Friday, March 29, 2024
HomeKoleksi UcapanUcapan Selamat Hari Bapa Buat Ayah Yang Banyak Berkorban

Ucapan Selamat Hari Bapa Buat Ayah Yang Banyak Berkorban

Adakah anda sedang mencari ucapan selamat hari bapa untuk didedikasi pada sambutan hari bapa tahun ini? 

Kami himpun dan kemukakan beberapa ucapan selamat agar memudahkan anda mengucapkan sesuatu yang istimewa buat insan yang bergelar bapa. 

Walaupun sambutan Hari Bapa yang disambut pada hari Ahad setiap minggu ke 3 bulan Jun tidak semeriah sambutan Hari Ibu, namun pengorbanan seorang bapa wajar kita hargai. 

Ayah, papa, baba, abah, abi, walid, bapak atau apa sahaja ungkapan buat bapa, kita raikan sesuatu yang istimewa dalam setiap doa kita. 

Doa Buat Ayah

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.
Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.
Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.

Ucapan Ringkas Selamat Hari Bapa

Berbaktilah kepada bapa anda sementara beliau masih ada di dunia ini. 

Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa di Malaysia.

#fathersday #selamatharibapa
Pada setiap titik peluhmu,

Pada setiap nafasmu, 

Penuh dengan pengorbanan dan kasih sayang. 

Selamat Hari Bapa 2021
Abah! 

Terima Kasih atas curahan kasih sayang sepanjang membesarkan kami. Moga Allah ganjaran syurga buat Abah. 
Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ayah tidak terhitung banyaknya dan tidak mampu dibalas di dunia. 

Ayah, hero terbaik buat semua. 
SELAMAT HARI BAPA (20 JUN 2021)

Diucapkan kepada semua insan yang bergelar Bapa.

Semoga setiap titis keringat mu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah. 

TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU

Aamiin… 

Ucapan Selamat Hari Bapa Buat Ayah Yang Telah Tiada

Ayah, setiap hari ku rindui wajahmu, 

Setiap hari ku ingat segala pengorbanan dan pesananamu, 

Setiap hari ku mendoakanmu agar kita kembali bertemu di dalam Syurga.

Al-Fatihah buat Ayah tersayang. 
Buat ayah yang telah pergi meninggalkan kami, al-Fatihah ku kirimkan setiap hari.

Doa untukmu dibaca selepas solat setiap hari. 

Mudahan dengan doa yang dikirimkan ini, dapat kita bertemu lagi di Syurga Ilahi. 

Selamat Hari Bapa buat Ayah yang telah meninggalkanku 

Al-Fatihah buat Ayahku yang dikasihi. 
Allahummaghfir lii wa liwaalidayya warhamhuma kama rabbayanii shaghiraa” 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan sayangilah Keduanya sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin
AYAH…

Andai ayah masih ada saat ini, sudah pasti aku akan memelukmu dan menceritakan segala keluh kesahku

Namun hanya doa dapat kukirimkan.

Tenanglah dikau di sana. Moga aku jadi sekuatmu. Moga aku jadi setabahmu.

Doa buatmu ayah. Al-Fatihah…

Kata-kata Inspirasi Untuk Ayah

SELAMAT HARI BAPA 

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak ternilai.

Walaupun ayah  tidak banyak bicara tentang kesusahan dan kepenatan membesarkan kita,

Namun percayalah,

Ayah kan sentiasa bekerja keras untuk keluarga tercinta. 
Ayah, Dialah bapa… 

Dialah kawan… Dialah teman…Dialah sahabat..

Dialah tempat berkongsi duka, 

Dia juga tempat berkongsi gembira. 

Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan buat Ayah hingga akhir hayat ..
Duhai Ayah!

Ayah tak pernah patah semangat;

Ayah tak pernah berputus asa; 

Ayah tak pernah hilang harap. 

Ayah akan sentiasa mencari jalan membahagia kami sekeluarga. 

Semoga Allah limpahkan kurnia buat Ayah. 
Ayah, 

Pinjamkanku kekuatanmu,

Pinjamkanku semangatmu,

Pinjamkanku perjuanganmu, 

Agar aku dapat belajar bagaimana cara untuk menghadapi masalah tanpa rasa keluh kesah. 

Semoga ucapan selamat hari bapa dan kata-kata indah tentang bapa ini dapat menginspirasikan anda. 


Mulakan hari anda dengan semangat positif dan minda yang cergas. Dedikasi ucapan selamat pagi yang indah untuk insan tersayang.


Jom sertai Channel Telegram TheInspirasi untuk lebih banyak tips-tips, perkongsian dan artikel menarik

Channel Rasmi Telegram TheInspirasi https://t.me/theinspirasimy
Klik SINI untuk join

JANGAN LUPA LIKE PAGE THEINSPIRASI

RELATED ARTICLES

Most Popular