Wednesday, July 24, 2024
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Salam Israk Mikraj 1442H/2021M

Koleksi Pantun dan Ucapan Salam Israk Mikraj 1442H/2021M

27 Rejab merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa Agung Israk dan Mikraj. Selain memperingati tarikh penting ini, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Israk Mikraj buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. 

Di Malaysia, setiap 27 Rejab kita akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya.

Walaupun negara masih lagi dilanda wabak pandemik Covid-19, kita mendoakan agar wabak ini akan segera berakhir.

Semoga koleksi pantun dan ucapan salam israk mikraj ini dapat membantu anda memberi ucapan yang istimewa buat sesiapa sahaja.

Ucapan Salam Israk Mikraj

Salam Israk Mikraj

27 Rejab 1442H | 11 Mac 2021

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’ 17:1)
Salam Israk Mikraj 1442H /2021M

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan Akhirat.
Teladanilah Junjungan Nabi Muhammad SAW, walaupun Baginda telah Israk dan Mikraj ke langit tertinggi, namun tetap sedar dirinya hanya ABDI.
Salam Israk Mikraj | 27 Rejab 1442
“Jagalah Iman dan semaikan hikmah dalam kehidupan”.

Selamat Menyambut Peristiwa Agung Israk Mikraj
“Pembersihan Hati kita amat penting dalam kehidupan. Buanglah perkara negatif yang ada pada diri kita semua”.
Salam Israk Mikraj

Marilah bersama-sama menghayati makna dan ruh disebalik peristiwa israk dan mikraj keraja ia bukan hanya mampu melahirkan keimanan takwa yang tinggi malah mencetuskan semangat jihad serta dakwa yang berterusan.
Israk dan Mikraj mengajar kita bahawa solat adalah kunci kejayaan dan rezeki.
Perjalananmu adalah adalah mukzijat,
Kekuasaan Allah amatlah hebat,
Dengan waktu yang teramat singkat,
Kau tembusi langit yang dijaga para malaikat.

Engkau melihat syurga dan neraka,
Bertemu para malaikat dan anbiya’,
Terus menuju sidratul muntaha
Bertemu Allah yang Maha Kuasa.
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah sejarah tetapi ia membawa pengajaran melalui pelbagai peristiwa yang Allah SWT tontonkan agar manusia sentiasa mengingati Allah dan takut akan kekuasaanNya.

Penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj mampu menjadikan kita manusia yang sentiasa berlumba-lumba melalukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Pantun Israk Mikraj

Pohon selasih di tepi perigi, 
Indah berseri di waktu pagi;
Israk dan Mikraj mukzijat nabi,
Marilah sama kita hayati.
Indah sawah kerana padi,
Di sinar mentari di waktu pagi;
Perjalanan nabi bertemu Ilahi,
Tanda kekuasaan Yang Maha Tinggi.
Pelangi petang selepas hujan, 
Hinggaplah burung di atas dahan;
Israk dan Mikraj sebuah perjalanan,
Nabi di bawa bertemu Tuhan.
Nabi Muhammad junjungan Ummat, 
Membawa rahmat membawa berkat;
Marilah kita banyakkan selawat, 
Untuk syafaat di hari akhirat.
Burung kedidi mencari makan,
Menyusur lalu di tepi perigi;
Israk dan Mikraj saya ucapkan,
Semoga hidup sentiasa diberkati.

Poster Salam Israk Mikraj 2021



Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular