“You’re Fired” Trending Di Media Sosial. Sindiran Buat Trump yang Kalah Pilihan Raya US

0
104

“You’re Fired”

Itulah perkataan yang sedang berlegar di media sosial sekarang terutamanya di Twitter. 

Ini berikutan Donald Trump yang “liat” menerima kekalahan dan tetap mendakwa dirinya menang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu hantaran di Twitter, Trump membuat ciapan  “I WON THIS ELECTION, BY A LOT!” (Saya memenangi pilihanraya ini dengan banyak (undi). Namun terdapat notifications daripada pihak twitter yang menyatakan “Official sources may not have called the race when this was tweeted” 

Notifikasi ini diletakkan oleh Twitter Inc.  pada ciapan Trump yang mendakwa kemenangan  dalam pilihan raya presiden A.S.

Sebaliknya dalam laporan AP, Biden memperolehi 284 undi elektoral manakala Trump hanya meraih 214 undi elektoral. 

Namun begitu, rata-rata Netizen melemparkan sindiran pedas di atas ciapan tersebut 

Manakala “You’re Fired” pula adalah reaksi kepada  agar Trump mengaku kekalahan kepada Presiden Amerika Syarikat yang  ke 46 iaitu Joe Biden. 

Tidak cukup dengan itu, Netizen juga turut mengucapkan #ByeByeTrump sebagai ucapan selamat tinggal kepada Presiden Amerika yang ke45 itu. 

Beberapa laporan antarabangsa melaporkan Joe Biden telah memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Pilihanraya kali ini penuh dengan kontroversi apabila ia terhenti pengiraan buat “seketika” sementara Trump turut menfailkan tuntutan mahkamah di 3 negeri. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here