Kat Mana Nak Belajar Secara Talaqqi Hujung Minggu di Kuala Lumpur?

0
569
Pengajian Selacara Talaqqi Pondok Perdana Darul Ulum

Pondok Perdana Darul Ulum, Kampus Kuala Lumpur kini menawarkan Diploma Pengajian Turath untuk sesi 2020.

Pengambilan ini adalah untuk sesi Januari Tahun 2020 di mana tempat belajar adalah di Seksyen 14 Petaling Jaya berhampiran dengan Masjid Bulat.

Papan Tanda Pondok Perdana Darul Ulum Kampus Kuala Lumpur
Papan Tanda Pondok Perdana Darul Ulum Kampus Kuala Lumpur

Pengajian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kaedah pengajian ilmu secara turath. Subjek-subjek yang ditawarkan untuk Diploma Pengajian ini adalah;

> Ulum al-Qur’an
> Ulum al-Hadith
> Fiqh
> Usul Fiqh
> Akidah
> Tasawuf

Tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Dr Faisal Abdul Hamid, Ust Dr Ahmad Yussuf  (dari Universiti Malaya) dan lain-lain lagi tenaga pengajar.

Image may contain: one or more people and people sitting
Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid sedang mengajar subjek Ulum al-Hadith di Pondok Perdana Darul Ulum, Kuala Lumpur

Waktu pengajian adalah pada dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari setiap hari sabtu selama empat jam dengan bayaran sebanyak RM300 Sebulan.

Tarikh tutup permohonan bagi sesi ini pada 25 Januari 2020.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk belajar secara bersistematik di Pondok Perdana Darul Ulum. Anda boleh memohon untuk mengikuti pengajian ini di link berikut:
https://forms.gle/dsDkzTjrbjuGBo5V6

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi
0124404626 – Dr. Wan
0192222252 – Norpisah

Poster Diploma Pengajian Turath

Apa itu Pondok Perdana?

Pertubuhan Pondok Perdana ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2017. Pertubuhan ini bernaung di bawah Majlis Dakwah Negara. Ianya dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’Dr Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, juga merupakan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN).

Apa Matlamat Pondok Perdana?

Matlamat dan objektif penubuhannya ialah untuk membina dan mengendalikan Pusat-Pusat Pengajian Pondok Moden di setiap negeri sebagai model kepada Pondok-Pondok Pengajian yang sedia ada dengan nama institusinya PONDOK PERDANA bagi memartabatkan sistem pengajian pondok di negara ini tanpa meminggirkan ciri-ciri pengajian tradisionalnya berteraskan kepada sistem pengajian talaqqi yang menggunakan kitab-kitab turath. Pondok Perdana ini akan mengintegrasikan sistem pengajian tradisional, kemahiran hidup dan juga kemahiran teknikal.

Untuk maklumat lanjut tentang pondok perdana, anda boleh layari laman web rasmi PONDOK PERDANA atau Laman Facebook PONDOK PERDANA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here