Friday, March 28, 2025
HomeZakat FitrahKadar Bayaran Zakat Fitrah Johor 2022 dan Cara Bayaran Online

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Johor 2022 dan Cara Bayaran Online

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri Johor untuk tahun 2022 pada 28 Mac lalu melalui platform Facebook rasminya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata penetapan kadar dibuat berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Kaedah pembayaran zakat pula boleh dibuat menerusi tiga cara iaitu secara atas talian, melalui amil zakat fitrah dan kaunter zakat MAINJ di setiap daerah.

Rakyat dan Bangsa Johor digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2022 : 1443H
KadarJenis Beras
RM7.00Beras daripada jenis Super Tempatan
RM10.00Beras selain daripada jenis Super Tempatan seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain
  1. RM7.00 – Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.
  2.  RM10.00 – Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada Jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain. 

Saluran dan Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Negeri Johor bagi tahun 2022

Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadat zakat fitrah pada tahun ini, MAINJ telah menetapakn 3 kaedah pembayaran sebagaimana berikut;

1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bayaran secara online boleh dilakukan melalui 3 kaedah berikut;

1. Fast pay di http://fitrah.maij.gov.my

2. Zakat Johor online payment di epayment.maij.gov.my

3. Aplikasi TULUS di https://www.tulus.my/

Zakat Fitrah Online Johor 2022
Kredit Photo; Facebook Majlis Agama Islam Johor

2. Melalui Amil Zakat Fitrah

Seramai 1648 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri Johor. 

DaerahJumlah Amil
Johor Bahru218
Muar155
Batu Pahat321
Kluang204
Kota Tinggi163
Segamat97
Pontian137
Kulai 69
Tangkak94
Mersing70
Pasir Gudang120
Jumlah1,648

3. Melalui kaunter-kaunter MAINJ diseluruh daerah

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter MAINJ di setiap daerah.

Peringatan Majlis Agama Islam Negeri Johor Tentang Zakat Fitrah Bagi Rakyat Johor

  1. Umat Islam yang bermukim di negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di negeri Johor.
  2. Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.
  3. Bayaran   fitrah   hendaklah   dibayar   kepada amil   bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada MAINJ.
  4. Memastikan  setiap  pembayaran  zakat   fitrah  menerima  resit  rasmi MAINJ.
  5. Bagi mematuhi Perintah  Kawalan  Pergerakan yang  ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha  membendung penularan wabak  COVID-19, semua  pihak  iaitu  amil  bertugas  dan  pembayar  zakat, prosedur keselamatan yang ketat (SOP)  mesti  dipatuhi  bagi  mengelakkan sebarang jangkitan.

Kenyataan Media MAINJ mengenai Pembayaran Zakat Negeri Johor

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk maklumat berikut;

Facebookhttps://www.facebook.com/zakatjohor
Laman Webhttps://www.maij.gov.my/
Telefon07-224 3918
Emel[email protected]

Soalan Lazim Mengenai Zakat Fitrah Negeri Johor

Berapa kadar zakat fitrah negeri Johor bagi tahun 2022 /1443?

RM7.00 – Beras Super Tempatan
RM14.00 – Beras Import

Cara untuk membayar?

– Secara atas talian (online).
– Melalui amil yang dilantik.
– Melalui kaunter di seluruh daerah.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.


Lihat juga waktu berbuka puasa dan imsak bagi semua kawasan dan zon di negeri Johor.

RELATED ARTICLES

Most Popular