Bank Muamalat Tawar Moratorium Untuk Mangsa Banjir di Seluruh Negara

0
312
Bank Muamalat tawar Moratorium enam bulan kepada mangsa banjir

Kuala Lumpur: Bank Muamalat mengambil langkah proaktif susulan banjir yang melanda negara dengan menawarkan Tempoh  Pembayaran Moratorium (MPP) sehingga enam bulan bagi membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya  Khairul Kamaruddin berkata inisiatif itu ditawarkan kepada pelanggan yang layak bermula 9 Januari 2020 sehingga 28 Februari depan. 

Dalam satu kenyataan beliau berkata kemudahan itu bertujuan untuk meringankan beban kewangan individu dan perniagaan di kawasan banjir bagi semua kemudahan pembiayaan bank itu.

Bank Muamalat prihatin dengan kesejahteraan pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang sedang melanda sekarang yang menjejaskan ribuan penduduk, merosakkan ladang dan menyebabkan perniagaan ditutup. 

Oleh itu, kami ingin menawarkan bantuan dalam bentuk moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan berdasarkan kepada merit kes”. Khairul Kamaruddin (Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad)

Kemudahan itu akan ditawarkan kepada pelanggan berdasarkan merit kes. Pelanggan yang ingin memohon bantuan, perlu melengkapkan bukti dokumen yang berkaitan seperti foto dan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya pihaknya memahami ramai pelanggan kini terbeban apatah lagi setelah berdepan dengan kewangan akibat daripada pandemik Covid-19.

Pelanggan yang berada dalam program Bantuan Pembayaran Bersasar (TPA)  atau Bantuan Pembayaran Bersasar Dipertingkat (ATPA) juga layak memohon dan tempoh pembayaran moratorium tersebut akan menggantikan program sedia ada.

Bank Muamalat akan terus menghubungi pelanggan menerusi media sosial bagi memastikan mereka dapat penangguhan dalam kewajipan  kewangan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Bank Muamalat menerusi talian 03-26005500.