Artikel ini akan menerangkan panduan dan cara qiamullail yang boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah dengan keluarga di rumah. Turut disertakan ejaan dalam rumi bagi mereka yang tidak fasih membaca Arab.
Menghidupkan malam-malam dengan amalan Qiamullail merupakan salah satu cara membina kekuatan rohani.
Qiamullail juga merupakan ibadat yang menjadi amalan Rasulullah, para sahabat dan orang-orang soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Pada bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita ambil kesempatan untuk melakukan qiamullail bagi membina perisai diri, menghapuskan dosa dan menguatkan rohani.
Apakah Maksud Qiamullail?
Qiamullail bermaksud menghidupkan malam yang bertujuan beribadah kepada Allah S.W.T.
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Qiamullail?
Waktu yang sebaik-baik untuk berqiamullail ialah pada sepertiga akhir malam (kira-kira jam 3-00 pagi).
Namun, jika tidak mampu bangun pada waktu tersebut, bolehlah bangun sekitar jam 4.30 – 5.00 pagi seterusnya diikuti bersahur dan bersolat subuh.
Apa Amalan Yang Boleh Dibuat Ketika Qiamullail?
Amalan yang boleh dilaksanakan ketika berqiamullail adalah mengerjakan solat sunat. Selain itu kita juga dianjurkan untuk berzikir, berselawat, beristighhar dan membaca al-Qur’an.
Jumlah sama ada sedikit atau banyak amalan yang boleh dikerjakan adalah bergantung kepada kemampuan seseorang.
Jika ia mampu mengerjakan solat Tahajjud hanya dengan 2 rakaat, maka memadailah baginya. Ia juga dikira qiamullail. Jika ia mampu lebih daripada itu juga digalakkan.
Yang menjadi ukuran dalam mengerjakan qiamullail adalah keikhlasan seseorang dan istiqamah bangun setiap malam untuk berqiamullail.
Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Qiamullail
Beberapa solat sunat yang boleh dilakukan ketika qiamullail.
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Witir
Cara solat sunat untuk qiamullaill adalah sebagaimana berikut:
Solat Sunat Tahajjud
Solat sunat Tahajjud adalah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidurnya hanya sedikit atau sebentar. Solat Tahajjud boleh dilaksanakan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbitnya fajar.
Solat ini boleh dilakukan secara sendirian mahupun berjemaah dengan bilangan 2 rakaat. Ia boleh diulang untuk beberapa kali. Tidak ada penetapan khas untuk jumlah rakaat yang perlu dilakukan seperti solat tarawih (8 atau 20 rakaat).
Niat Tahajjud

Usolli Sunnatal Tahajjudi Rak’ataini Lillahi Ta’aala
“Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’aala“
Bacaan Surah dalam Solat Tahajjud
Tiada pengkhususan bacaan surah untuk solat sunat Tahajjud. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.
Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, anda boleh melazimi surah berikut sebagai panduan solat tahajjud dan antara cara qiamullail anda yang ringkas.
Rakaat Pertama selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Kafirun

Rakaat Kedua selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Ikhlas

Doa Solat Tahajjud Ringkas dan Panjang
Doa Ringkas Solat Tahajjud

Doa Panjang Solat Tahajjud

Solat Sunat Hajat
Sembahyang Hajat atau Solat Sunat Hajat bertujuan untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu daripada Allah. Hajat itu mestilah hajat yang baik seperti diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan peperiksaan, dipermudahkan urusan temuduga dan sebagainya.
Solat Sunat Hajat boleh dilakukan dengan bilangan 2 rakaat sehingga 12 rakaat.
Niat Solat Sunat Hajat

Usolli Sunnatal Haajati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
“Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Bacaan Dalam Solat Sunat Hajat
Tiada pengkhususan bacaan surah untuk solat sunat hajat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.
Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, anda boleh melazimi surah berikut sebagai panduan solat hajat dan antara cara qiamullail anda yang ringkas.
Rakaat Pertama selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Kafirun

Rakaat Kedua selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Sunat Hajat
Selepas memberi salam bolehlah dibacakan doa ini.

Selanjutnya memohon apa sahaja perkara yang dihajati. Boleh berdoa dalam bahasa melayu atau apa sahaja bahasa dengan penuh khusyuk dan pengharapan agar Allah tunaikan permohonan kita.
Setelah doa dipanjatkan, akhiri dengan bacaan berikut:

Solat Sunat Taubat
Solat sunat taubat bertujuan memohon taubat dan keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang dilakukan.
Ia boleh dilakukan dengan bilangan 2 rakaat
Untuk bersolat Taubat, kita hendaklah
- Menyesal atas segala dosa yang dilakukan samaada secara sengaja atau tidak sengaja
- Berhenti daripada melalukan dosa atau maksiat dan memohon keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang lalu.
- Berazam tidak mengulangi dosa tersebut.
Niat Solat Sunat Taubat

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
“Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Bacaan Dalam Solat Sunat Taubat
Untuk bacaan dalam solat sunat taubat, bolehlah dibacakan surah berikut:
Rakaat Pertama selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Kafirun.

