Ucapan Happy Nurses Day / Selamat Hari Jururawat

0
455
koleksi ucapan selamat hari Jururawat

“Happy Nurses Day / Selamat Hari Jururawat”

Setiap 12 Mei adalah sambutan Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day) bagi menghargai jasa dan sumbangan jururawat terhadap masyarakat.

Pada tahun ini jom kita sama-sama memberi ucapan selamat hari Jururawat kepada mereka sebagai menghargai jasa mereka dalam menangani wabak Covid-19 di Malaysia.

Ada pelbagai koleksi ucapan untuk anda pilih sebagai kepada mereka.

Ucapan Umum Selamat Hari Jururawat

12 Mei 2020
SELAMAT HARI JURURAWAT

Dalam dunia aman kau menabur bakti
Merawat mesra insan menderita 
Kau bersekang mata tika insan lain dibuai mimpi 
Kau tinggalkan keluarga tersayang demi tugas mulia 
Terima kasih JURURAWAT 
Berat Tugasmu, Berat Lagi Tanggungjawabmu.
Namun di jalani dengan penuh dedikasi untuk kesejahteraan kami.
Happy Nurses Day
Terima kasih buat semua jururawat yang telah berbakti dengan penuh dedikasi kepada masyarakat. Selagi mana anda bertugas dengan kasih sayang, selagi itu kami semua akan mendoakan buat kesejahteraan buat anda. 
Selamat Hari Jururawat.
kepada semua teman-teman yang bergelar misi (JURURAWAT)
Selamat Menyambut Hari Jururawat semoga dapat menjalankan tugas Dengan penuh dedikasi.
SELAMAT HARI JURURAWAT
Semoga dirimu tidak lelah untuk terus menabur bakti kerana Allah. 

BACA JUGA : Kisah Inspirasi Pak Bakar Yang Merupakan Antara Jururawat Lelaki Terawal Malaysia

Ucapan Menyentuh Jiwa

Istimewanya Insan bergelar Jururawat.

Saat orang lain berbaju cantik berkasut tumit tinggi pergi bekerja…
Dia berbaju putih berkasut putih pergi kerja.

Saat orang lain bekerja menggunakan pen dan kertas…
Dia menggunakan jarum dan ubat.

Saat orang meninggalkan ibu ayah di hospital kerana susah menjaga…
Dia mengambil alih tugas anak mencuci segala.

Saat orang bergembira bercuti raya…
Dia bertungkus lumus bekerja.

Selamat Hari Jurururawat, Andalah insan hebat itu.
Untuk kudrat yang tidak pernah lelah merawat kami, 

Untuk keringat yang tidak pernah kering mengiring kami, 

Untuk kesabaran yang tidak pernah lekang dengan karenah kami, 

Untuk mata yang tidak pernah terpejam menjaga kami, 

Untuk jiwa yang tidak pernah hilang menyayangi kami. 

Terima Kasih buat Jururawat 

SELAMAT HARI JURURAWAT 2020.

Ucapan Kreatif

NURSES bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU.

NURSES juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU.

Yang pasti NURSES juga umpama TV9 yang DEKAT DIHATI.

NURSES juga bagaikan pakej ASTRO Kerana MACAM-MACAM ADA

Apa yang istimewanya NURSES’ itu bagaikan iklan L’OREAL “KERANA DIRIMU BEGITU
BERHARGA.”

HAPPY NURSES DAY 

Pickup Line Nurse 

Apa persamaan awak dan saya?

Awak duduk kat rumah, saya pergi kerja. Tapi kita sama-sama bantu negara. 

#kitamestimemang
“Awak kerja nurse kan?”

“Mana awak tau?”

“Sebab setiap kali pandang awak “nurse”caya hati saya bergetar”
“Awak nurse ke?”

“Ya, saya nurse, kenapa?

“Kalau camtu ‘nurse’caya awaklah jodoh saya”

Selamat Hari Jururawat !!!!!
“Nurse, nurse, Nurse ni salah la?”

“Salah Apa?

“Salah satu keajaiban dunia”

Happy Nurse Day
Ubat itu memang pahit, yang manis Jururawatnya. 

Ucapan Selamat Hari Jururawat Dalam Bahasa Inggeris 

May all the care and kindness you give to others come back to warm your heart.

Happy Nurses Day
Nurses may not be an angle, but they are the best next thing. 
Happy International Nurses Day to all nurses.

Thank you for all you do, your caring ways and dedication to others.

You are truly appreciated.
Happy Nurse’s day to all the nurses wherever you are.. May Allah bless you always aamiinn..
I’m a mother I’m a nurse I’m a wife and I’m proud to be… 

Happy Nurses & Mother day to all Nurses & Mothers in the world. 
Being a Nurse isn’t about grades, it’s about being who we are.
No book can teach you how to cry with a patient.
No class can teach you how to tell their family that their parents have died or are dying.
No professor can teach you how to find dignity in giving someone a bed bath.
A nurse is not about the pills or charting. It’s about being able to love people when they are at their weakest moments.
The smile you spread…
With your TLC (Tender Loving Care).
Is what makes you so special.
Here’s wishing a Happy Nurses Day to you!
Your tender care, love and understanding has made a difference in lives of so many
Hope you have the same smiling day as you make of others!

Happy Nurses Day!

Adakah anda juga mencari ucapan dan pantun untuk hari raya tahun ini?


JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here