Friday, December 2, 2022
HomeSemasa#PrayForAustralia | Kebakaran Hutan di Australia Pada Tahap Membimbangkan

#PrayForAustralia | Kebakaran Hutan di Australia Pada Tahap Membimbangkan

Australia kini sedang menghadapi krisis kebakaran terburuk yang melibatkan nyawa manusia, habitat hidupan dan tumbuhan semula jadi. 

Sedang tular di Twitter dengan tanda pagar #PrayForAustralia yang menunjukkan kesan dan keadaan yang membimbangkan terhadap kebakaran ini. 

Dianggarkan 24 orang telah terbunuh, 8000 beruang koala mati dan setengah bilion binatang lain terkorban. Sementara itu juga, lebih 1400 rumah telah musnah dengan anggaran 5.5 juta hektar kawasan terbakar.

Sementara itu, laporan Berita Harian yang memetik daripada twitter Datuk Saifuddin Abdullah selaku Menteri Luar menyatakan; “Malaysia Sedia Membantu Australia Kawal Kebakaran

Dalam pada itu juga, tular juga di Twitter seorang wanita yang sedang menyelamatkan beruang Koala yang terkena api kebakaran. Perkara ini turut mengundang reaksi pengguna yang lain. 

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita doakan agar kebakaran ini dapat dipadamkan dengan segera. 

RELATED ARTICLES

Most Popular