Wednesday, September 27, 2023
HomeKoleksi UcapanKoleksi Pantun dan Ucapan Selamat Tahun Baru 2021 (Happy New Year)

Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Tahun Baru 2021 (Happy New Year)

Setiap kali tibanya Tahun Baru, pastinya ada dalam kalangan kita yang akan mengucapkan pantun atau ucapan selamat tahun baru kepada rakan-rakan, sanak-saudara atau sebagainya. 

Ucapan atau pantun selamat tahun baru boleh menjalinkan kasih sayang dan silaturrahim sesama kita. 

Sama ada dengan mengirimkan ucapan di media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya, pastinya kita mengharapkan agar tahun baru yang ditempuh ini akan lebih baik daripada sebelumnya. 

Semoga pantun dan ucapan selamat tahun baru ini dapat memberi idea bagi ucapan anda untuk menempuh tahun 2021. 

Ucapan Selamat Tahun Baru 2021

Selamat Menempuh Tahun Baru 2021

Semoga tahun baru ini memberi kita seribu harapan, kejayaan dan impian. Semoga kita semua terus sukses dalam pelbagai bidang yang diceburi. 
Detik demi detik, 
Hari demi hari, 
Hingga bulan demi bulan,
Telah mengusung banyak cerita… 

Suka dan duka, 
Menjadi warna nyata dalam hidup kita.
Tapi biarkan semua menjadi kenangan, 
Yang terpahat dalam memori yang lepas.

Kini, 
Tahun baru telah mendatangi kita, 
Masanya untuk perbaiki diri, 
Berazam ke arah kejayaan. 

Kita buka lembaran  baharu, 
Dengan azam baharu, 
Dan semangat yang baharu.

Selamat Tahun Baru 2021 
Selamat Tahun Baru 2021 

Jangan sesali masa dahulu, 
Jangan risaukan masa hadapan, 
Kerana kita masih berpeluang untuk memulakan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. 
Assalamualaikum w.b.t

Salam Tahun Baru 2021 

Didoakan pada tahun 2021 anda semua;
 ● Diberikan kesihatan yang baik 
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dipanjangkan umur
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

*Aamiin Aamiin Ya Rabb Al Aalamiin*
Tiba masanya untuk kita melabuhkan tirai 2020 dan memulakan 2021 dengan semangat yang baru.

Semoga  tahun 2021  membawa seribu harapan dan kejayaan dalam hidup kita. 
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 

Semoga ikatan persahabatan dan semangat silaturahim antara kita akan terus mekar ke akhir hayat. 
Hari berganti, bulan berganti, tahun berganti. 
Semoga tahun ini membawa sinar harapan buat semua. 

Selamat Tahun Baru 2021 
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim!! 

“Kami memohon kepadamu agar lenyapkanlah segera wabak Covid-19 ini di negara kami dan seluruh dunia.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin 
HAPPY NEW YEAR 2021 

May this New Year brings you the long lasting happiness and success. A great new start that make you happy and joyful.
HAPPY NEW YEAR 

Happy New Year’s and good luck on all your resolutions!!!

2020 was a tough year for a lot of people, but 2021 is going to be great!

Pantun Selamat Tahun Baru 2021 

Tahun baru menjelma lagi, 
Mengatur azam penuh semangat;
Panjang umur murah rezeki, 
Agar hidup mendapat rahmat. 
Awal pagi pergi ke kedai, 
Mencari barang untuk bekalan; 
2020 melabuhkan tirai, 
2021  penuh harapan. 
Pokok senduduk di tanah seberang, 
Berselang rapat si pokok jati;
Tahun yang lepas jangan dikenang, 
Kalau dikenang sakitlah hati. 
Anak haruan mudik ke hulu, 
Berenang-renang hingga tepian;
Kita buka lembaran baru, 
Berazam hidup capai kejayaan. 
Memburu kijang di dalam rimba,
Berehat sebentar ditepi paya,
Tahun baharu telahpun tiba,
Semoga azam kita berjaya. 

Selamat Tahun Baru 2020 daripada kami TheInspirasi.


Artikel lain yang berkaitan:


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular