Ini Nasihat Penuh Hikmah Buat Sajat Daripada Mufti Wilayah

0
868
Pesanan Mufti Wilayah Kepada Sajat


Isu Sajat menunaikan umrah menjadi topik perbualan yang hangat masa kini. Ini kerana, Sajat yang mempunyai jantina lelaki telah menunaikan umrah menggunakan jantina perempuan. Isu ini bukan hanya melibatkan aurat dan hukum halal haram, bahkan juga melibatkan kesucian tanah Haram Mekah dan Madinah.

Dalam hal ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof turut kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Sajat yang berpakaian wanita ketika menunaikan Umrah.

Yang terbaharu turut memberi respon kepada tindakan Sajat adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Nasihat  yang penuh dengan lemah lembut dan berhikmah di laman facebook Mufti Wilayah Persektuan.

Antara Kandungan Nasihat tersebut adalah: 

“Sementara saudara Muhammad Sajjad berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, saya syorkan agar zahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh disamping mengisi masa dengan acara-acara ibadat seperti berikut:

• Banyakkan bertaubat dan beristighfar

• Banyakkan berselawat ke atas Nabi SAW

• Banyakkan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin. Bak kata HAMKA, “Hidup hanya sekali, justeru biarlah bererti.”

Nasihat Mufti Wilayah Kepada Sajat

Sebelum itu, Mufti Wilayah menerangkan tentang negara kita yang amat dihormati di seluruh dunia Islam kerana mempunyai pengurusan Haji dan Umrah yang bersistematik. Oleh itu jangan kerana tindakan yang dilakukan oleh Jemaah Haji dan Umrah kita akan memberi kesan kepada hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi. Mufti turut menasihatkan kepada rakyat Malaysia agar jangan kerana tindakan sesetengah individu menyebabkan sangkaan yang buruk kepada negara kita.

Dalam pada itu, Mufti Perlis turut mengulas supaya menasihatkan Sajad dengan cara yang baik. Dalam hal ini MAZA tidak bersetuju yang mengatakan sajad dilaknat Allah. 

Selain itu juga Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin turut menasihat kepada rakyat malaysia menggunakan pendekatan berhikmah apabila berhadapan dengan golongan ini. Mereka perlu dibimbing agar kembali bertaubat untuk menjadi seorang yang baik dan sempurna. Tindakan mengecam hanya menyebabkan mereka lebih jauh daripada agama.