Seorang pengguna media sosial Twitter yang bernama Adib Moin (@adibmoin) meluahkan rasa kecewa beliau di ruang maya apabila harga cili yang dibeli oleh orang tengah dijual di pasaraya berkali ganda daripada apa yang dijualnya.
Beliau yang merupakan graduan universiti memilih bidang pertanian sebagai salah satu profesion yang jarang di tekuni oleh anak muda lain.
Dengan mempunyai syarikat sendiri bernama Bayu Natura, beliau selalu berkongsikan pengalaman kepada orang lain mengenai pertanian dan penternakan.Â
Namun, baru-baru ini beliau meluahkan rasa tidak puas hati apabila tindakan “orang tengah” yang mengambil sikap kaut untung lebih apabila membeli pada harga yang murah daripanya tetapi menjual harga yang tinggi kepada pasaraya.Â
Turut meluahkan rasa kecewa adalah seorang pengguna twitter yang bernama @faizhayazi_
@Azwanazari turut meluahkan rasa yang sama apabila hasil yang dijual adalah tidak berbaloi berbanding dengan usaha yang dilakukan
Marketing melalui Facebook
Dalam pada itu, beberapa warga maya lain memberi reaksi terhadap a apa yang diluahkan oleh Adib Moin. Ada yang mencadangkan jual sendiri melalui rangkaian media sosial yang boleh sampai terus kepada pengguna.
Cik luna @kicap__ mencadangkan jual terus kepada pengguna samaada melalui posting sendiri, group penduduk dan sebagainya.
Hapuskan Orang Tengah
Sikap orang tengah banyak menyebabkan petani-petani yang dibawah menjadi mangsa mainan harga di pasaran.
Kita mengharapkan agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu ini agar petani tidak menjadi mangsa kerakusan orang tengah.