Guru-guru Sedih Dr Maszlee Letak Jawatan

1053
Maszlee-bersama-murid-murid-2

Perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari 2020 mendapat reaksi pelbagai pihak. 

Antara yang paling terkesan dan sedih ada para guru-guru dan staf sekolah. Rata-rata mereka meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan pengumuman ini. 

Lebih menyedihkan ia diumumkan pada hari pertama persekolahan untuk sesi 2020. 

Netizen meluahkan rasa sedih mereka melalui komen-komen di sosial media.

Seorang pengguna twitter meluahkan;

“thank you for everything, YB dari sekecil-kecil kasut sehingga perubahan kepada beban guru. terima kasih. semoga berjaya, YB. anak anak pasti akan merindui pakcik mereka.” @hvsnsn. 

Manakala Zuhair pula memuji pencapaian beliau sebagai Menteri Pendidikan, “Salah satu menteri pendidikan yg terbaik yg malaysia pernah ada.” 

Sementara itu seorang guru SK 1 Gombak, Mohd Fadhli Salleh turut meluahkan rasa sedih beliau. “Saat terakhir sebelum melangkah keluar dari pejabat menteri pun beliau masih cuba berbakti.” 

Tambah Cikgu Fadhli, “Beliau sangat perform membuat perubahan demi perubahan dalam dunia pendidikan. Banyak bebanan tugas guru beliau ringankan, dan yang terbaharu semalam beliau sempat membuat satu polisi pertukaran baharu. Pertukaran suka sama suka yang sangat menggembirakan hati lebih 400k guru diluar sana.”

Banyak perubahan dalam sistem pendidikan negara telah berlaku walaupun beliau hanya memegang jawatan selama 20 bulan sahaja. 

Antaranya adalah melalui Zero Reject Policy. Walaupun ramai dalam kalangan guru yang belum bersedia menerima murid OKU di sekolah aliran perdana, tetapi apa yang dilakukan oleh Dr Maszlee benar-benar suatu langkah penting ke arah pendidikan Inklusif untuk semua. 

Selain itu juga, pemansuhan peperiksaan murid tahun 1, 2 dan 3 juga antara langkah drastik yang dibuat oleh beliau. 

Begitu juga dengan Pelaksaan Dasar Inklusif OKU di Institut Pengajian Tinggi yang merupakan langkah kehadapan agar tiada pelajar OKU di Universiti yang tersisih dan menerima diskriminasi ketika belajar. 

Kerisauan para guru apabila Menteri Pendidikan yang baru tidak sebagaimana yang telah Dr Maszlee lakukan. 

“Hilangnya sebutir permata.. maka akan diganti dengan kaca yang akan menurut segala telunjuk dan kata..” – Mie Ubai-

Walau apapun keputusan yang telah dibuat, Dr Maszlee adalah antara Menteri Pendidikan yang paling dekat di hati guru-guru yang pernah ada. 

Semoga Dr Maszlee terus berjuang walau dalam apa bidang sekalipun.