Wednesday, September 27, 2023
HomeSemasaSOP Operasi Bazar Ramadhan dan Aidilfitri bagi Negeri PKPB dan PKPP

SOP Operasi Bazar Ramadhan dan Aidilfitri bagi Negeri PKPB dan PKPP

Majlis Keselamatan Negara MKN telah mengumumkan SOP terkini Bazar Ramadhan dan Aidilfitri bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini berikutan pengumuman Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu yang telah meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, selain kebenaran bersolat tarawih di surau serta masjid.

Oleh yang demikian, para peniaga atau pengunjung bazar Ramadhan dan Aidilfitri perlu peka terhadap SOP yang dikeluarkan kerajaan ini bagi mengelakkan peningkatan kembali kes Covid-19 di Malaysia.

Berikut merupakan SOP Bazar Ramadhan dan Aidilfitri sebagaimana yang dikemukakan oleh MKN sebagaimana yang dipetik dalam Telegram Rasmi MKN.

SOP Bazar Ramadhan dan Aidilfitri Bagi Kawasan PKPB dan PKPP

Waktu Operasi dan Konsep Jualan

BAZAR RAMADHANBAZAR AIDILFITRI
3.00 petang – 8.00 malam10.00 pagi – 12.00 malam
Makanan dan minuman sahajaBarangan kering sahaja

Kawalan Kemasukan Pengunjung

  • Penganjur perlu memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.
  • Tempat beratur dengan jarak 1 meter ditanda.
  • Peniaga dan pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di Bazar.
  • Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk
  • Pendaftaran MySejahtera di pintu masuk dan setiap gerai. Peniaga diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan sekiranya tiada liputan internet.
  • Pelanggan diwajibkan check in menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
  • Pelanggan hanya perlu menjalani saringan suhu badan di pintu masuk sahaja dan bukan di setiap gerai di Bazar. Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah TIDAK DIBENARKAN masuk.
  • Bilangan pengunjung adalah mengikut nisbah 1 gerai : 2 pengungjung pada satu- satu masa 
SOP Operasi Bazar Ramadhan & Aidilfitri
Kredit Photo: MKN

Etika Pemakaian Pelesenan dan Pembantu/Pekerja

Semua Peniaga (Pelesen dan Pembantu / Pekerja): 

  • Memakai Pas Khas yang dibekal oleh Penganjur. 
  • Diwajibkan memakai pelitup muka.
  • Digalakkan memakai face shield.
  • Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik.
  • Diwajibkan memakai apron pakai buang plastik (Bazar Ramadan). 

Kawalan Keselamatan, Lalulintas dan Pembersihan

  • Kawalan oleh DBKL/PBT, RELA dan Penganjur.
  • Tumpuan kepada laluan masuk / keluar / perimeter. 
  • Pembersihan dan nyah kuman perlu dilakukan setiap hari.

Tindakan Penganjur

  • Menyediakan pelan lokasi yang menunjukkan maklumat susun atur, tanda jarak dan tunjuk arah.
  • Menentukan kedudukan petak gerai di lokasi perniagaan.
  • Memastikan pematuhan kawalan peniaga dan pengunjung.
  • Memastikan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Tindakan PBT

  • Menentukan kedudukan lokasi (Tapak) Bazar Ramadan / Bazar Aidilfitri.
  • MemantauPematuhanSOP MKNdanKesihatanMakanansecaraberterusan. 
  • Menutup Gerai berkaitan / Bazar jika GAGAL patuhi SOP. 

Oleh yang demikian, dalam memastikan kelancaran bazar ramadhan dan aidilfitri ini, marilah sama-sama kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Semoga para peniaga dan penunjung dalam mematuhi arahan yang ditetapkan bagi mengelakkan kompoun dikenakan sama ada ke atas pengunjung atau peniaga.

Rujukan: Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Para peniaga perlu menyediakan QR Code dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan sekiranya tiada liputan internet. Ikuti langkah mudah ini untuk menyediakan QR Code MySejahtera

RELATED ARTICLES

Most Popular