Thursday, March 28, 2024
HomeSemasaBoBoiBoy Melebarkan Sayap. Akan tembusi Pasaran Turki

BoBoiBoy Melebarkan Sayap. Akan tembusi Pasaran Turki

Siri kartun dan filem animasi tempatan yang sangat popular, BoBoiBoy terus  melakar sejarah apabila akan ditayangkan di Turki tidak lama lagi.

BoBoiBoy merupakan siri animasi yang diterbitkan oleh Aminosta Studio, merupakan siri kartun yang mengisahkan seorang budak lelaki berumur 11 tahun bernama BoBoiBoy bersama rakan-rakannya membentuk pasukan bagi melindungi bumi dari ancaman makhluk jahat.

Selain penampilannya yang berbentuk aksi dan adiwira, animasi ini turut diselang-seli dengan aksi komedi melalui beberapa watak seperti Yaya, Ying, Gopal, Fang, Tok Aba, Papa Zola, Adudu dan lain-lain lagi.

Menurut Nurasyikin Khalit ( Ekeen ) yang merupakan penolong pengurus projek dan jurucakap Monsta, “Francais animasi superhero Malaysia, BoBoiBoy, bakal menggegar pawagam di serata negara Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung dari francais tersebut di penghujung tahun ini.

BoboiBoy Tembusi Pasaran Turki

Monsta yang merupakan studio di belakang tabir siri ini, akan bekerjasama dengan pengedar tempatan iaitu Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawakan       BoBoiBoy: The Movie pada bulan September tahun ini, disusuli dengan sekuelnya iaitu BoBoiBoy Movie 2.

Pun begitu, Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio tersebut turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca-kaca televisyen di Turki. Kesemua filem dan siri animasi tersebut turut akan dialih bahasa ke dalam Bahasa Turki, supaya para penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi.

Francais animasi yang kian popular ini telah berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 buah negara seperti di Asia Tenggara, India, dan MENA (Middle East and North Africa), dan kini Turki bakal menjadi medan baharu bagi francais ini untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara yang berhampiran.

Monsta juga begitu komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia yang berkualiti tinggi, dan berharap dengan ketibaan BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baharu akan dapat menikmati siri animasi tersebut yang sarat dengan aksi, komedi, dan hiburan untuk seisi keluarga.

Semoga Boboiboy dan pihak Monsta dapat mengangkat martabat filem dan siri animasi tempatan ke peringkat dunia.

Pautan Tambahan:

●    BoBoiBoy The Movie (2016) – Official Trailer di YouTube

●    BoBoiBoy Movie 2 (2019) – Official Teaser di YouTube

●    BoBoiBoy Goes Big in Turkey! di Facebook Nizam Razak’s (CEO Monsta)

●    BoBoiBoy Goes Big in Turkey! di Facebook BoBoiBoy

Mengenai Monsta:Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. Syarikat ini dikenali dengan francais animasi popular BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan juga siri animasi akan datang yang amat dinantikan iaitu Mechamato. BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih 5 billion tontonan di YouTube sehingga hari ini.


Kalau anda belum tahu, Channel Les’ Copaque telah dapat Diamon Play Button daripada Youtube


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular