Mungkin ramai yang tahu ataupun tidak tahu, Kementerian Kesihatan telah pun menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan di seluruh Malaysia bermula 1 Januari lalu.
Namun begitu dalam usaha untuk membenarkan perokok tegar merokok, kerajaan berhasrat membina kawasan khas merokok seperti pondok untuk merokok.
Melalui apa yang dilaporkan oleh Malaysia Kini, sejumlah RM1 juta akan diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pembinaan kawasan merokok di tempat awam.Â
Namun, begitu ramai warga maya mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh KPKT ini yang dianggap akan membantut usaha berhenti merokok di kalangan rakyat.
Seorang personaliti media sosial di Facebook yang juga merupakan seorang Doktor perubatan iaitu Dr Rusyaini Ramli mempertikaikan :
“Menteri KPKT memperuntukkan RM1 juta untuk menggalakkan perokok untuk meneruskan ketagihan mereka. Mengapa duit rakyat dibelanjakan untuk sesuatu yang jelas dan terang mudarat?”
Satu Pembaziran
Apa yang dilakukan untuk projek membina pondok khas rokok ini adalah suatu bentuk pembaziran. Menurut Dr Rusyaini lagi:
” Sayangnya RM1 juta tu. Kalaulah duit tu digunakan untuk membaiki rumah-rumah daif yang saya selalu pergi tengok dalam kerja kebajikan saya kan bagus. Flat-flat perumahan rakyat yang rupanya tak semenggah tu kalau dibaiki kan elok. Duit tu banyak fungsinya.”

Sementara itu beberapa pengguna media sosial melalui komennya menulis;
Rasanya membazir jer menyediakan kawasan merokok di setiap PBT.. lebih baik peruntukan tersebut dibelanjakan membaiki kemudahan awam lain seperti tandas awam, penyedian gerai untuk peniaga kecil, taman permainan, pembaikan jalan di kawasan PBT supaya lebih baik untuk kegunaan rakyat. “Basri kadir “
Org buat kempen berhenti merokok dia pulak nak spend 1 juta sediakan tempat merokok. Gila. “Aryani Mohd Ngadiron”
Tidak payah buat lah. Buat membazir duit rakyat sahaja, lebih baik cari satu mekanisme untuk membantu rakyat yang memerlukan nya. Lagi pun kerajaan pakatan harapan pada adat hanya satu penggal sahaj a,Jangan membazir duit rakyat. “Ustaz Basri”
Perokok tak mintak pon buat tempat merokok. 1 juta tu baik bantu org miskin, ank2 yatim dan gelandangan kt malaysia.”Tajul asyraf”
Boleh Guna Untuk Kempen Berhenti Rokok
Jumlah wang sebanyak RM1 Juta sebenarnya boleh digunakan untuk membuat kempen atau memberi insentif kepada perokok yang berjaya berhenti merokok.
Dalam usaha dan kempen berhenti merokok di kalangan rakyat, KKM menyediakan klinik berhenti merokok di semua fasiliti hospital dan klinik kerajaan. Kalian hanya perlu datang, tanpa surat rujukan pun untuk dibantu secara profesional.