Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengumumkan kadar zakat fitrah di Negeri Sarawak bagi tahun pada 2022 / 1443H.
Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.
Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian, melalui kaunter zakat kutipan zakat atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Pihak TBS turut menyediakan kaedah alternatif untuk memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah ini.
Kadar Zakat Fitrah Sarawak bagi tahun 2022 / 1443H

Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak bagi tahun ini ialah RM7.00 sahaja untuk seorang
Sarawak hanya menetapkan satu kadar sahaja zakat fitrah bagi negeri ini berbanding negeri-negeri yang yang mempunyai sama ada dua atau tiga kadar.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sarawak bagi tahun 2022
Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa 3 kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online, bayaran melalui amil-amil yang di lantik atau bayaran melalui kaunter di kaunter zakat MAINS.
1. Secara Atas Talian (Online)
Beberapa kaedah pembayaran
- Portal Baitulmal Kamek
- Online Banking:
– Maybank
- Online Portal:
– Myeg – Snap&Pay
- Apps (Google Play) & (AppStore):
– App Tabung BaitulMal Sarawak -Snap&Pay – Sarawak Pay
2. Amil yang dilantik
Pembayaran juga boleh dilakukan melalui amil zakat fitrah bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak.
Seramai 790 orang Amil yang telah diberi tauliah di seluruh Sarawak oleh Tabung Baitulmal Sarawak untuk mengutip Fitrah di seluruh Sarawak dan mereka turut dibekalkan dengan Kit Kesihatan selaras dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
3. Melalui Kaunter Zakat Fitrah
Selain itu, pembayaran juga boleh dilakukan melalui kaunter-kaunter Zakat Fitrah TBS. Maklumat tentang senarai kaunter ini boleh merujuk kepada laman Facebook Tabung BaitulMal Sarawak
Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah
Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?
Apakah Hukum Zakat Fitrah?
Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.
Apakah hukum terlupa untuk membayar Zakat Fitrah di bulan puasa dan bagaimanakah caranya untuk saya menebusnya?
Zakat Fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadhan dan waktu terakhir menunaikan Zakat Fitrah ialah sebelum solat Adil Fitri didirikan. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat (Aidilfitri), maka itu zakat yang diterima. Dan barangsiapa yang mengeluarkannya sesudah solat (Aidilfitri), maka itu termasuk salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa”
Sekiranya Zakat Fitrah tidak ditunaikan, baik secara sengaja atau tidak maka hukumnya adalah berdosa dan hendaklah bertaubat. Sekiranya seseorang itu ingin juga hendak membayar ia tidak dapat dianggap sebagai Zakat Fitrah tetapi pembayaran itu hanyalah sebagai sedekah.
Info dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) sebagaimana berikut;
Tabung Baitulmal Sarawak | |
@tabungbaitulmalsarawak | |
@BaitulmalSWK | |
Laman Web | https://www.tbs.org.my/ |
Sumber: Tabung Baitulmal Sarawak
Lihat juga jadual berbuka puasa dan imsak negeri Sarawak