Peribahasa tentang air banyak dinukilkan dalam masyarakat dahulu yang mempunyai maksudnya tersendiri.
Dengan menggunakan unsur air sebagai kiasan melalui peribahasa, ia turut membawa konotasi positif atau negatif bagi menggambarkan tentang perihal masyarakat.Â
Terdapat pelbagai jenis peribahasa yang menggunakan perkataan air dalam masyarakat melayu, tetapi kami nukilan 15 peribahasa yang popular yang sering diungkapkan.
BACA JUGA: Senarai Peribahasa Ayam dalam Masyarakat Melayu
1) Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya
Maksudnya – Orang yang diam jangan disangka pengecut.
2) Mencurah air di daun keladi.
Maksudnya – Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.
3) Menangguk dalam air keruh.
Maksudnya – Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan.
4) Bagai air titik ke batu.
Maksudnya – Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia
5) Air dicencang tidak akan putus.
Maksudnya – Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
6) Air susu dibalas dengan air tuba.
Maksudnya – Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
7) Air tuba dibalas dengan air susu.
Maksudnya – Kejahatan dibalas dengan kebaikan.
8) Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri juga.
Maksudnya – Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.
9)Sambil menyelam minum air
Maksudnya – Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
10) Terkilat ikan dalam air, (aku) sudah tahu jantan betina.
Maksudnya – Sangat pandai dan awas dalam menangkap perkataan orang
11) Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Maksudnya – Mengharapkan barang sesuatu yang belum tentu, barang yang telah ada dibuangkan.
12) Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Maksudhya: Kata sepakat yang dicapai dalam kehidupan bermasyarakat.
13) Bagai tulisan di atas air.
Maksudnya – Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
14) Rasam air ke air, rasam minyak ke minyak
Maksudnya – Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.
15) Tidak sama air hujan dengan air telaga.
Maksudnya – Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, DBP 2016
Terdapat pelbagai peribahasa yang menerangkan tentang perpaduan dan kerjasama kaum di Malaysia