Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, rakyat diminta mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pelaksanaan PKPB ini bertujuan untuk memantapkan lagi aktiviti kawalan jangkitan yang sedang melanda sesebuah kawasan atau negeri.
Anggota keselamatan akan membuat pemantauan serta memastikan setiap rakyat mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Bagi mereka yang melanggar arahan SOP PKPB, boleh dikenakan tindakan denda di bawah Akta 342, kesalahan melanggar SOP dan peraturan boleh berdepan hukuman kompaun RM1,000 dan jika dibawa ke mahkamah, hukumannya RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bagi Negeri / Kawasan Yang Terlibat
PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA.
Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres dan teksi/e-hailing DIBENARKAN BEROPERASI.
TEKSI / E-hailing – 2 orang penumpang sahaja dengan waktu operasi dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi/industri DIBENARKAN keluar masuk.
Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan / keperluan asas harian.
Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan DIBENARKAN BEROPERASI.
*Bagi pergerakan udara melalui lapangan terbang, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
Perkara Yang DIBOLEHKAN Semasa PKPB
Perniagaan / Ekonomi / Industri DIBENARKAN BEROPERASI.
Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan & beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk, kedai runcit & kedai serbaneka boleh beroperasi dari jam 6.00 pagi – 10.00 malam.
Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran atau bawa pulang.
Sektor berkaitan dengan rantai makanan DIBENARKAN
- ✔ Perikanan
- ✔ Perladangan
- ✔ Pertanian
- ✔ Penternakan
Hanya pas pekerja yang sah atau surat kebenaran majikan DIBENARKAN untuk bekerja.
Pasaraya / pusat beli-belah /retail store DIBENARKAN BEROPERASI.
Hospital / Klinik kerajaan & swasta termasuk Klinik Haiwan dibenarkan beroperasi 24 jam.
Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi – 10.00 malam.
Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan jogging, berbasikal, memancing & lain-lain di kawasan sama dan terbuka adalah DIBENARKAN.
Farmasi / Kedai ubat dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 11.00 malam.
‘Dine-in’ dibenarkan maksimum hanya 2 orang satu meja dengan penjarakan fizikal satu meter pematuhan SOP Sektor Makanan.
Waktu operasi bagi jenis-jenis pasar adalah sebagaimana berikut:
- Pasar harian: 6.00 pagi – 2.00 petang.
- Pasar tani: 6.00 pagi – 12.00 tengahari.
- Pasar borong: 12.00 pagi – 5.00 petang.
- Pasar malam: 4.00 petang -10.00 malam.
- Perniagaan lain: 6.00 pagi -10.00 malam.

Perkara Yang TIDAK DIBOLEHKAN Semasa PKPB
Pergerakan keluar / masuk merentas kawasan PKPB TIDAK DIBENARKAN
• Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri dibenarkan keluar masuk.
Semua aktiviti keagamaan di masjid, surau & rumah ibadat bukan Islam TIDAK DIBENARKAN
• Masjid & surau hanya dibenarkan untuk mengumandangkan azan dan mendirikan solat lima waktu serta Solat Jumaat dengan bilangan Jemaah yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri
Pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam hannya dibenarkan seramai 6 orang sahaja dengan pematuhan SOP yang ketat.
Penganjuran Majlis Keramaian untuk majlis sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.
- ✖ Majlis Rasmi / Tidak Rasmi Kerajaan & Swasta
- ✖ Kenduri-kendara
- ✖ Majlis akikah
- ✖ Doa selamat
- ✖ Tahlil
- ✖ Sambutan ulang tahun, atau hari kelahiran
- ✖ Reunion
- ✖ Lain-lain
*Majlis perkahwinan dan pertunangan tidak dibenarkan.
IPT Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah Tadika Taska Pusat tahfiz, Pusat jagaan kanak-kanak dan Sekolah pondok DITUTUP.
Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan. dengan institusi Luar Negara adalah dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
Semua seminar / bengkel / kursus / latihan / persidangan / ceramah / pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) TIDAK DIBENARKAN.
*Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar tidak dibenarkan dan dilaksanakan secara sidang video
Aktiviti kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground & panggung wayang TIDAK DIBENARKAN.

SOP PKPB ini mungkin berubah dari masa ke semasa kerana kerajaan perlu meneliti setiap peraturan yang perlu dibuat bagi membendung penularan virus tersebut ke tempat lain.
SOP PKPB terkini yang dikeluarkan oleh MKN adalah bertarikh 8 November 2020. Ia digunakan bagi negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang. |
Untuk maklumat terkini tentang SOP PKPB sila rujuk laman sosial Majlis Keselamatan Negara – MKN
- Laman web MKN – www.mkn.gov.my
- Telegram MKN – https://t.me/MKNRasmi
- Facebook MKN – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/
Semoga kita mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan oleh MKN ini dalam memutuskan rantaian covid-19 di negara kita.
Panduan dan Soalan Lazim Berkaitan SOP PKPB
Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.
Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai surat kebenaran daripada majikan.
Kalau kampung dalam satu daerah, dibenarkan kerana tidak merentas daerah.
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan penduduk.
Anda harus kekal berada di daerah anda.
Pengecualian ada untuk anda yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja. Syaratnya, menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan di sekatan jalan raya.
Boleh, kerana sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.
‘Dine-in’ dibenarkan maksimum hanya 2 orang satu meja dengan penjarakan fizikal satu meter pematuhan SOP Sektor Makanan.
Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak adalah ditutup.
Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan jogging, berbasikal, memancing & lain-lain di kawasan sama dan terbuka adalah DIBENARKAN.
Aktiviti kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground & panggung wayang TIDAK DIBENARKAN dan ianya ditutup.
Majlis perkahwinan tidak dibenarkan.
Semua tempat ibadat – Muslim dan bukan Muslim – akan ditutup.
Pelanggaran PKPB adalah satu kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau didenda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI
Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai pas pekerja atau surat kebenaran daripada majikan.