Pernahkah kita terfikir kenapa pantun yang popular ini bermula dengan pisang emas dibawa belayar? Masak sebiji di atas peti.
Menurut beberapa kajian dan catatan sejarah, orang Melayu mempunyai kehebatan dalam ilmu pelayaran dan ilmu membuat perahu serta perkapalan.
Orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara, pedagang serta hebat dalam pelayaran. Orang Melayu juga hebat dalam ilmu geografi dalam melihat kedudukan bintang bagi menentukan arah pelayaran.
Namun ada yang lebih penting dalam pelayaran orang-orang Melayu bagi meredah lautan luas iaitu bekalan yang dibawa oleh para pelayar dalam pemusafiran yang mengambil masa yang panjang.
Dalam pantun Melayu disebut:
Pantun ini sebenarnya penuh dengan kesenian, keunikan dan akal budi orang Melayu yang tinggi. Ia berdasarkan realiti kehidupan yang diterjemahkan ke dalam makna yang tersirat.
Namun persoalannya kenapa pisang emas dibawa belayar? Kenapa bukan pisang lain? Kenapa bukan buah-buahan yang lain dan kenapa bukan makanan yang lain.
Pisang Membekalkan Tenaga Yang Cepat
Diberi nama Pisang emas kerana pisang ini mempunyai keunikan yang tersendiri dimana buah pisang ini kulitnya berwarna kuning sejak masih muda hingga buahnya masak.
Pisang Mas kebiasannya ditanam untuk mendapatkan buahnya. Nama saintifik bagi pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla (AA Group) cv. ‘Lady’s Finger’.
Terdapat kajian yang dilakukan mendapati pisang mempunyai khasiat yang tinggi dan kebaikan kepada kesihatan seseorang.
Satu biji buah pisang bersaiz sederhana (~ 118 g) mengandungi kira-kira 27 g karbohidrat, 3.1 g serat makanan, 105 kilocalories, dan merupakan sumber kalium yang baik (422 mg) dan vitamin B6 (0.43 mg).
Oleh itu kalau kita perasan, kebanyakan atlet seperti berbasikal, marathon, pemain tenis, pendaki dan sebagainya menjadikan pisang sebagai makanan terbaik bagi sumber tenaga kerana ia dapat membekalkan sumber tenaga dengan cepat dan berkesan.
Ini kerana pisang mengandungi tiga unsur gula secara semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat.
Dalam pada itu, potassium di dalam pisang juga penting untuk membantu pergerakan otot dengan betul semasa latihan dan dapat mengurangkan kekejangan.
Beberapa penyelidikan membuktikan bahawa dengan makan dua pisang dapat membekalkan tenaga yang mencukupi 90 minit. Oleh itu Pisang adalah makan terbaik dalam memberikan sumber tenaga dan berterusan.
Bahkan bukan itu sahaja, kajian daripada Phytojournal mendapati pisang juga mempunyai kebaikan-kebaikan lain dari sudut kesihatan manusia iaitu:
1) Mengurangkan risiko stroke
2) Memulihkan pencernaan usus secara normal
3) Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
4) Perlindungan daripada ulser dan serangan jantung
5) Perlindungan kepada penyakit alzheimer (Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri)
6) Makanan terbaik untuk bayi
7) Dapat mengurangkan kolestrol
8) Baik untuk kesihatan buah pinggang
9) Membekalkan tenaga secara berkesan
10) Boleh mengurangkan depresi
Maka tidak hairanlah kenapa para pelayar dahulu menjadikan pisang sebagai bekalan dalam eskpedisi mereka kerana ia mampu memberikan tenaga yang berterusan kepada seseorang pelayar.
Pisang Emas Petua Mabuk Laut
Mabuk laut atau mabuk ombak adalah satu keadaan yang menyebabkan muntah-muntah dan pening-pening ketika dalam pelayaran samaada dengan kapal atau perahu. Antara gejala mabuk laut adalah loya, berpeluh, pening dan muntah-muntah.
Dalam hal ini, antara petua terbaik orang dulu-dulu bagi menghilangkan keadaan mabuk laut adalah dengan makan pisang emas. Ia dikatakan kaedah tradisional yang berkesan bagi mengelakkan seseorang untuk mendapat mabuk laut dalam perjalanan atau pelayaran.
Jadi, dikatakan antara sebab pelayar dahulu selalu membawa pisang emas dalam pelayaran mereka kerana ia boleh menghilangkan mabuk laut.
Kenapa Masak Sebiji Di atas Peti?
Pisang emas mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding pisang lain. Buahnya tidak masak setandan penuh tetapi masa sebiji-sebiji. Oleh itu ia amat sesuai dijadikan bekalan dalam pelayaran kerana ia mampu bertahan lama ketika berada di atas kapal.
JIka pisang lain yang dibawa sebagai bekalan dalam pelayaran, sudah pasti pisang tersebut tidak dapat bertahan lama kerana kebanyakan pisang lain masak penuh setandan ataupun masak seikat. Sudah pasti pisang lain akan cepat ranum dan tidak sesuai dijadikan bekalan untuk jangka masa yang panjang.
Dalam pada itu juga, pisang emas boleh dimakan begitu sahaja dan tidak sesuai untuk digoreng atau untuk dibuat sebagai makanan sampingan seperti kerepek.
Jadi, dalam pembayang pantun yang kedua “masak sebiji di atas peti” adalah gambaran kepada kesenian pantun ini berdasarkan kepada realiti masyarakat melayu ketika dahulu yang hebat dalam pelayaran beserta kelengkapan yang dibawanya iaitu makanan sebagai sumber tenaga untuk jangka masa yang panjang.
Sifat Fizikalnya Yang Mudah Untuk Dibawa
Pisang emas mempunyai saiz fizikal yang tidak terlalu besar untuk dibawa. Berbanding pisang tanduk atau jenis pisang-pisang yang lain, pisang emas mempunyai saiz yang ideal untuk dibawa makan dalam perjalanan.
Setiap tandan pisang emas dianggarkan mempunyai berat sekitar 7 hingga 9 kilogram. Bagi satu tandan, ia mempunyai 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang.
Dari segi saiznya pula, pisang emas berukuran sekitar 9 sentimeter dengan kelebatan 3.5 cm. Oleh itu memang ideal sekali dengan saiznya yang begitu, pisang mudah untuk dibawa dalam perjalanan.
Oleh yang demikian, pembayang pantun klasik ini mempunyai maknanya yang unik. Ia bukan sekadar dicipta untuk menyedapkan pantun tersebut tetapi punyai makna yang tersendiri yang ramai daripada kita mungkin tidak perasan.
Begitulah unik dan bijaknya orang dulu-dulu dan betapa berseninya pantun tersebut dicipta.
HANTAR ARTIKEL:
Sekiranya anda berminat untuk
menjadi penulis di laman web
ini, klik sini untuk maklumat
selanjutnya.
- BACA JUGA: Peribahasa Yang Menggunakan Perkataan Ayam dalam Masyarakat Melayu
- BACA JUGA: Cara Mengawal Kemarahan Agar Tidak Menyesal di Kemudian Hari
Jangan Lupa Like dan Follow Page The Inspirasi