Rakaat Kedua selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Ikhlas.

Bacaan Wirid dan Doa Solat Sunat Taubat
1) Membaca Istighfar

2) Membaca Doa
Memulakan doa dengan bacaan berikut:

Selanjutnya dibolehkan berdoa dalam bahasa melayu memohon keampunan dan penyesalan kepada Allah. Di dalam doa tersebut kita boleh mengadu kepada Allah betapa kita menyesalnya terhadap perbuatan yang telah dilakukan. Menyesal dan berazam tidak akan mengulanginya kembali. Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan.
Setelah doa dipanjatkan, akhiri dengan bacaan berikut:

Solat Sunat Witir
Witir bermaksud ganjil iaitu bukan dalam bilangan yang genap. Solat witir boleh ditunaikan secara bersendirian mahupun secara berjemaah samaada dirumah mahupun di surau atau masjid.
Hukum mengerjakan solat witir adalah sunat Muakkad iaitu sunat yang dituntut. Solat witir boleh dilakukan dengan bilangan 1, 3, 5, 7, dan 11.
Untuk solat witir 3 rakaat, ia hendaklah dilakukan dengan 2 salam. Iaitu dengan menunaikan solat witir 2 rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya bangun semula menunaikan solat witir 1 rakaat dan memberi salam.
Niat Solat witir
a) Lafaz Niat Solat Sunat Witir bagi 2 rakaat pertama:

Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’aala
“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala“
b) Lafaz Niat Solat Sunat Witir bagi 1 rakaat berikutnya:

Usolli Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’aala
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta’ala”
Bacaan Dalam Sola Sunat Witir
Pada rakaat yang membaca Surah al-A’la.

Pada rakaat kedua membaca Surah al-Kafirun.

Rakaat yang ketiga/terakhir selepas membaca al-Fatihah membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.
Amalan Lain Yang Dianjurkan Ketika Qiamullail
1. Membaca al-Qur’an
a) | Surah al-Mulk |
b) | Surah al-Kahfi |
c) | Surah Yasin |
d) | Surah Waqiah |
e) | Surah Rahman |
2. Memperbanyakkan Zikir
- Subhanallah
- Alhamdulillah
- Allahu Akbar
- La Ilaaha Illallah
3. Selawat Ke atas Nabi
- Allahumma Salli ‘Ala Saidina Muhammad
4. Beristighar
- Astagfirullah al-‘Azim
Kelebihan Qiamullail
Terdapat banyak kelebihan qiamullail sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an mahupun Hadith. Antaranya ialah:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
Surah al-Isra’ Ayat 79.
Sabda Nabi s.a.w:
“Hendaklah kamu melakukan qiamullail, kerana qiamullail adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu, kerana qiamulail mendekatkan diri kepada Allah, mencegah daripada dosa, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan menghalau penyakit dari tubuh”.
(Riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim)
Sabda Nabi s.a.w:
“Salat manakah yang lebih utama setelah salat fardu dan puasa manakah yang lebih utama setelah puasa Ramadhan?” Beliau bersabda, “Salat yang paling utama setelah salat fardu adalah salat di tengah malam dan puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah (yakni) Muharram.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad)
Ringkasnya, antara kelebihan qiamullail ialah:
- Qiamulalil menjauhkan panjang angan-angan.
- Dapat membersihkan dan menyucikan jiwa.
- Baik untuk kesihatan.
- Mendekatkan diri kepada Allah.
Tips Untuk Bangun Qiamullail
- Belajar untuk ikhlas mengerjakan Qiamullail
- Cuba rasakan diri seseorang yang istimewa dipanggil Allah untuk bertemu dengannya ketika berqiamullail.
- Orang yang ingin Qiamullail mesti tahu kelebihan Qiamullail supaya sentiasa bermotivasi dan terdorong untuk bangun setiap malam.
- Digalakkan tidur mengikut sunnah
- Mengambil wudhuk sebelum tidur
- Tidur atas rusuk kanan
- Menghadap qiblat
- Membaca 3 Qul, membaca surah al-Mulk, bertasbih, bertahmid dan bertahlil.
- Digalakkan tidur awal.bagi memudahkan bangun qiamullail
- Mengamalkan Qailullah (tidur sebentar) pada tengah hari sebelum waktu zuhur.
- Jauhi Maksiat
Semoga panduan dan cara Qiamullail ini dapat membantu anda memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadhan ini.
Solat Tarawih juga dikira solat untuk Qiamullail. Ia boleh ditunaikan selepas waktu Isyak sehingga sebelum masuknya waktu Subuh.
JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI