Friday, April 26, 2024
HomeArtikelInstagram: Realiti atau Palsu?

Instagram: Realiti atau Palsu?

Apa itu media sosial? Media sosial adalah teknologi digital interaktif yang sering digunakan orang banyak untuk perkara seperti bertukar idea melalui rangkaian sambungan. Kita boleh melakukan banyak perkara dengan teknologi yang disediakan ini.

Salah satu media sosial yang paling popular adalah Instagram. Banyak orang muda di seluruh dunia, terutamanya anak muda di Malaysia menggunakan aplikasi ini untuk berkongsi atau menunjukkan gaya hidup peribadi mereka kepada orang awam sama ada rakan dan orang asing atau boleh dikatakan sebagai ‘followers’.

Pertama sekali, kita perlu mengetahui pencipta Instagram dan mengapa aplikasi ini wujud pada awalnya. Kevin Systrom adalah orang yang mencipta Instagram. Dia membuat aplikasi ini pada awalnya adalah kerana dia menyukai fotografi.

Dia mahu berkongsi fotonya dengan semua jenis orang di seluruh dunia. Banyak orang di dunia mula menggunakan alasan yang sama dengan Kevin apabila menggunakan aplikasi ini. Walau bagaimanapun, orang mula menggunakan alasan yang lain untuk perkara yang tidak baik.

Pada masa kini, orang akan mem“posting” gaya hidup mereka walaupun bukan gaya hidup mereka yang sebenar menggunakan aplikasi Instagram. Orang ramai cenderung menunjukkan gaya hidup ‘palsu’ mereka hanya untuk mendapatkan populariti dan pengikut.

Orang ramai berfikir semakin banyak pengikut yang ada dalam akaun anda, semakin popular anda akan dapat. Salah satu daripada tindakan yang dilakukan orang untuk mendapatkan pengikut adalah dengan memalsukan hidup mereka dengan menunjukkan kehidupan yang mewah melalui gambar yang mereka kongsikan di Instagram tersebut.

Selain daripada itu, mereka akan membeli pengikut hanya untuk menjadi ‘fake influencer’. Mereka akan membayar seseorang agar pengikut mereka bertambah sedikit demi sedikit dengan sedikit sejumlah wang yang mereka ada. Mereka sanggup mengorbankan wang mereka demi kemasyhuran yang sementara.

Tindakan semacam itu boleh memberi banyak kesan yang tidak baik kepada generasi muda zaman sekarang. “Dengan media sosial, kontras fizikal dapat dilihat dengan jelas dan perlu pemerhatian yang sebenar,” kata seseorang.

“Di platform media, kami menganggapnya secara harfiah. Selfie dengan aplikasi ‘filter’ dan penyuntingan, sebaliknya, kini telah menjadi norma baru pada masa kini. Rasa rendah diri, keraguan diri, cacat badan yang ketara, dan takut diri ketinggalan dengan norma baharu boleh berlaku akibat berterusan membuat perbandingan dengan standard yang tidak realistik dengan orang lain. Kedua-dua jantina sama ada lelaki mahupun wanita sangat sukar untuk bertahan dengan perkara tersebut. Mencuba menyempurnakan pose selfie anda dan mendapatkan bentuk badan yang sempurna adalah sejumlah tekanan yang besar untuk seseorang,” kata Lopacinski bersetuju dengan perkara tersebut. Remaja menghabiskan banyak masa untuk menjalani gambar palsu ini dan membentuk harapan yang salah kepada remaja yang lain.

Walaupun belia enggan keluar daripada media sosial, ada cara yang munasabah untuk melakukannya tanpa perlu meninggal sebarang media sosial. Lopacinski dan profesional kesihatan lain berkata amaran besar yang akan timbul jika tidak menggunakan media sosial dengan baik.

Ketika seseorang menghabiskan terlalu banyak masa di rangkaian sosial, serta mengubah gambar yang secara digital. Remaja mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka – terutamanya ketika mereka berada dalam tekanan atau mengalami peningkatan gejala kegelisahan dan kemurungan hasil produk menggunakan media sosial.

Cadangan pertama oleh profesional kesihatan adalah dengan terus memerhatikan pengaruh sosial media masa. Adakah beban saya terangkat? adalah perkara penting untuk dipertimbangkan. Adakah saya benar-benar gembira dan ketawa atau tersenyum ketika mengakses internet? “Bagaimana saya dapat memahami apa yang saya fikirkan? Adakah saya membawa diri saya dalam golongan tempat yang tepat? Adakah ini membuat saya berasa lebih baik? Adakah ini membantu dalam penggunaan masa saya dengan wajar?

Selain itu, para pemuda juga perlu membuat peringatan ketika menggunakan aplikasi seperti Instagram dan media sosial lain. Untuk mereka yang ingin berhenti menggunakan media sosial setiap hari, ini adalah kaedah yang terbaik. Kita boleh membuat peringatan untuk menggunakannya sekali sekala. Taktik ini juga sesuai untuk rangkaian media sosial yang lain (untuk contohnya, “Snapchat Saturday” dan juga “Twitter Tuesday”).

Selain itu, remaja juga perlu membatasi penggunaan masa yang mereka habiskan di media sosial. Sebagai contoh, mereka boleh menghadkan masa mereka di Instagram sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kaedah ini sama sebagai kaedah peringatan, tetapi perbezaannya ialah anda menghadkan hari penggunaan anda untuk kaedah peringatan tersebut. Walaupun demikian, untuk kaedah ini, anda perlu meluangkan masa anda pada jam yang dihabiskan di media.

Akhir sekali, remaja muda boleh log masuk dan memeriksa hanya apabila pemberitahuan masuk atau nama lain ‘notifications’. Ini taktik dapat mengehadkan interaksi anda untuk menutup kenalan dan mencegah ‘mindless scrolling’. ‘Mindless scrolling’ boleh membuat anda membuang masa di media sosial dengan cara anda melihat banyak perkara yang tidak berfaedah dimedia tersebut.

Secara ringkasnya, media sosial mempunyai kelebihan dan kekurangan, terutama dalam aplikasi Instagram. Perkara ini bergantung kepada remaja itu sendiri. Lopacinski juga menambah, “Remaja seharusnya tahu cara yang terbaik untuk menggunakan media sosial dengan cara yang signifikan.” “Kita harus merancang dalam menggunakan sosial media untuk berkomunikasi dengan komuniti dan orang yang kita percayai.”

Ikuti cadangan-cadangan yang diberikan jika anda atau remaja dalam komuniti anda bergelut atau terkesan dengan media sosial. Berkomunikasi dengan seseorang seperti doktor secepat mungkin jika anda atau orang sekeliling anda memerlukan bantuan dengan masalah psikologi seperti kegelisahan atau kemurungan.                                                         

Penulis; Nurul Nadzirah binti Rosli.
RELATED ARTICLES

Most Popular