Wednesday, April 24, 2024
HomeBerbuka Puasa dan ImsakJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Sarawak 2024

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Sarawak 2024

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2024 / 1445 Hijrah bagi seluruh negeri Sarawak.

Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM bagi bulan Ramadhan 1445 Hijrah.

Takwim dan jadual ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka puasa dan imsak mengikut kawasan masing-masing di negeri Sarawak.

Ia disusun berdasarkan sembilan zon bagi seluruh negeri Sarawak yang meliputi Limbang, Lawas, Sundar, Trusan, Miri, Niah, Bekenu, Sibuti, Marudi, Pandan, Belaga, Suai, Tatau, Sebauh, Bintulu, Sibu, Mukah, Dalat, Song, Igan, Oya, Balingian, Kanowit, Kapit, Sarikei, Matu, Julau, Rajang, Daro, Bintangor, Belawai, Lubok Antu, Sri Aman, Roban, Debak, Kabong, Lingga, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Serian, Simunjan, Samarahan, Sebuyau, Meludam, Kuching, Bau, Lundu, Sematan dan Zon Khas (Kampung Patarikan).

Limbang, Sundar, Trusan & Lawas – Zon 1

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon 1 Negeri Sarawak meliputi Limbang, Sundar, Trusan & Lawas bagi tahun 2024 / 1445H

Niah, Bekenu, Miri, Sibuti & Marudi – Zon 2

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon 2 Negeri Sarawak meliputi Niah, Bekenu, Miri, Sibuti & Marudi bagi tahun 2024 / 1445H

Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh & Bintulu – Zon 3

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon 3 Negeri Sarawak meliputi Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh & Bintulu bagi tahun 2024 / 1445H

Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit & Song – Zon 4

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon 4 Negeri Sarawak meliputi - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit & Song bagi tahun 2024 / 1445H

Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor & Rajang – Zon 5

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon 5 Negeri Sarawak meliputi - Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor & Rajang bagi tahun 2024 / 1445H

Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban & Debak – Zon 6

Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon 6 Negeri Sarawak meliputi - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban & Debak bagi tahun 2024 / 1445H

Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau & Maludam – Zon 7

Sarawak Zon 7- Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau & Maludam - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Kuching, Bau, Lundu & Sematan – Zon 8

Sarawak Zon 8 - Kuching Bau, Lundu, Sematan - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban & Kg Patarikan – Zon Khas

Sarawak Zon Khas - Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2024

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa

  1. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
  2. Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
  3. Membaca doa sebelum berbuka puasa
  4. Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.

Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Tersalah buka puasa awal kerana azan di radio

Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?

Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur

Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain

Rujukan; https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3410-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-130-hukum-tersalah-bersahur-atau-berbuka-puasa-bukan-pada-waktunya?


Lihat kecantikan dan keunikan warisan negeri Sarawak.

RELATED ARTICLES

Most Popular