Thursday, July 25, 2024
HomeSemasa"Parasite" Cipta Sejarah. Lihat Bagaimana Filem Ini Berjaya Memenangi Anugerah OSCAR

“Parasite” Cipta Sejarah. Lihat Bagaimana Filem Ini Berjaya Memenangi Anugerah OSCAR

Parasite melakarkan sejarahnya yang tersendiri apabila dipilih sebagai filem asing pertama yang memenangi filem terbaik di Anugerah Akademi yang berlangsung di California, Amerika Syarikat. Ini secara tidak langsung mengenepikan filem Hollywood yang lain seperti 1917, Ford vs Ferrari, Joker dan Once Upon a Time in Hollywood. Siapa sangka filem Korea mampu mencipta sejarah sebegini di dalam anugerah paling berprestij di dunia, Oscar.

Namun, sesuatu yang sukar diramalkan juga   dalam anugerah ke 92 itu apabila Parasite turut memenangi tiga kategori lain iaitu Filem Asing Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik.

Peminat Oscar yang optimis agak sukar mengakui kemenangan 4 anugerah untuk filem Parasite apabila  Akademi memecahkan tradisinya buat kali pertama kerana memberikan kemenangan kepada filem bahasa asing. 

Bong Joon-ho boleh dianggap wira apabila menjadi pengarah Korea Selatan yang pertama untuk memenangi anugerah yang berprestij itu. Ia mengalahkan beberapa pengarah filem hebat yang lain seperti Quentin Tarantino (one Upon Time in Hollywood), Todd Phillips (Joker), Martin Scorsese (The Irishman) dan Sam Mendes (1917).

Jalan Cerita Filem Parasite 

Filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat di seluruh dunia kerana ia menampilkan jalan cerita yang “real” dalam kehidupan. Walaupun filem ini di lakonkan di Korea yang menggunakan pelakon-pelakon tempatan, tetapi ia adalah gambaran yang boleh berlaku secara global. 

Ia melibatkan dua martabat keluarga iaitu keluarga yang kaya raya (keluarga Park) dan keluarga yang miskin (keluarga Kim). 

Keluarga yang miskin ini mempunyai empat orang anak beranak iaitu  Kim Ki-taek (suami), Chung-sook (isteri), Ki-woo (anak lelaki) dan anak perempuannya (Ki-jung). Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan miskin dan pokai walaupun hidup di bandar yang tidak mempunyai kerjaya yang tetap. Mereka hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dengan bekerja melipat kotak pizza. 

Image by http://empireonline.com

Mereka tinggal di kawasan perumahan yang mempunyai persekitaran yang agak kotor dan busuk. 

Suatu hari, kawan Ki-taek telah membantunya dengan cara menipu untuk mendapatkan kerja sebagai seorang tenaga pengajar terhadap keluarga Park yang kaya raya dan terkenal. Ini kerana Ki-taek tidak mempunyai kelulusan untuk mengajar sebagai seorang tutor. Jadi mereka memalsukan sijil kelayakan. 

Kejayaan Ki-taek telah mendorong ahli keluarga yang lain untuk sama-sama bekerja di rumah keluarga Park. Adik perempuannya menjadi cikgu seni kepada anak lelaki Park. Bapanya menjadi pemandu sementara ibunya menjadi pengemas rumah. Namun apa yang menarik adalah mereka melakukan watak yang tidak kenal antara satu sama lain dalam filem tersebut. (untuk jalan cerita selanjutnya boleh saksikan di pawagam.)

Kenapa Filem ini diberi nama Pasasite (Parasit) 

Secara umumnya nama filem  “parasite” diberikan kerana jalan ceritanya menunjukkan keluarga Kim yang menjadi “penumpang” di rumah keluarga Park (keluarga yang kaya) sehingga pengarah ini berjaya menunjukkan bagaimana kita akan berasa simpati dengan keluarga si kaya yang mudah ditipu oleh keluarga si miskin yang menjadi penumpang ini. 

Apa yang lebih menarik keluarga Kim juga  berjaya menyingkirkan seorang demi seorang pekerja lain yang bekerja dirumah tersebut. Itulah gambaran literal  Parasit yang menumpang dirumah seseorang yang menyingkirkan sesiapa sahaja disitu. 

Filem ini mempunyai jalan cerita yang ringkas namun terdapat banyak plot twist yang anda tidak sangka-sangka. Pada ketikanya anda akan berada dalam keadaan ketawa tetapi tiba-tiba boleh beremosi melalui jalan cerita filem. 

Kenapa Parasite Boleh Menang? 

Trailer filem Parasite

Parasite adalah jalan cerita tempatan namun digambarkan melalui penceritaan global yang berlaku secara  realiti sehingga mencetuskan fenomena dalam industri perfileman kini. 

Parasite memang layak memenangi anugerah ini dan pihak juri tidak salah dalam membuat keputusan mereka. Sesuatu yang layak sudah tentu diberikan kepada yang berhak tidak kira dari mana ia berasal. 

Satu laman web Screenant memberikan  sebab kenapa Parasite layak memenangi Anugerah oscar

  1. Parasite melakukan kempen filem mereka dengan baik apabila ia diumumkan sebagai salah satu filem yang dimainkan dalam pertandingan di Festival Filem Cannes April 2019. Dalam pada itu juga Pelakon dan kru untuk Parasit kerap  mempromosikan filem mereka samaada dalam , majlis-majlis mewah, wawancara majalah dan sebagainya. 
  2. Mempunyai review yang baik. Filem ini mempunyai review yang sangat baik sehingga dikatakan  hampir mustahil untuk mencari pengkritik yang sanggup mengatakan filem itu sangat tidak bagus. 

Semestinya selain mempunyai lakonan yang penuh jiwa oleh para pelakonnya, filem ini tidak”kaku” untuk ditonton kerana banyak watak twist yang anda sukar jangkakan. Selain mengandungi unsur komedi, pelakonnya juga bijak membawa unsur emosi yang anda berasa geram dengan tindakan mereka. Sudah pastilah pujian juga wajar diberikan kepada penulis skrip serta seluruh warga produksi yang berjaya menjadikan filem ini tidak rugi untuk ditonton. 

Apa yang pasti juga filem mempunyai simboliknya yang tersendiri yang mungkin antara elemen layak memenangi Anugerah oscar. Lihat simbolik dalam babak naik tangga dan turun tangga dalam cerita ini. Babak naik tangga dilakukan oleh watak orang kaya dan sebaliknya watak turun tangga dilakonkan oleh keluarga miskin. Ini adalah gambaran jelas masa kini dimana orang yang kaya semakin kaya manakala orang yang miskin akan semakin turun dan terus ditindas. 

Image by Murai.my

Sebagai kesimpulannya, Parasite yang memenangi anugerah di Oscars adalah gambaran kepada kita bagaimana bahasa tempatan yang tidak semestinya bahasa Inggeris boleh memberi impak yang positif dalam dunia global. Jadi kenapa kita malu ingin tonjolkan bahasa tempatan kita dalam filem-filem di Malaysia. Apa yang penting adalah seni dalam penceritaan dan imej yang di tonjolkan melalui sesebuah filem.

RELATED ARTICLES

Most Popular