happy fasting.
Wishing you a blessed Ramadhan.

May this auspicious month be filled with the virtues of taqwa, spirit of gratitude, warmth of togetherness and power of peace for you and family.
ุงูŽู„ุณูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงูŽู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒุงุชูู‡ู

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1442H/2021M 
Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada semua rakyat Malaysia.

Marilah sama-sama kita menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang terbuka. 

Biarpun banyak dugaan kita pada tahun ini, bertabahlah!  Semoga rantaian Covid-19 ini mampu untuk kita putuskan dan sinar baharu akan kembali semula dalam negara kita.

Pantun Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Mari makan ikan gelama, 
Tidaklah padat macam tenggiri;
Bulan Ramadhan bakal menjelma, 
Haraplah dapat merentas negeri. 

*kredit pantun @kumika_kufaizul
Pokok senduduk di tanah Seberang,
Tumbuh subur ditepi jalan;
Ramadhan kini sudah menjelang,
Ayuh kita tingkatkan amalan.
Buah rambutan di dalam raga,
Duduk bersama buah pulasan;
Bulan Ramadhan mata dijaga,
Tundukkan nafsu tingkatkan amalan.
Pokok keladi di tepi paya,
Tumbuh bersama pohon pegaga;
Selamat berpuasa untuk semua,
Semoga amalan bertambah pahala.
Tinggi-tinggi Bukit Cerakah,
Lagi tinggi Gunung Tahan;
Ramadhan bulan penuh berkah,
Mari kita saling mengingatkan.
Sungguh harum daun pandan,
Enak dimasak dibuat kaya;
Marhan Yaa Ramadhan;
Bulan suci penyucian jiwa

Poster Salam Ramadhan 2021 dan Selamat Berpuasa

Poster Salam Ramadhan 2021 - 1
Poster Ucapan Salam Ramadhan 2021 - 2
Poster Salam Ramadhan 2021 - 3
Poster Salam Ramadhan 2021 - 4

Lihat kadar zakat fitrah Wilayah Persekutuan dan kaedah pembayaran bagi tahun ini.