Thursday, February 13, 2025
HomeSemasaPapa Pipi dan UNDP Berganding Tenaga Meningkatkan Kesedaran...

Papa Pipi dan UNDP Berganding Tenaga Meningkatkan Kesedaran Tentang Pemuliharaan Sungai dan Lautan

Cyberjaya, Malaysia, 28 September 2020 – United Nations Development Programme (UNDP) di Malaysia, dengan kerjasama studio animasi Monsta telah melancarkan sebuah kempen pesanan khidmat masyarakat terbaharu yang dibintangi watak animasi 3D popular. Papa Pipi untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pemuliharaan sungai dan lautan

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari 14 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hidupan Dalam Air, kempen yang bertajuk ‘Sungai, Nadi Kehidupan kita ini memaparkan kisah Papa dan Pipi berkhemah di tepi sungai di mana mereka dapat melihat sendiri kesan-kesan pencemaran air terhadap hidupan dan masyarakat setempat Kempen ini bertujuan untuk menekankan kepentingan perubahan sikap dalam menyelesaikan isu-isu alam sekitar yang melanda dunia pada masa kini. Melalui penyampaian Monsta yang menghiburkan dan mudah difahami, UNDP Malaysia berhasrat untuk mendidik dan menggalakkan perubahan sikap yang positif serta rasa sayang terhadap sungai kita. 

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan UNDP dalam meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan sungai dan mempersembahkannya dengan cara yang menghiburkan serta mudah difahami,” kata CEO Monsta, Nizam Abd Razak “Papa Pipi sememangnya sinonim dengan pembawaan mesej-mesej positif dari topik harian seperti kepentingan meluangkan masa bersama keluarga, hinggalah ke isu yang lebih besar seperti menjaga alam sekitar.”

Terdapat lebih kurang 157 sistem sungai, pelbagai jenis tanah tropika lembap, hutan dan ekosistem lautan di Malaysia, dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 17 buah negara megadiversiti di dunia Sistem sungai, hutan tebing sungai dan hutan tadahan hujan di Malaysia dapat menampung pelbagai jenis hidupan air dan daratan termasuk lebih 600 spesis ikan air tawar. Sistem sungai dan dataran banjir tanah lembap pula memenuhi lebih kurang 3.9 juta hektar atau 10 peratus daripada keseluruhan daratan di negara ini. 

Sistem-sistem sungai di Malaysia memberi manfaat ekosistem bukan sahaja kepada komuniti di kawasan pedalaman malah yang tinggal di kawasan bandar dengan menyediakan bekalan air, sumber makanan, laluan pengangkutan, serta kawasan pelancongan dan rekreasi. Namun begitu, sungai-sungai di Malaysia sedang diancam oleh pelbagai tekanan yang dapat mengganggu kestabilan ekologi dan biodiversiti sedia ada, dengan pengurangan spesis flora dan fauna air tawar, dan kemerosotan kualiti air sungai yang boleh membawa kepada kerugian sosio-ekonomi sekaligus memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat, jika dibiarkan Lebih kurang 80 peratus daripada pencemaran pantai dan laut berpunca dari daratan, termasuk pelarian air daripada aktiviti pertanian, racun serangga perosak, pembuangan plastik dan loji kumbahan yang tidak dirawat

“Rasa kepemilikan dalam kalangan masyarakat adalah amat penting untuk melindung sungai kita Kita perlu meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan sungai dan menggalakkan masyarakat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kami berharap agar para penonton dapat menyahut seruan Papa Zola lantas memelihara sungai-sungai kita dengan lebih baik,” kata Niloy Banerjee, Wakil Residen UNDP Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam. 

Baru-baru ini Monsta telah menjadi tajuk utama apabila video pesanan khidmat masyarakat mereka Duduk Diam-Diam! Jaul COVID-19 dan muzik video Ayuh Cuci Tangan!” yang dibintangi Papa Pipi mendapat pujian ramai disebabkan kandungannya yang informatif dan sesuai dengan situasi semasa. UNDP Malaysia dan Monsta berharap agar Sungal, Nadi Kehidupan kita dapat memupuk rasa cinta rakyat Malaysia terhadap sungai dan lautan terutamanya buat generasi muda yang bakal mewarisi tanah air kita di masa akan datang. 

Untuk menonton episod baharu dan mengikut kempen tersebut, tonton video pautan ini Papa Pipi – Sungai, Nadi Kehidupan Kita di YouTube rasmi Monsta Channel. 

Pautan Penting:

Mengenai Papa Pipi:

Papa Pipi adalah animasi dari Monsta yang berorientasi kekeluargaan. Ikuti telatah Papa Zola, guru sekolah yang luar biasa bersama anak perempuannya yang cilik bernama Pipi Zola. Bersama, mereka menceriakan para penonton dengan gelagat dan aksi lucu, gandingan duo bapa dan anak yang penuh nasihat, gelak tawa dan teladan serta topik topik isu semasa

Mengenai UNDP and SDG 14 Life Below Water:

Program SDGs bertujuan untuk melindungi dan memelihara ekosistem laut dan pesisir dari pencemaran dan kesan pengasidan oleh manusia la juga berharap akan dapat meningkatkan pemuliharaan dan membawa pencerahan tentang kepentingan ekosistem kepada orang awam.

Mengenai Monsta:

Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad Syarikat ini dikenali dengan francais animasi popular BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan juga siri animasi akan datang yang amat dinantikan iaitu Mochamato. BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih 6 bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini


Baca juga:

RELATED ARTICLES

Most Popular