Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Hari Guru 2020

1
2852
Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru 2020 Malaysia

Selamat Hari Guru / Happy Teacher’s Day

Tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada tahun 2020 tema hari guru ialah “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Tema ini dipilih bersesuaian dengan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menghargai jasa guru, marilah sama-sama kita meraikan ucap selamat kepada guru-guru yang telah mendidik kita selama ini.

Ucapan Selamat Hari Guru Umum

Hanya ingin mengatakan betapa kami bersyukur telah menjadi muridmu.

SELAMAT HARI GURU 
Untuk semua guru yang mulia;
Jasa kalian akan selalu kami kenang;
Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa
“SELAMAT HARI GURU”

“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Selamat Hari Guru 2020

Semoga semua guru menjiwai profesyen perguruan, istiqamah mendidik dengan hati yang murni dan ikhlas dalam beramal membangun pemimpin ummah masa hadapan.
Mungkin kecil fizikalnya tetapi tetap BESAR peranannya.

Selamat Hari Guru 
 Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar…

 “Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Sebagainya”

TERIMA KASIH

Kerana Mengajar Kami Tentang Adab Dan Ilmu Sehingga Kami Menjadi Orang Yang Berguna… 

Selamat Hari Guru

BACA JUGA: Kisah Kesungguhan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu dan Cara Beliau Beradab Terhadap Guru

Biar penat berdiri;
Jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk;
Jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap;
Jangan penat berharap

SELAMAT HARI GURU “TERIMA KASIH CIKGU!”

Pantun Hari Guru

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.
Pergi ke hutan hendak berburu,
Pulang ke rumah singgah di kota,
Kalau kita sayangkan guru, 
Jagalah adab dan tutur kata.
Bunga melati bunga kemboja,
Harum mewangi di ruang tamu,
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu.
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman.
Pergi ke sawah menanam padi,
Pulang ke rumah lewat petang,
Jasa guru sentiasa di hati,
Akan sentiasa kami kenang.

Ucapan Selamat Hari Guru Bahasa Inggeris

Thank you 
For being such a great teacher
Happy Teacher’s Day
The Way You Teach…
The Knowledge You Share
The Care You Take…
The Love You Shower…
Makes You.
The World’s Best Teacher…

 Happy Teachers’ Day! 
The best teachers always teach from the heart and not just from the books.

Blessed & Happy Teachers Day
Teaching,

The profession that creates all other professions.

Happy Teacher’s Day
Good Teachers,

Are the reason why ordinary students dream to do extraordinary things.

HAPPY TEACHERS’ DAY

Ucapan Hari Guru Lucu 

“Guru umpama waze” menunjukkan jalan agar kita tidak sesat. 

Ucapan Selamat Hari Guru Yang Menyentuh Hati 

Guru, 

Tanpamu dunia ini gelap gelita,

Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca,

Tanpamu juga kami akan meraba-raba.

Selamat Hari guru
Guru, 

Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak tahu jemu; itulah cikgu, itulah guru,besar jasanya sejak dahulu.
Guru,

Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya sahsiah kita terbina.

Selamat Hari Guru

Ucapan Inspirasi Untuk Guru

Tidak tergambar oleh bicara mahupun tuturkata,

Kerana banyaknya jasa kalian,

Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan.

Yang menjadikan kami insan mengenal tuhan.

Semoga segala kebaikan yang telah dicurahkan menjadi asbab untuk para guru ke syurga.

Kami Sayang Cikgu,

Kaum Umpama lilin yang menerangi kegelapan,

Semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Wahai guru pengasuh jiwa,

Jasamu tidak akan ku lupakan

Terima kasih kerana telah mendidiku

Selamat hari guru kepada semua guru-guruku.

Terima kasih cikgu

Ucapan Sweet Untuk Cikgu

Sedetik bersama cikgu, lebih bermakna daripada seribu tahun mencari ilmu.

Terima kasih Cikgu

Puisi/Sajak Usman Awang Tentang Guru 

 GURU OH GURU – Usman Awang 1979

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Puisi Abdul Aziz A Tentang Guru 

Guruku, 

Kau mengajariku pelbagai ilmu,
Kau memberiku nasihat setiap waktu,
Guruku kau ibarat ayah bondaku,
Guruku kau jangan lelah mendidikku,
Ajari aku tentang Rasulku,
Ajari aku tentang perilaku,
Guruku, jasamu akan ku ingat selalu, 

Terima kasih guruku.

Di sini juga terdapat beberapa koleksi pantun dan ucapan hari raya Aidilfitri yang menarik untuk anda pilih sebagai ucapan hari raya pada tahun ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here